sejauh mana bahasa melayu telah tersebar? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan. | Lain-lain | 18.10.2010 |
Terdapat 35 spesies pegar dari 11 genera. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas. http://id.wikipedia.org/wiki/Burung_Pegar Adakah perkataan 'Pagar' di dalam peribahasa 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi' sebenarnya adalah 'Burung Pegar'? Logik juga, mana ada pagar yang boleh makan. Sama juga la dengan peribahasa 'Seperti Melepaskan Batok di Tangga'. Batok tu bukanlah bermaksud penyakit batuk, tetapi alat menceduk air yang digunakan untuk mencuci kaki sebelum naik (menggunakan tangga) ke dalam rumah. Jadi, adakah sebetuan peribasa ini yang sebenarnya ialah: 'Harapkan pegar, pegar makan padi'. Yang benar Hussaini Abdul Karim | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Begitu juga halnya dengan ungkapan 'Melepaskan batok di tangga' dikaitkan dengan adab orang Melayu yang akan membersihkan terlebih dahulu dengan menceduk air daripada tempayan menggunakan batok. Setelah digunakan batok dikembalikan ke tempat asal bukannya dibiarkan di atas tangga. Pendapat ini juga telah lama dibincangkan tetapi tidak ada dapatan yang mengesahkan kebenarannya. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Peribahasa tidak seperti tatabahasa yang dapat dibuat kajian kerana sumber rujukan ada di persekitaran ilmu bahasa. | Lain-lain | 27.01.2012 |
perkataan seerti bagi 'perkembangan' | Maknanya ialah perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; | Makna | 15.04.2010 |
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan | Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat. Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu: i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut. ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran. iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat. iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya. v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran. Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti: a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai. d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal. | Lain-lain | 01.09.2009 |
Assalamualaikum dan salam Isra' Mi'raj: Terjemahan untuk ayat (buku kanak-kanak): "If poured on a surface, water spreads." 1. Jika dituangkan pada permukaan, air akan tersebar. 2. Jika dituangkan pada sesuatu permukaan, air akan merebak. Mana satukah lebih sesuai? Terima kasih buah strawberry, cik puan jawabkan hamba senang hati. | Cadangan kami, "Jika dituangkan pada permukaan, air akan memenuhi ruang tersebut". | Tatabahasa | 07.06.2013 |
Apakah definisi Diaspora? | Diaspora bermaksud 1. penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama; 2. kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dlm budaya yang sama yang telah tersebar di merata-rata tempat lain. | Makna | 05.11.2009 |
Apakah maksud 'PANDEMIK' dalam ayat berikut. Rakyat tidak perlu panik dengan perisytiharan pandemik selesema babi oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam kerana Malaysia mempunyai pelan berjaga-jaga. | Saudara Joannes, Makna pandemik ialah wabak penyakit yg tersebar dgn begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.06.2009 |