Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Kesimpulannya,kelas tuisyen mempunyai kebaikan dan keburukan terserah kepada anak.Niat ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial sebenarnya baik tetapi beberapa anak telah menyalahgunakan peluang ini.Oleh itu,ibu bapa perlu berfikir dahulu dan mendengar keinginan anak-anak sebelum menghantar mereka ke kelas tuisyen.Ibu bapa tidak harus lepas tangan terhadap anak-anak dan perlu mengawasi gerak-geri anak-anak walaupun telah menghantar mereka ke kelas tuisyen. | Dalam ayat pertama lagi "Kesimpulannya, kelas tuisyen mempunyai kebaikan dan keburukan terserah kepada anak" mengandungi kesalahan. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.
| Tatabahasa | 29.09.2015 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Kesimpulannya,kelas tuisyen mempunyai kebaikan dan keburukan terserah kepada anak.Niat ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial sebenarnya baik tetapi beberapa anak telah menyalahgunakan peluang ini.Oleh itu,ibu bapa perlu berfikir dahulu dan mendengar keinginan anak-anak sebelum menghantar mereka ke kelas tuisyen.Ibu bapa tidak harus lepas tangan terhadap anak-anak dan perlu mengawasi gerak-geri anak-anak walaupun telah menghantar mereka ke kelas tuisyen. | Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
makna pasrah | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pasrah ialah menyerah; memasrahkan menyerahkan: kepada-Nyalah kita pasrahkan doa dan harapan; terpasrah terserah; kepasrahan keadaan menyerah diri (nasib) kpd Tuhan: ~ doa utk menunggu saat-saat berkabung. | Istilah | 08.07.2010 |
SAYA BARU MAHU MEMULAKAN PERNIAGAAN DAN INGIN MENDAFTAR ATAS NAMA "KEDAI GUNTING RAMBUT SWEEP BARBER SHOP" . SOALAN NYA BOLEHKAH PENGUNAAN BAHASA INGGERIS DAN MELAYU DIGUNAKAN SEKALI | Sebaiknya tuan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa Inggeris sepenuhnya. Pilihan nama SWEEP BARBER SHOP terserah kepada tuan yang penting diterima oleh SSM dan KEDAI GUNTING RAMBUT ialah keterangan aktiviti perniagaan yang perlu dipaparkan pada visual papan tanda premis kedai untuk mendapat pengesahan bahasa daripada pihak DBP. | Lain-lain | 15.09.2017 |
Bolehkah surat permohonan untuk lawatan di email atau difaks ? | Assalamualaikum Kami tidak jelas apa yang puan maksudkan. Untuk menghantar surat permohonan dan lawatan menggunakan email atau faks tida masalah jika alamat email dan faks penerima betul. Jika tersilap alamat email atau no. faks permohonan puan akan jatuh ke tangan orang lain. Kemungkinan permohonan puan akan diketahui oleh orang yang tidak berkenaan jika difakskan. Oleh itu terserah kepada puan untuk memikirkan cara terbaik untuk menghantar permohonan sama ada menggunakan faks, email, pos atau hantar sendiri. | Lain-lain | 02.03.2010 |
Isu kesantunan bahasa yang digunakan masa kini, adakah bahasa yang digunakan tidak melambangkan bahasa melayu yang baik, contohnya sidang parlimen sekarang yang tidak mencerminkan budaya dan bahasa melayu yang sebenar? | Dalam konteks rasmi pengguna disarankan menggunakan bahasa tinggi sesuai dengan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, lebih-lebih lagi di dewan yang mulia dan penghuninya terdiri daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat sewajarnyalah menggunakan bahasa tinggi. Bahasa Melayu lengkap dengan kosa kata yang elok dan baik untuk penggunanya dan terserah kepada penuturnya untuk membuat pilihan dan kerana kera itulah banyak disebut orang Bahasa Menunjukkan Bangsa. Terima kasih. | Lain-lain | 31.12.2008 |
Tuan Saya adalah salah seorang penulis dalam Majalah Jabatan Penerangan. Majalah ini lebih berkisar kepada penulisan dalaman yang berkaitan program jabatan. Soalannya ialah...bagi individu yang tiada gelaran hormat Dato/Datuk/ dll perlukah saya meletakkan nama panggilan hormat Encik/ Puan pada setiap nama pegawai kami yang terlibat dalam rencana yang ditulis? atau hanya terhad kepada jawatan Pengarah atau Timbalah Pengarah atau yang lebih tinggi dari itu? atau tak perlu. Contohnya, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Hassan Mohammad...atau Encik Hassan bin Mohammad telah merasmikan..... mana satu standard yang betul? Mohon pencerahan pihak tuan sebab saya keliru memandangkan ada yang kata perlu dan ada yang kata tidak perlu. Kerima kasih. | Untuk makluman tuan. Nama pegawai yang terlibat dalam rencana yang ditulis tidak perlu meletakkan nama panggilan hormat sama ada encik atau puan. Namun begitu, terserah atas budi bicara sidang editor organisasi tersebut sama ada perlu memasukkan atau sebaliknya atas kesantunan berbahasa. | Lain-lain | 17.11.2022 |
ASLMK, Adakah Cerpen sama dengan Novel ? Dari. mahasiswa | Apa itu Cerpen
Ia sebuah karya kreatif yg singkat. Ia lazimnya membentangkan sebuah episod yg significant (mungkin boleh lebih sedikit jika anda punya cukup kemahiran menggarapinya) dan melibatkan watak yang amat terhad jumlahnya. Bentuk penulisan ini perlu pendek, tapi tepat; watak diperkenalkan secara dramatik ataupun penuh aksi, tapi jarang dibina dgn cukup sempurna. Sebuah cerita pendek juga lebih cenderung menumpukan perhatian kepada mood, daripada keseluruhan ceritanya.
ATAU
Untuk lebih mudah difaham, kita ibaratkanlah cerpen ini sebagai sebuah tumbuhan (misalnya, pohon bunga) di dalam pasu. yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga dan bau yang harum (atau mungkin juga tiada bau, bukan?) Bagaimana anda mempastikan bibit bunga yg anda tanam di dalam pasu itu, membesar subur hingga menjadi sebuah pohon bunga yg anda banggai? Ini tugas anda tentunya, untuk menyiram dan membajainya bila perlu. Jika anda menjaganya dgn cukup baik, mana tau mungkin pohon itu akan mengeluarkan bunga yang mengharum wangi dan dikagumi ramai? Bagaimana anda hendak memastikan pohon bunga anda ini, tersenarai sebagai antara pohon bunga terhebat dan termahal pada ketika itu? Misalnya, pohon bonsai yg berharga puluhan ribu satu pasu?
Definasi untuk sebuah novel
Novel mengendalikan perwatakan manusia dalam situasi sosial, manusia adalah makhluk sosial.
Novel menitik beratkan pada watak, terutama sekali pada watak yg cukup bulat - dibandingkan drpd plot.
Satu lagi ciri yang besar tentang novel adalah realism - penuh dgn laporan kehidupan manusia tulen.
ATAU
Untuk lebih mudah difahami, barangkali, kita andaikanlah novel itu ibaratkan sebuah pokok yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga, buah.
Bagaimana kita ingin memastikan pohon yang ditanam dari hanya sebutir benih ini membesar hingga menjadi pohon, dan mungkin jika bernasib baik ia berupaya pula menghasilkan buah yg lumayan untuk membalas budi anda - ini tugas anda sebagai `petaninya' (penulis) ... mungkin anda akan membajainya dgn baja yang berkualiti tinggi dan rajin pula anda menyiraminya dgn air yg bersih dan bukan yg telah tercemar oleh tumpahan toksid dr kilang dan sebagainya.
Terserahlah pada kita sendiri, kita mahukan cerpen atau novel yg bagaimana; yang subur rendang hingga mampu menghasilkan buah yg manis harum. Atau yg kering kontang hingga seluruh daunnya berguguran ke bumi? Atau lagi dahsyat, kita hanya tanam saja benih (idea) dan mengharapkan benih itu hidup sendiri. Dan kemudiannya kita hairan mengapa benih yg ditanam, lalang pula yg tumbuh. Ya, terserah.Azmah Nordin | Lain-lain | 08.09.2009 |
Saya Mahasiswa Universiti Islam Yala Thailand ingin soal perkenaan tentang apa perbezaan antara cerpen dengan novel wassalam. | Apa itu Cerpen