Apakah perbezaan antara 'tersangat' dengan 'sangat'? | Tersangat ialah terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. Sangat pula ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perbandingan yang tinggi; terlalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (berkenaan penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dengan sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. | Makna | 22.07.2013 |
Adakah kata penguat bebas 'sangat' boleh digunakan seperti di bawah? tersangat cantik. | Tersangat cantik ialah contoh penggunaan darjah penghabisan (ter + 'amat/sangat' + cantik), jika sebagai kata penguat bebas ayat tersebut menjadi sangat cantik atau cantik sangat. | Tatabahasa | 22.12.2010 |
Murid yang teramat pandai dalam mata pelajaran Matematik di kelas kita ialah Farhan. 'teramat' dlm ayat ini bermaksud paling? penggunaan 'teramat' ini boleh diterima? | Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh : teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Assalamualaikum. Harap tuan dapat membantu saya dalam persoalan tentang kata penguat. 1) kata penguat bebas - sangat amat sungguh. Teramat, tersangat sememangnyq betul, tetapi wujudkah tersungguh? 2)Bolehkah tersangat, teramat ini diletakkan di belakang kata adjektif berdasarkan sifat kata penguat bebas ini? 3)Tatabahasa Dewan. Edisi ketiga.Ms 411 berkenaan 2 unsur penguat boleh hadir berderetan. Justeru, adakah soalan ini betul? Anak-anak Pak Wahid semuanya sungguh sangat comel. Terima kasih tuan. | 1. Tidak wujud kata penguat bebas tersungguh. 2. Pola darjah penghabisan yang betul: ter- + amat/sangat + kata adjektif; amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245. 3. Betul, dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. | Tatabahasa | 12.05.2015 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan frasa di bawah betul: 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik | 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik Jawapan: 1. sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat. 2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai. 3. Terlalu cantik sekali - salah ( darjah penghabisan tidak boleh hadir bersama) | Tatabahasa | 10.04.2015 |
antara "mengalami kesakitan yang tersangat" dengan " mengalami sakit yang teramat", mana satu ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah "Mengalami sakit yang teramat". | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Adakah ayat ini diterima...... Murid yang tersangat pandai itu sering dipuji oleh guru-gurunya. | Ayat tersebut boleh diterima. | Makna | 26.05.2013 |
Tn.Munsyi,mohon penjelasan frasa berikut : 1."kesakitan yang teramat sangat " adakah frasa ini tepat dalam ayat Ali mengalami kesakitan yang teramat sangat setelah terjatuh dari basikal. 2.Frasa "teramat sangat" adakah betul dan tepat daripada " tersangat amat" 3.Pemandangan di Langkawi "sungguh amat terindah" Frasa sungguh amat terindah adakah tepat daripada "amat sungguh terindah" 4.Bagaimanakah tatacara kita menyusun amat,sangat dalam frasa adjektif...amat didahulukan disusuli sangat atau sangat didahulukan disusuli oleh amat? Ulasan Tn.Sangat saya hargai didahului dengan ucapan terima kasih.... | Menurut data kami, kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat sakit. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat sakit dan teramat cantik. Ayat yang betul ialah pemandangan di Langkawi teramat indah. Selain itu, kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 259 - 261). | Tatabahasa | 30.03.2020 |
Salam sejahtera, Terdapat banyak telenovela Indonesia di kaca TV kita sekarang ini. Soalan-soalan saya: 1) Kenapakah telenovela Indonesia yang berbahasa Melayu Indonesia itu diberikan sarikata bahasa Melayu Malaysia? 2) Adakah ini menunjukkan bahasa Melayu di kedua-dua negara ini tersangat berbeza sehingga memerlukan sarikata? Ini kerana, drama dari Amerika Syarikat yang menggunakan American English tidak diberikan sarikata British English apabila ditayangkan di United Kingdom, dan sebaliknya. 3) Adakah ini bermaksud American English dan British English (dua variasi B.Inggeris yang berbeza dalam bidang World Englishes) lebih dekat dan lebih sama berbanding dengan B.Melayu Indonesia dan B.Melayu Malaysia? Yakni, adakah B.M Indonesia dan B.M Malaysia sudah terpisah jauh sehingga memerlukan sarikata? 4) Apakah komen MABBIM tentang perkara sarikata tersebut? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu (Malaysia) tidaklah persis seratus peratus. Ada perkataan mempunyai makna yang sama sekali berbeza, contohnya perkataan kapan, dalam bahasa Indonesia bermaksud bila, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) bermaksud kain yang membalut mayat. Begitu juga dengan perkataan butuh, dalam bahasa Indonesia bermaksud perlu, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) berkenaan kemaluan lelaki. Sudah semestinya kata butuh di negara kita tidak diungkapkan secara terbuka lebih-lebih lagi untuk siaran awam. Oleh itu, bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham ada baiknya drama/filem Indonesia diberi sari kata dalam bahasa Melayu (Malaysia). Untuk makluman saudara MABBIM merupakan sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini. Sehingga kini isu penggunaan sari kata dalam drama/filem Malaysia/Indonesia belum pernah dibincangkan. | Lain-lain | 17.01.2011 |
Meminta kepastian penggunaan frasa "teramat cantik sekali" betul atau salah kerana frasa ini terdapat dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244, penggunaan darjah penghabisan ter + amat, sangat + kata adjektif seperti teramat cantik dan tersangat indah adalah betul. Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. Mohon pihak puan, nyatakan tajuk buku teks dan tahun terbitan serta muka surat buku tersebut untuk penyemakan kami.
| Tatabahasa | 04.12.2014 |