Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.rem.pa/] | ترسرمڤق

Definisi : 1. diserang (diserbu dll) dgn tiba-tiba; 2. bertemu (bersua) dgn tidak disangka-sangka: sesekali dia ~ dgn orang yg hendak ke kampung tempat dia berguru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.rem.pa/] | ترسرمڤق

Definisi : 1 bertemu atau bersua dgn tidak disangka-sangka: Saya ~ dgn bapa saudara saya di kedai itu. 2 terserang atau terserbu dgn tiba-tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serempak (adjektif)
Bersinonim dengan serentak, sekali gus, bersama-sama;,
Kata Terbitan : menyerempak, terserempak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, betulkah ayat ini? Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan di bandar. Atau adakah perkataan 'berjalan' perlu digantikan kepada 'berjalan-jalan'? Jika tidak ditukar, adakah salah ayat ini? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan-jalan di bandar". Kata kerja berjalan lazimnya merujuk perbuatan berjalan itu sendiri seperti "kanak-kanak itu mulai berjalan setelah digamit ibunya".Tatabahasa06.05.2014
Apakah maksud "paigan" dan daripada sumber mana perkataan ini boleh dijumpai? Saya terserempak semasa mencari padanan "tic" di PRPM dan Istilah MABBIM tetapi nak tahu jika "tic" benar-benar dipadankan dengan "paigan" ataupun jika ia satu kesilapan ejaan.Kami akan menyemak semula kata "paigan" yang digunakan dalam istilah MABBIM dalam bidang Perubatan tersebut. Setakat hari ini, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Dewan Perdana, Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Bahasa Melayu Nusantara dan pangkalan data bahasa Melayu DBP tidak merakamkan sebarang makna bagi kata "paigan" ini.Makna26.05.2024
Pada suatu hari, ketika saya hendak mengambil air panas di kafe saya terserempak dengan seseorang yang saya amat berharap untuk berjumpa sebelum ini iaitu Ustaz Salahuddin. Saya agak terkejut kerana tidak menyangka akan berjumpa dengan beliau. Sempat saya menyapa beliau. Alhamdulillah ustaz masih ingat kepada saya. merujuk ayat-ayat di atas, adakah ustaz dieja sebagai huruf kecil atau besar? sebab ia merujuk kepada ustaz yang dinamakan dalam ayat di atas. Mohon penjelasan.Ustaz Salehuddin ialah kata nama khas dan ustaz ialah kata nama. Apabila dalam satu wacana hanya perkataan ustaz digunakan untuk merujuk Ustaz Salehuddin, hendaklah dieja dengan huruf kecil. Ejaan05.07.2022
Salam,Tuan/Puan.Saya mahu bertanyakan soalan tentang tatabahasa dalam beberapa ayat yang berikut.Adakah beberapa ayat muncul kesalahan tatabahasa atau bahasa?Terima kasih Tuan/Puan Ibrahim Derani, 64, mendakwa dalam kejadian itu, anaknya yang sedang mengembala lembu dalam ladang itu terserempak dengan harimau berkenaan. Beliau berkata, anaknya dikatakan melihat harimau berkenaan sedang mengheret seekor anak lembu dalam keadaan berdarah sejauh hanya 50 meter.
Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti di bawah.

Ibrahim Derani, 64 tahun, mendakwa dalam kejadian itu, anaknya yang sedang mengembala lembu di ladang itu terserempak dengan harimau berkenaan. Beliau berkata, anaknya melihat harimau berkenaan sedang mengheret seekor anak lembu dalam keadaan berdarah sejauh 50 meter.
Tatabahasa22.06.2021

Kembali ke atas