Prof: 1.gambar itu tersangkut 'di' dinding atau gambar itu tersangkut pada dinding . bagaimana cara untuk menyatakan perbezaan penggunaan terhadap kedua-dua kata sendi tersebut. | Kedua-dua sendi nama "di" dan "pada" boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana kedua-dua sendi nama tersebut hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap. | Tatabahasa | 11.08.2009 |
Inginkan kepastian yang mana lebih tepat. Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak. A di B pada | Ayat "Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak." Jawapan yang sesuai untuk soalan ini ialah "pada". | Tatabahasa | 03.03.2015 |
1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami ______ di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. (tersangkut, terkandas, terhimpit, terhenti). Jawapan saya ialah tersangkut. Betul? 2. Belunjur dengan berlunjur? Apakah bezanya? | 1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami terkandas di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. 2. Kata terbitan yang betul ialah berlunjur (tidak ada perkataan belunjur). | Tatabahasa | 17.07.2011 |
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah? -Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin. A. terpontang-panting B. melambai-lambai 2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah? | 1) Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin. B. melambai-lambai 2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah? Jawapan yang tepat ialah melayur. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat ini? 1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk 2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan? 3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik. | 1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk jawapan= meliang liuk. 2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan? Jawapan = boleh 3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik. Penggunaan perkataan tuanku khusus kepada percakapan seseorang dengan raja dan tidak merujuk kepada tuan yang empunya. | Tatabahasa | 28.08.2012 |
"Saya ikut sunah nabi," suara Wafiq tersangkut-sangkut. (Betulkah penggunaan tanda koma itu. Atau sebetulnya adalah tanda noktah?) | Penggunaan yang betul ialah tanda noktah. | Ejaan | 10.10.2011 |
Assalam. Saya nak minta pencerahan tentang jawapan soalan di bawah : Layang-layang yang tersangkut pada pokok itu _______ apabila ditiup angin. A. terkontang-kanting B. bergoyang-goyang C. melambai-lambai D. meliang-liuk Terima kasih atas kerjasama. | Waalaikumussalam... Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terkontang-kanting ialah terbuai-buai atau terayun-ayun (seperti barang yang tergantung pada tali yg panjang). Manakala bergoyang-goyang pula bermaksud tidak diam keadaannya atau sentiasa bergerak berayun-ayun. Bagi melambai-lambai pula bermaksud bergerak-gerak turun naik (tentang tangan). Maksud meliang-liuk pula ialah berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dan lain-lain. Maka jawapan yang lebih tepat ialah terkontang-kanting. | Makna | 28.06.2016 |
Seekor ikan tertangkap pada pancing. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah “Seekor ikan tersangkut pada mata kail.” | Lain-lain | 10.07.2024 |
Apakah perbeaan antara tercekik dan tersedak? | Mengikut Kamus Dewan, tercekik diberikan 3 makna, iaitu 1. dicekik; 2. tersangkut makanan di kerongkong (tekak); 3. (makna kiasan)tertekan (oleh kemiskinan dan lain-lain). Manakala tersedak pula diberikan makna terbatuk-batuk atau terbelahak kerana salah menelan (tercekik, kemasukan air dalam lubang pernafasan dan lain-lain). | Makna | 18.08.2014 |
Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah: terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain; Tersebut: 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;
| Makna | 19.05.2014 |