| apakah maksud "sisip" | Sisip bermaksud terletak di celah-celah ataupun terselit. | Makna | 10.01.2013 |
| adakah ayat ini betul. 1.Dia terasa gembira dan teruja. 2.terselit di akar kayu sebatang pokok yang tinggi. 3.wak Kerjo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. 4.Kejanya di laut,dia sangat kuat. 5.walaupun gagah mana ,takdir tidak boleh dielak. 6. Dia akan memberi makan terlebih dahulu pada anaknya sebelum membiar anaknya bersendiri dengan merantainya. | Keenam-enam ayat contoh yang diberikan kurang tepat. Sila pastikan penggunaan tanda baca yang betul dan penggunaan tatabahasanya juga betul. Contohnya: dalam ayat contoh pertama, penggunaan kata berasa lebih sesuai berbanding dengan perkataan terasa, manakala dalam ayat contoh kedua penggunaan kata sendinama pada yang betul, bukannya di. Untk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan. | Tatabahasa | 30.04.2012 |
| Salam sejahtera, 1. Kanak-kanak bermain gelongsor / papan gelongsor di taman permainan.(yang mana satu betul) 2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan/ sisa-sisa makanan tidak terselit di/pada celah-celah gigi. 3. Sejak pagi lagi/ Sejak dari awal pagi lagi, dia sudah mula mengerjakan sawah.(sejak dan dari ialah kata sendi nama.'sejak pagi lagi'yang betul? | 1. Kanak-kanak bermain papan gelongsor di taman permainan. 2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan tidak terselit di celah gigi. 3. Sejak pagi lagi.... | Lain-lain | 11.10.2018 |
| Salam sejahtera, manakah yang lebih tepat dari segi tatabahasa: 1. Kalimah Allah 2. Kalimat Allah | Salam sejahtera, Perkataan kalimat ditakrifkan sebagai "kata-kata yg disusun utk menyampaikan maksud, memberikan perintah atau membuat pertanyaan". Antara contoh penggunaannya: - “Kau bantu aku di kebun.” Kalimat Pak Taha itu masih terngiang-ngiang di telinganya. - Kalimat akhir dari perempuan India itu menimbulkan satu pertanyaan. - Dalam hatinya terselit harapan agar kalimat anak muda itu kelak akan menjadi kenyataan. - Terdapat juga kalimat asing yang telah digunakan dengan mantap di kalangan petugas perbukuan. Maksud perkataan kalimah pula ialah "kata atau kata-kata yg tersusun dan berhubungan antara satu dengan yang lain dan mengandungi makna'. Berdasarkan korpus, kalimah banyak berkolokasi dengan Allah, syahadah/syahadat, Allahuakbar, Bismillah, Subhanallah dan sebagainya. Oleh itu, penggunaan yang lebih tepat ialah kalimah Allah. | Makna | 19.08.2025 |
| Salam, Mohon pencerahan versi sebenar lagu kanak2 berikut Air pasang malam atau air pasang pagi atau air pasang dalam? Pokok bunga melur tanam tepi kolam atau tepi batas? Itik bertelur ayam menetas atau mengeram? Terima kasih | Untuk makluman tuan, lirik lagu kanak-kanak ini bukanlah di bawah bidang kuasa dan hak cipta DBP. Oleh itu, DBP tidak mempunyai maklumat tepat tentang lirik lagu yang betul. Walau bagaimanapun, kebiasaannya lirik lagu yang biasa dijumpai ialah seperti yang berikut: Air pasang dalam Surut pukul lima Nyonya bangun pagi Siram pokok bunga Pokok bunga Melur Tanam tepi batas Itik bertelur ayam menetas Cik Baba jatuh dalam parit Cik Aminah ketawa jerit-jerit Naik kereta api sampai Kuala Lumpur Jumpa isteri comel terselit bawah dapur. | Lain-lain | 15.11.2021 |