(1)Berita tentang kejayaan Hafiz tersiar di / dalam halaman depan akhbar Berita Harian. Tuan, dalam ayat di atas, kata sendi nama "di" atau "dalam" lebih sesuai digunakan? Saya berfahaman bahawa kata sendi nama "dalam" lebih tepat kerana frasa "halaman depan akhbar Berita Harian" ialah suatu ruang yang abstrak, jadi untuk menyatakan kedudukan sesuatu benda berada di dalam ruang yang abstrak, kata sendi nama "dalam" digunakan. Apakah fahaman tuan? | Berita tentang kejayaan Hafiz tersiar pada halaman depan akhbar Berita Harian.
| Tatabahasa | 27.12.2014 |
Assalamualaikum, Saya bercadang menerbitkan Kumpulan Puisi yang pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah termasuk akhbar Berita Minggu,Mingguan Malaysia, Harian Ekspres Sabah, News Sabah Times, Jendela Selatan dan Majalan Dewan Sastera,Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Budaya. 2. Persoalannya: Siapakah pegawai Dewan Bahasa Pustaka yang boleh saya hubungi. Pohon pihak tuan dapat menyertakan alamat emel dan nombor telefon yang memudah saya hubungi. Sekian.Terima Kasih. ISMAIL BIN HASHIM 013-2279930 | Assalamualaikum Tuan Ismail Hashim Berhubung pertanyaan tuan bagaimana untuk menerbitkan buku puisi, saya mencadangkan tuan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Tuan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau melalui e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my). Pihak kami mengalu-alukan hasrat tuan untuk menerbitkan buku puisi dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Lain-lain | 02.05.2018 |
Asslmwbkth Saya hendak menerbitkan semula sebuah puisi saya yg tersiar dlm Dewan Sastera ke dalam bentuk Antologi Puisi Peribadi...saya difahamkan perlu mendapat keizinan dpd bahagian Harta Intelek...boleh saya dapatkan no talipon dan siapa yang boleh saya hunungi? | Sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.05.2015 |
Salaam. Saya mencari istilah BM bagi istilah ini 'published writer' penulis yang hasilnya tersiar? atau apa ya? terima kasih? | Padanan bahasa Melayunya ialah penulis mapan. | Istilah | 08.05.2008 |
Apakah terjemahan yang tepat bagi "published rate" (istilah harga bilik hotel) dalam bahasa Melayu? | kadar tersiar atau kadar sewa penuh. | Tatabahasa | 30.07.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'persuratan'? | Persuratan: perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu. | Makna | 16.09.2009 |
Adakah sajak Tetamu Senja karya A. Samad Said, merupakan salah satu sajak terbitan DBP? | Sajak "Tetamu Senja" karya Sasterawan Negara A. Samad Said pertama kali telah tersiar dalam Utusan Zaman , 3 November 1955. Sajak ini kemudian telah dimasukkan dalam Kumpulan Puisi A. Samad Said yang dikumpulkan dan diberi Kata Pengantar oleh Dharmawijaya terbitan Utusan Publications & Distributors tahun 2005.Terima kasih. | Lain-lain | 18.02.2010 |
Apakah perbezaan halaman dengan muka surat | Halaman dan muka surat kedua-duanya membawa maksud yang sama,iaitu halaman (buku)/muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. | Lain-lain | 08.10.2010 |
Terdapat 2 fenomena menarik berkaitan bahasa minggu ini. i. Pada 22 Februari 2014, TV3 mengadakan program "Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur". Saya berpendapat mengikut tatabahasa yang betul sepatutnya. "ANUGERAH FESTIVAL DRAMA KUALA LUMPUR". ii. Pada 23 Februari 2014, tersiar dalam Berita Perdana di TV 1, RTM dan Berita Harian akan menyiarkan kembali rancangan `Mini Parlimen' yang popular pada era 1980-an. Mengikut hukum DM, sepatutnya 'PARLIMEN MINI'. Sekiranya berlaku ketidaktepatan atau kesilapan tatabahasa ini, apakah tindakan susulan Jabatan Pengembangan Bahasa DBP. Kalau tidak dibetulkan dengan SEGERA, pasti kesilapan ini akan berterusan dan menjadi contoh tidak baik kepada pengguna bahasa. | Terima kasih atas makluman daripada pihak tuan. Pihak kami akan menyiasat perkara ini dan akan menghubungi pihak yang berkenaan untuk memaklumkan kesilapan ini. Terima kasih sekali lagi. | Lain-lain | 24.02.2014 |
Apakah perbezaan antara setempat dan tempatan? | Setempat bermaksud mengenai satu tempat sahaja, manakala tempatan bermaksud yang berkaitan dengan tempat tetentu. Untuk melihat perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut, sila lihat penggunaannya di dalam ayat. Contohnya, hikayat ini tersiar di daerah yang sangat luas biarpun dalam bentuk yang berlainan dan disesuaikan dengan keadaan. dan kasut hitam itu buatan Gombak. | Tatabahasa | 02.04.2014 |