Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan tentang soalan berikut: Seluruh kawasan perumahan itu.......kerana bekalan elektrik terputus. A. bergelap B. kegelapan. Mohon jasa baik tuan/puan untuk memberikan penjelasan lanjut tentang jawapan yang dianggap betul/sesuai. Terima kasih.Seluruh kawasan perumahan itu bergelap/kegelapan kerana bekalan elektrik terputus. Bergelap bermaksud berada dalam gelap dan kegelapan bermaksud perihal gelap atau keadaan gelap. Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 

Tatabahasa04.11.2015
1.Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur. 2. Bekalan elektrik yang terputus meyebabkan seluruh peserta kursus menggelabah. Soalan saya : Salahkah penggunaan kata bilangan tak tentu dalam ayat-ayat di atas (sedikit & seluruh)? Jika ya, harap dapat diberikan alasan. Terima kasih.1. Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur.
2. Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan semua peserta kursus menggelabah.

Sedikit dan seluruh merupakan kata bilangan yang tergolong dalam kata kuantiti. Kata kuantiti adalah kata kardinal yang jumlahnya tidak semuanya nyata.

sedikit, beberapa = jumlah yang tidak banyak tetapi lebih daripada satu.
seluruh = kata kuantiti yang berkaitan erat dengan tempat ( Contoh; Seluruh masyarakat turut bergabung).
semua = jumlah banyak.


Sila rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima Asmah Haji Omar untuk rujukan lanjut.
Tatabahasa04.02.2013
adakah dua ayat ini betul,jika tdk berikan yg betul. i) talib melempari anjing itu dengan sebatang kayu. ii) tidak terkejar olehnya layang-layang yang terputus tali itu. mohon beri jawapan ,,,,tuan. t.kasih. ..... Lee KoiJawapannya ialah; i) Talib melempar anjing itu dengan sebatang kayu.  ii) Tidak terkejar olehnya layang-layang yang terputus tali itu.Tatabahasa03.08.2009
Sudah agak lama saya 'terputus hubungan' dgn DBP sebaik saja saya melangkah ke alam pekerjaan. Saya mempunyai beberapa naskhah cerpen yg pernah disiarkan oleh RTM Sabah hampir 20 thn lalu dan berminat utk dibukukan. Bagaimana prosedur menghantar contoh naskhah tersebut?

Prosedur menghantar manuskrip adalah seperti berikut:

1.        Jumlah cerpen sebaik-baiknya 20 cerpen atau lebih.

2.       Pastikan anda mendapatkan izin terbit daripada penerbit asal sekiranya anda ingin menerbitkan semula cerpen-cerpen yang telah tersiar  di majalah, akhbar atau terbitan lain.

3.       Taip manuskrip anda dalam jarak langkau dua baris (double spacing) pada sebelah halaman kertas sahaja pada kertas A4. Tuliskan muka surat manuskrip secara berurutan daripada cerpen pertama sehingga cerpen terakhir.

4.       Sediakan halaman Kandungan serta muka suratnya.

5.       Tulis judul manuskrip dan nama penulis pada kulit manuskrip.

6.       Jilid manuskrip dengan kemas.

7.       Kirimkan satu salinan manuskrip bercetak kepada Ketua Editor Buku Sastera (bagi pembaca dewasa), atau kepada Ketua Editor Buku Kanak-kanak dan Remaja (jika pembacanya kanak-kanak atau remaja). Sertakan satu salinan digital manuskrip tersebut (dalam CD atau disket). Sertakan juga sedikit biodata anda, alamat dan nombor telefon atau e-mel, serta nama waris anda (isteri, anak dsb.) serta alamat mereka.

Lain-lain09.03.2011
Soalan yang tidak lengkap itu memang terputus, sudah diulang dan sudah pihak tuan jawab. Terima kasih.Maklum, terima kasih.Lain-lain23.08.2011
Apakah terjemahan untuk mobile upload? (Dua soalan sebelumnya terputus.)Untuk makluman, istilah mobile upload tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk istilah mobile ialah mudah alih, mudah gerak, boleh gerak dan bergerak. Istilah bahasa Melayu untuk upload ialah muat naik.Istilah22.08.2011
Penduduk Taman Permai pada malam semalam telah menggelapkan kerana terputus bekalan elektr Apakah perkataan yang harus menggantikan perkataan "menggelapkan" supaya ayat tersebut betul?Perkataan yang betul ialah bergelap - bermaksud berada dalam gelap.Tatabahasa17.03.2011
Salam sejahtera, adakah kata "benang" dari segi kiasan membawa maksud tidak terputus-putus & bersambung-sambung? Sekian, terima kasih.

Benang ialah objek yang lembut dan dikendalikan dengan tenang, tekun dan sabar dek kehalusan dan kelembutan fitrahnya. Disebabkan itulah, benang terjelma dalam kiasan seperti Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain atau contoh lain Jangan menegakkan benang basah dan banyak lagi.  Benang sukar diputuskan melainkan sengaja dipotong. Benang perlu dimasukkan ke lubang jarum untuk digunakan ketika menjahit. Fitrah benang yang lembut dan sukar putus itulah yang menyebabkan penggunaan dalam peribahasa mencapai maksud.

Makna14.05.2020
Adakah DBP menerima ejaan Idul Fitri dan Idulfitri yang dikatakan serupa dengan sebutan asal bahasa Arab? (Soalan sebelumnya terputus.)Ejaan yang betul ialah Aidilfitri.Ejaan22.08.2011
Tuan, sila beri tunjuk ajar peribahasa yang tepat seperti yang berikut: 1. Bagai layang-layang putus talinya 2. Bagai layang-layang terputus talinya Hal ini demikian kerana skema PT3 meminta pelajar memberi jawapan yang tepat . Selain itu, apakah buku rujukan peribahasa yang tepat terbitan DBP yang dicadangkan ? Terima Kasih.Jawapan yang tepat ialah Bagai layang-layang putus talinya. Manakala rujukan peribahasa yang boleh digunakan ialah Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.Lain-lain18.09.2015
12

Kembali ke atas