Bolehkah "bagasi tersalah kendali" diterima sebagai terjemahan "mishandled baggage"? Terima kasih | Tiada padanan perkataan untuk "mishandled baggage" dalam pangkalan data DBP. Soalan tuan/puan akan dipanjangkan kepada Bahagian Peristilahan untuk padanan istilah tersebut dalam bahasa Melayu. Kami akan menghubungi tuan/puan melalui e-mel yang didaftarkan setelah mendapat maklumat berkenaan. | Istilah | 25.08.2019 |
apakah maksud intan tersalah canai? | Maksud peribahasa ini ialah biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. Untuk mengetahui maksud peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain. Harap maklum. | Lain-lain | 22.06.2008 |
TOLONG ABAIKAN SOALAN SAYA KERANA TERSALAH FAHAM MENGANGGAP RUANGAN INI UNTUK PERTANYAAN MENGENAI KEMUSYKILAN PERIHAL AGAMA | Soalan puan di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 13.03.2012 |
Istilah "kinship affiliation", adakah perkataan "afililiasi" tersalah eja? Mohon semak. | Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "kinship affiliation" ialah afiliasi persanakan. | Istilah | 07.09.2016 |
Adakah ayat boleh dimulakan dengan perkataan juga. contohnya ayat di bawah, adakah tepat: Juga ia dengan tidak tepat telah memasukkan ahli falsafah sekular sebagai sumber perundangan Islam tradisionalisme, tersalah mengklasifikasikan kesejarahan sebagai kecenderungan modenis dan tidak membezakan antara pelbagai arus dalam aliran modenisme Islam. | Ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan “juga”. Contoh ayat yang betul ialah “Penulis juga telah memasukkan maklumat yang tidak tepat dengan menyatakan bahawa ahli falsafah sekular sebagai sumber perundangan Islam tradisionalisme dan tersalah mengklasifikasikan kesejarahan sebagai kecenderungan modenis dan tidak membezakan antara pelbagai arus dalam aliran modenisme Islam”. | Tatabahasa | 27.11.2022 |
Salam. Adakah pihak DBP mempunyai maklumat mengenai etimologi istilah "isim" bagi konteks gila yang berakibat daripada tersalah amal ilmu batin? Terima kasih. | Isim berasal daripada perkataan Arab ism yang bermaksud “nama”(rujukan Kamus Dewan Perdana). Terdapat juga isim-isim iaitu mantera yang mengandungi nama tuhan (rujukan Kamus Dewan Perdana). | Lain-lain | 02.09.2021 |
ASWT.. Saya ingin memohon huraian secara jelas mengenai pantun di bawah. Pohon maaf juga kalau saya tersalah tempat untuk bertanya. Berbanyak terima kasih. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi. | Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi.
Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2, dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang indah itu bahasa dan yang molek itu budi. Perkataan molek jika dirujuk adalah berkaitan dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi. Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, penciptanya menegaskan bahawa biji saga itu berwarna merah dan jika dikaitan dengan maksud baris pantun ke 3, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Manakala dalam pembayang ke 2 pula pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan maksud pantun dalam baris ke 4 yang menyatakan bahawa yang molek itu budi. Cuba lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu. Begitulah serba ringkas huraian daripada pantun di atas. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.07.2009 |
NO. PERMOHONAN IKLAN Pejabat kami di Petaling Jaya, Selangor dengan itu PBT kami ialah MBPJ. Tetapi kami telah tersalah pilih iaitu MBSA. Nasihat dan kerjasama dari pihak tuan sangatlah dihargai untuk membetulkan PBT kami. Terima kasih Regina Joseph 014-3229946 | Pihak Berkuasa Tempatan telah ditukarkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan iklan telah diluluskan. | Lain-lain | 20.07.2022 |
erti perkataan bening,rengaekan | Makna perkataan bening ialah jernih, hening. Perkataan rengaekan tiada dalam rujukan kami. Mungkin saudara/ saudari tersalah menaip ejaan yang betul. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 31.01.2009 |
Assalamualaikum, disini saya lampirkan rekabentuk papan tanda kedai untuk pejabat urusan. Sila buat pemeriksaan segera. Terima Kasih. | Wsalam. Saudara sudah tersalah menghantar soalah. Sepatutnya mengisi borang untuk pengesahan iklan. Sila isi semula borang yang betul dalam laman web DBP. Walau bagimanapun saya mengesahkan iklan tersebut dan boleh diluluskan. Cuma saudara tidak boleh menggunakan kelulusan ini untuk dibawa kepada PBT. | Lain-lain | 14.05.2014 |