| jelaskan maksud dan teori asas kesusasteraan secara teperinci. | Teori asas kesusasteraan kebiasaannya merujuk kepada bidang sastera tertentu. Ini tidak termasuk teori kesusasteraan moden yang disesuaikan dengan teori Barat. Contoh yang paling mudah ialah tentang senario kesusasteraan di Malaysia. Sebagai contoh, apakah titik tolak yang memisahkan antara sastera tradisi dengan moden di Malaysia. Ada pendapat (teori) mengatakan bahawa kesusasteraan Melayu moden bermula sekitar tahun 1800-an apabila mesin cetak diperkenalkan di Tanah Melayu seperti tersebarnya akhbar dan percetakan novel, seperti novel Faridah Hanum, Hikayat Asyik kepada Maksyuknya ketika itu. Sungguhpun begitu, pendapat Syed Naquib al-Attas melalui teori yang mengatakan bahawa kesusasteraan Melayu moden bermula dengan karya-karya yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri yang memenuhi sifat-sifat karya moden seperti terdapat dalam karya beliau, Syair Burung Pingai, Syair Perahu dan sebagainya, yang sarat dengan unsur-unsur intelektualisme, saintifik, dan internasional sifatnya. | Makna | 16.07.2006 |