Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sung.kur] | ترسوڠکور

Definisi : jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap: dgn sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sung.kur] | ترسوڠکور

Definisi : jatuh ke depan serta muka terkena tanah; tersembam: Raja Firaun ~ jatuh, berdarah hidungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungkur
Kata Terbitan : menyungkur, tersungkur,

Puisi
 

Pokok nangka pohon cempedak,
     Pecah-pecah bunga senduduk;
Kecil jangan disangka budak,
     Gajah tersungkur oleh pelanduk.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Izat ..............apabila melalui jalan yang licin itu. jawapan..................... terjelepok/ tergelincir/tersungkur?

Perkataan yang paling sesuai ialah tergelincir.  'Izat tergelincir apabila melalui jalan yang licin itu.' Menurut Kamus Dewan,  tergelincir bermaksud terdorong kerana licin dll; tergeluncur. Terjelepok  bermaksud jatuh terduduk. Tersungkur bermaksud jatuh ke depan serta muka terkena tanah; tersembam.

Tatabahasa28.05.2011

Kembali ke atas