Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara. penggunaan bertulisan betul ke? atau yang salah ialah tersimpan? apa jawapan yang betul? | Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara atau Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih disimpan di Arkib Negara. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Ayat yang manakah betul? Apabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian daripada tenaga yang tersimpan di dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk. atau Apabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian tenaga yang tersimpan dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk. iaitu, sebahagian tenaga atau sebahagian daripada tenaga; tersimpan dalam pokok teratai atau tersimpan di dalam pokok teratai | Apabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian daripada tenaga yang tersimpan di dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk.
| Tatabahasa | 04.09.2015 |
Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau ____________. A. hapak B. tengik Apakah jawapannya? | Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
1)Bola itu menjadi lembut selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor. 2)Azzilah terpaksa berpinar mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1) Bola itu menjadi kempis selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor. 2) Azzilah terpaksa berputih mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan "ter" dan "di" yang terdapat di hadapan sesuatu perkataan? Contohnya, terjemahan "stored" ialah "tersimpan" dan "disimpan". Bagaimana cara untuk mengetahui penggunaan "ter" dan "di" yang betul? Terdapat banyak lagi contoh yang boleh didapati di laman web DBP tetapi saya hanya sertakan satu supaya soalan saya lebih jelas. Mohon penjelasan dan penerangan dari pihak DBP. Terima kasih atas bantuan yang pihak anda telah berikan. :) | Dalam pembentukan istilah ada menggunakan awalan "ter" seperti tersimpan dan terlakur. Pembentukan istilah sama ada menggunakan awalan "ter" atau "di" atau mengekalkan kata akar adalah bergantung pada konsep yang terkandung dalam istilah tersebut. | Tatabahasa | 27.05.2015 |
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)? | Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan: Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan). · Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak; biskut yang sudah hapak. Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan: Garing ialah keras tetapi rapuh seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup. | Makna | 06.04.2014 |
1. Sudah begitu lama perkara itu tersimpan dalam hatinya! kata hatinya. kata = huruf, K (besar atau kecil) l | huruf kecil | Tatabahasa | 29.08.2007 |
Saya seorang penduduk Singapura yang minat dengan kesusasteraan Melayu klasik. Namun, koleksi hikayat-hikayat dan syair-syair lama yang terbesar tersimpan di Perpustakaan Kebangsaan Singapura, dan tidak boleh dipinjam. Kebanyakannya terbitan DBP. Masihkah DBP menerbit sastera Melayu klasik dan bolehkah mereka didapati di kedai-kedai buku Malaysia atau Singapura? | Buku-buku lama dikenali sebagai Karya Agung Melayu diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan. Antara karya yang diterbitkan semula oleh oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Buku-buku ada dijual di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 07.11.2015 |
Assalamualaikum, Di manakah saya boleh menjumpa dan membaca majalah - majalah seperti Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat terbitan DBP pada tahun 80-an? Adakah tersimpan di mana-mana institusi dan boleh diakses orang awam? Terima kasih didahulukan. | Majalah terbitan DBP boleh dibaca di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP. Jika berdekatan dengan tempat tinggal, tuan boleh berkunjung ke PDM dan menjadi Ahli Rakan Dewan. | Lain-lain | 22.12.2017 |
kepentingan filologi dalam sastera | Secara umum, filologi dalam sastera ialah suatu ilmu yangberhubungan dengan kajian terhadap teks. Dalam pergertian yang luas, filologi merupakan suatu disiplin yang ditujukan pada kajian tentang teks yang tersimpan atau teks lama. Kajian terhadap sesebuah teks lama, maksud di sini sesebuah naskhah lama yang dijumpa perlu dikajian atau di bandingakan dengan teks lain sama ada yang sama atau tidak (berkaitan). Di sinilah kepentingan filologi perlu kerana dalam teks lama lazimnya terdapat variasi disebabkan penyalinan nakhah tersebuah sehingga teks asli sentiasa mengalami perubahan. Ringkasnya kerja filologi didasarkan pada prinsip bahawa teks akan perubah setiap kali disalin kembali oleh penyalin yang lain kerana adanya tokok tambah. | Lain-lain | 05.09.2008 |