Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ser.gam] | ترسرݢم

Definisi : kelihatan tinggi dan besar drpd yg lain-lain (rumah, gunung, dll): bangunan itu ~ megah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ser.gam] | ترسرݢم

Definisi : kelihatan lebih tinggi dan lebih besar drpd yg lain (bkn rumah, gunung dll): Istana itu ~ indah di atas sebuah bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersergam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan bandar raya,boleh kah digunakan sebagai kata nama khas,contoh dalam ayat ini: Bandar raya Kuala Lumpur tersergam indah. atau perlu di sambung seperti ini: Bandaraya Kuala Lumpur. Harap pihak DBP dapat menjawab soalan ini secepat mungkin.Terima KasihEjaan yang betul ialah bandar raya. Penggunaan yang betul ialah Bandar Raya Kuala Lumpur tersergam indah tetapi pihak DBKL mengejanya rapat untuk membolehkan mereka menggunakan akronim B bagi Bandar Raya.Tatabahasa05.09.2007
1.apa beza penempatan dengan petempatan? 2.Mengapa imbuhan be bagi kerja dan ter bagi sergam.Bukankah suku kata awalnya ada er? cth:bekerja,tersergam

1. Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu.

2.Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Bagi perkataan tersergam pula, apabila awalan ter- bergabung dengan kata yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- maka  r dalam awalan ter- tidak gugur.

Tatabahasa15.12.2010
salam, bolehkah perkataan "tersergamlah" digunakan dalam ayat? dalam kamus dewan cuma tertera "tersergam" sahaja.Perkataan "tersergamlah" adalah betul dan boleh digunakan. Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya.Tatabahasa14.09.2012
Salam sejahtera, tuan. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang. Ali terpikat oleh keindahan di Pulau Redang. 2. Banglo yang bertingkat dua itu tersergam indah di atas bukit. 3. Bunga telur ini bukan ditempah daripada Puan Zain tetapi Puan Salimah. 4. Dengan adanya Rakan Cop, masalah jenayah di kawasan ini dapat diatasi. 5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin yang memandu keretanya dengan laju. Terima kasih.

1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang.

2. Banglo dua tingkat itu tersergam indah di atas bukit.

3. Ayat nombor 3 betul

4. Ayat nombor 4 betul
5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin kerana memandu kereta dengan laju.

Tatabahasa19.08.2021
Selamat sejahtera, Penggunaan kata sendi 'di' adakah sesuai diletakkan pada permulaan ayat seperti berikut: 1) Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum yang hidup secara harmoni . 2) Di taman itu terdapat sebuah istana yang tersergam indah. 3) Di belakang rumah ada sebatang pokok kelapa . TQ1) Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum yang hidup secara harmoni . 2) Di taman itu terdapat sebuah istana yang tersergam indah. 3) Di belakang rumah ada sebatang pokok kelapa . Ketiga-tiga contoh di pada permulaan ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa15.08.2007
Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur, Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuhraya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di pusat Kuala Lumpur, dilengkapi dengan peralatan yang terkini, kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalukan anda dipersonakan di dalam dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi.Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuh raya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di bnandar raya Kuala Lumpur dan dilengkapi dengan peralatan yang terkini. Kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi.Tatabahasa01.06.2015
sesuai atau tidak penggunaan KGD "beliau"digunakan untuk orang yang melakukan jenayah seperti menteri,wakil rakyat dan sebagainya. Bukankah penggunaan beliau hanya untuk orang yang dihormati? 2. ejaan yang betul tersergam atau tesergam 3. boleh ke kita menggunakan kata sendi hingga ke Contohnya Ali menunggu Abu dari pagi hingga ke petang.Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang tua dan yang dihormati, lazimnya selagi seseorang itu bergelar (kerana pangkat dan gelaran seperti Datuk, Tan Sri dan sebagainya) beliau masih dihormati.Lain-lain21.10.2009

Kembali ke atas