Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj of land, wilayah: ~ possessions which are now independent, pemilikan wilayah-wilayah yg kini merdeka. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata territorial


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Apakah padanan perkataan yang sesuai untuk menterjemah perkataan "Territorial" yang menerangkan tentang sifat haiwan? Contoh: Territorial dog. Terima kasih.Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk  "territorial' ialah wilayah atau kewilayahan. Dalam konteks ini, cadangan kami ialah haiwan yang bersifat kewilayahan.Istilah27.10.2016
territorial sea >12 nm.>Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila kemukakan pertanyaan saudara dengan terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara.Lain-lain05.02.2010
Apakah istilah padanan dalam bahasa Melayu bagi "duchy"? Adakah ia 'duchy' atau 'duci'? Bagaimana pula dengan "principality"? Adakah 'kerajaan kecil' atau 'prinsipaliti'?Istilah bahasa Melayu untuk "duchy" ialah duci. Istilah ini terdapat dalam bidang Sejarah dan maksudnya ialah Wilayah atau orang yang diletakkan di bawah penguasaan Duke. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "principality" bermaksud kerajaan kecil.  Dalam  bidang Sains Politik dan Sejarah, terdapat istilah "territorial principality" dan padanan bahasa Melayunya ialah wilayah raja. Dalam konteks ini, "principality" merujuk kepada wilayah.Istilah20.02.2014
APAKAH MAKSUD INTEGRITI?

Puan Normazidlan,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan integriti ialah 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;    Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan  integriti bermakna 1. quality of being honest and upright, integriti: he felt that his ~ had been impugned, dia berasa bahawa integritinya dipersoalkan; a man of ~, orang yg mempunyai integriti; 2. completeness, keutuhan: border clashes that threatened the territorial ~ of neighbouring countries, pertempuran sempadan yg mengancam keutuhan wilayah negara jiran; the cultural ~ of a race, keutuhan kebudayaan sst bangsa. 

Makna09.07.2009

Kembali ke atas