Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersalah 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memengkas C. menebang D. membelah. Terima kasih .

1. Jawapan yang betul ialah b. kamu. Seorang guru boleh menggunakan kata ganti nama diri kamu apabila bercakap dengan pelajarnya, tetapi seorang pelajar tidak boleh membahasakan seorang guru dengan panggilan kamu kerana guru merupakan orang yang dihormati dan tinggi kedudukannya dalam masyarakat.

2. Jawapan yang tepat ialah memangkas. Walau bagaimanapun, saudara telah tersalah mengeja perkataan memangkas pada jawapan B. Ejaan yang betul ialah memangkas, bukan memengkas. 

Tatabahasa27.04.2010
ASWT.. Saya ingin memohon huraian secara jelas mengenai pantun di bawah. Pohon maaf juga kalau saya tersalah tempat untuk bertanya. Berbanyak terima kasih. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi.
  1. Yang merah itu saga,
  2. Yang kurik itu kundi,
  3. Yang indah itu bahasa,
  4. Yang molek itu budi.

Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2, dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas.

Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang indah itu bahasa dan yang molek itu budi. Perkataan molek jika dirujuk adalah berkaitan dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi.

Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, penciptanya menegaskan bahawa  biji saga itu berwarna merah   dan jika dikaitan dengan maksud baris pantun ke 3, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Manakala dalam pembayang ke 2 pula pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan maksud pantun dalam baris ke 4 yang menyatakan bahawa yang molek itu budi. Cuba lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.

Begitulah serba ringkas huraian daripada pantun di atas. Sekian, terima kasih. 

 

 

 

Lain-lain06.07.2009

Kembali ke atas