| Sekiranya perkataan bahasa Melayu dan diikuti perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan, perlukah perkataan inggeris tersebut diitalic kan? contoh : Peti Pembekal (Feeder Pillar) | Perkataan bahasa Melayu yang diikuti dengan perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan tidak perlu diitalikkan perkataan bahasa inggeris tersebut tersebut. Hanya perkataan bahasa Inggeris tunggal dan tidak dalam kurungan sahaja perlu diitalikkan. | Ejaan | 03.07.2023 |
| Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut di pautan ... atau Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut pada pautan ... di pautan atau pada pautan yang sebetulnya? Mohon berikan penjelasan berkaitan perkara ini juga | Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui pautan xxx Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1223, kata sendi nama “melalui” menunjukkan perantara, cara, alat, saluran, aktiviti, proses dan lain-lain untuk melakukan, memperoleh atau mencapai sesuatu. Oleh yang demikian, kata sendi nama “melalui” sesuai digunakan dalam ayat tersebut: “Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui pautan xxx”. | Tatabahasa | 17.09.2025 |
| Sekiranya dalam perbualan temu bual, ayat dalam perbualan tersebut dimulakan dengan perkataan "Seperti", contoh ayat "Seperti pelajar Islam menghormati pendapat agama lain." Sekiranya perbualan tersebut ditranskripkan dalam bentuk ayat penulisan, adakah struktur ayat tersebut berada dalam status yang betul atau salah? | Ayat tersebut betul apabila ditranskripsikan. | Tatabahasa | 29.06.2025 |
| Apakah perbezaan antara ayat di bawah serta kesesuaian penggunaannya: 1. Dengan hormatnya saya menjemput perhatian tuan/puan kepada perkara tersebut di atas. 2. Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan berhubung perkara tersebut di atas 3. Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 4. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. | Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah "Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas." | Tatabahasa | 11.06.2023 |
| Namanya siapa? Atau Nama dia siapa? Yang mana betul? | Kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat tersebut merupakan ayat tanya yang menggunakan kata ganti nama sebagai kata tanya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlmn. 255. | Lain-lain | 26.09.2023 |
| 1. Di dalam dompet tersebut terdapat wang tunai dan kad pengenalan milik Ali. Adakah terdapat kesalahan penggunaan tatabahasa di atas dan mengapa penggunaan tatabahasa tersebut salah? | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 04.10.2024 |
| Perkataan Pengurusan Tertinggi perlu menggunakan huruf besar atau kecil? Contoh Pengurusan Tertinggi MOSTI atau pengurusan tertinggi MOSTI | Sekiranya perkataan tersebut merujuk pada kata nama am, perkataan tersebut ditulis dengan huruf kecil pada pangkalnya (pengurusan tertinggi MOSTI) manakala sekiranya perkataan tersebut merujuk pada kata nama khas, perkataan tersebut ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya (Pengurusan Tertinggi MOSTI).
| Tatabahasa | 30.11.2023 |
| Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut. Ayat di atas sering ditemui dalam surat rasmi dan e-mel. Soalan saya, adakah ayat tersebut boleh dianggap ayat? Untuk membina ayat yang gramatis, mestilah ada subjek dan predikat. Ayat di aats tidak ada subjek, atau subjeknya sengaja digugurkan. Sepatutnya, ayat yang gramatis ialah Ayat biasa: Saya berasa sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut. Ayat songsang: Sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut, saya berasa sukacita. Kedua-dua ayat di atas mengunakan pendekatan sintaksis Teori Transformasi Generatif (TGG). Oleh hal yang demikian, apakah pandangan atau pendirian DBP tentang ayat yang tidak ada subjek tadi? Adakah dinilai gramatis atau tidak. Sekian, terima kasih. | Ayat yang lazim digunakan ialah "Saya berasa sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara tersebut." | Lain-lain | 03.03.2023 |
| 1. (a) Gambar tersebut menunjukkan tentang kebaikan membaca. (b) Gambar tersebut menunjukkan kebaikan membaca. Ayat manakah betul? Betulkah sekiranya ayat Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk “membersih dan menceriakan” kawasan taman. -kan yang pertama dibuang untuk menjadikan ayat lebih gramatis? menceria dan membersihkan juga betul? | 1. Ayat yang betul ialah “Gambar tersebut menunjukkan kebaikan tentang membaca.”. 2. Ayat yang betul ialah “Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan taman.”. | Tatabahasa | 27.07.2022 |
| Berdasarkan gambar pelita bahasa yang dilampirkan, frasa "Saya akan memohon / meminta maaf daripada rakan saya" adalah frasa betul dari segi rumus tatabahasa? Apa maksud ayat tersebut di atas? Ayat tersebut di atas bermaksud (i will seek forgiveness from my friend) atau ayat ini memberi maksud seolah-olah sahabat itu yabg perlu meminta maaf kepada kamu? (i will request my friend to apologise to me)? | Sila rujuk jawapan yang diberikan pada 30 Julai 2025 dalam pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=meminta+maaf+kepada&d=175768&#LIHATSINI | Tatabahasa | 31.07.2025 |