Saya memerlukan tuan/puan untuk menyemak tatabahasa pada ayat-ayat tersebut: 1) Sila rujuk panduan tentang cara menterjemah lagu](dan peraturan yang anda perlu dipatuhi ketika menterjemah lagu yang kami telah sediakan. 2) Halaman ini menyediakan halaman lagu bahasa asing yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. 3) "Halaman Terjemahan Melayu" | Ayat yang betul seperti berikut: - Sila rujuk panduan dan peraturan yang telah disediakan untuk menterjemah lagu.
- Halaman ini menyediakan lagu dalam bahasa asing yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
- "Halaman Terjemahan dalam Bahasa Melayu"
| Tatabahasa | 02.05.2023 |
Boleh dapatkan maklumat maksud bagi istilah tersebut: 1. Hybridization 2. Tangible 3. Seamless integration 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization 6. Engaging 7. Connectivity 8. Immersive 1. Hybridization - gabungan elemen fizikal dan digital 2. Tangible - melibatkan objek nyata 3. Seamless integration - mengintegrasi persekitaran fizikal dan digital dengan lancar 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization - interaksi fizikal yang menggalakkan pengalaman bermain yang personalized. customization pula keupayaan untuk mengubasuai permainan 6. Engaging - engage dengan pengguna 7. Connectivity - keupayaan untuk berhubung dengan peranti 8. Immersive - pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi hybridization ialah penghibridan, tangible ialah ketara, seamless integration ialah integrasi selanjar, multisensory and multicapital ialah multideria dan multimodal, personalization and customization ialah personalisasi dan pelangganan, engaging ialah penglibatan, connectivity ialah keterhubungan, dan immersive ialah mengasyikkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.01.2024 |
Ini merupakan soalan PT3.Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat tersebut? 1.Polis sudah mengetahuiakan rahsia kumpulan kongsi gelap itu. 2.Buku itu dia karang mengambil masa 10 tahun. | 1. Pilihan kata terbitan yang betul ialah mengetahui - Polis sudah mengetahui rahsia kumpulan kongsi gelap itu. 2. Binaan ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang betul ialah - Buku itu dikarang oleh dia dalam masa 10 tahun. Walau bagaimanapun sila rujuk pihak sekolah untuk mendapatkan skema jawapan yang betul. | Tatabahasa | 19.06.2018 |
Yang manakah adalah ayat yang betul? Jika terdapat kesalahan, bolehkah tuan menerangkan sebab kesalahan tersebut: 1) gerai ini menjual pelbagai barangan daripada makanan, pakaian hingga barangan perhiasan. 2) kita sedang berada pada/di ketinggian 10 000 kaki 3) tambang dikenakan untuk/ke atas setiap penumpang setiap hala (per passenger per way) 4) bayaran penyertaan yang dikenakan kepada/ke atas/untuk setiap peserta ialah sebanyak RMXXX 5) nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan program kesetiaan kami terima kasih | 1. Gerai ini menjual pelbagai barangan seperti makanan, pakaian dan barangan perhiasan. (kata sendi nama 'daripada' dan hingga tidak sesuai digunakan) 2. Kita sedang berada pada ketinggian 10,000 kaki (Sendi nama 'pada' dalam ayat ini merujuk keterangan waktu atau masa manakala 'di' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap) 3. Tambang pergi balik dikenakan kepada setiap penumpang (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek dan ke atas pula menunjukkan arah) 4. Bayaran penyertaan yang dikenakan kepada setiap peserta ialah RMXXX. (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek) 5. Nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan proram kesetiaan kami (kedua-dua ayat ini betul) 1"> | Tatabahasa | 18.02.2018 |
Abdul Hakam 28 OCTOBER 09:37 Abdul Hakam Abdul Assalammualaikum WBT. Bagaimanakah saya boleh dapatkan kesemua kertas kerja Wacana Kesultanan Melayu yang diadakan semalam? Terima kasih. | Wassalam, Pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai atau pentadbir di Bahagian Majalah untuk bertanya berkenaan perkara tersebut. 1. Armin Azhari bin Saleh Jawatan Perancang Bahasa (S44) No. Telefon 03-2147 9259 E-mel armin@dbp.gov.my 2. Fauziah binti Yusof Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (KUP) (N22) No. Telefon 03-2147 9279 E-mel fauziahy@dbp.gov.my Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |
Salam sejahtera, dalam konteks penulisan rubrik mempunyai tahap 1,tahap 2, tahap 3 dan selanjutnya, adakah kata "tahap 1" tersebut dikira sebagai kata nama khas yg perlu menukis huruf besar pd awal hurufnya seperti "Tahap 1"? Sekian, terima kasih. | Menurut data kami perkataan tahap merupakan kata umum dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada konteks dalam ayat. Sekiranya perkataan tersebut sebagai tajuk, pangkal perkataan mestilah ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 16.12.2019 |
assalamualaikum admin PRPM saya menulis kepada admin PRPM adalah untuk bertanya dan mengesahkan terjemahan yang dibuat oleh saya sendiri. 1. 1 can = 100% Omega 3 ( 1 tin = 100% Omega 3?) 2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda?) 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia?) adakah terjemahan BI kepada BM adalah betul dan mungkin pihak PRPM boleh memberi cadangan untuk pendekkan ayat tersebut tanpa mengubah maksud yang sebenar. terima kasih admin PRPM saya harap pihak admin PRPM boleh membalas mesej saya dengan kadar segera. terima kasih sekali lagi. | 1. 1 can = 100% Omega 3 (1 tin = 100% Omega 3) 2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda) 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (dikilang di Perak 100% oleh pekerja tempatan Malaysia) | Tatabahasa | 20.09.2018 |
assalamualaikum admin PRPM saya menulis kepada admin PRPM adalah untuk bertanya dan mengesahkan terjemahan yang dibuat oleh saya sendiri. 1. 1 can = 100% Omega 3 ( 1 tin = 100% Omega 3 2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda?) 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia?) adakah terjemahan BI kepada BM adalah betul dan mungkin pihak PRPM boleh memberi cadangan untuk pendekkan ayat tersebut tanpa mengubah maksud yang sebenar. terima kasih admin PRPM saya harap pihak admin PRPM boleh membalas mesej saya dengan kadar segera. terima kasih sekali lagi. | Waalaikumussalam Terjemahan yang betul ialah: 1 can = 100% Omega 3 -1 tin = 100% Omega 3 2. of your weekly requirement - memenuhi keperluan mingguan anda 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers - 100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia. | Makna | 21.09.2018 |
assalamualaikum admin PRPM saya menulis kepada admin PRPM adalah untuk bertanya dan mengesahkan terjemahan yang dibuat oleh saya sendiri. 1. 1 can = 100% Omega 3 ( 1 tin = 100% Omega 3 2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda?) 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia?) adakah terjemahan BI kepada BM adalah betul dan mungkin pihak PRPM boleh memberi cadangan untuk pendekkan ayat tersebut tanpa mengubah maksud yang sebenar. terima kasih admin PRPM saya harap pihak admin PRPM boleh membalas mesej saya dengan kadar segera. terima kasih sekali lagi. | Terjemahan yang diberikan adalah betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.10.2018 |
Salam 1.Mohon pihak tuan untuk jelaskan ayat perintah & contohnya. 2.Saya keliru dengan kata dasar yang menerima Imbuhan apitan .. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan --menaikkan --kebanyakkan ---masukkan ---masukkan (Bagaimanakah mengetahui ejaan itu ada 1 K atau 2 K ? Terima kasih. | Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut. 1. AYAT SURUHAN Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan. Contohnya: Pergi kamu dari rumah ini! 2. AYAT LARANGAN Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contohnya: Jangan ambil harta orang. 3. AYAT SILAAN Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila hantar jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut: Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat. 4. AYAT PERMINTAAN Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Minta kamu semua bertenang. Cara untuk mengetahui sama ada perkataan tersebut 1 k atau 2 k ialah: Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an. | Tatabahasa | 08.03.2016 |