Adakah ayat " Inilah al-Quran" dan "Ayatnya tersusun rapi" boleh digabungkan? Jika boleh, manakah yang betul? "Inilah al-Quran yang ayatnya tersusun rapi" atau "Inilah al-Quran yang tersusun rapi ayatnya"? | Inilah al-Quran yang ayatnya tersusun rapi. | Tatabahasa | 21.04.2017 |
memohon pandangan untuk perkataan berikut: "Ruang tersusun atur akan tiba | untuk makluman istilah "susun atur" ialah padanan untuk istilah bahasa Inggeris layout. oleh itu tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. perkataan yang sesuai ialah "tersusun" atau "teratur" (Ruang tersusun akan tiba atau ruang teratur akan tiba). | Tatabahasa | 13.01.2014 |
1) Salam, dalam ayat di bawah yang mana satu subjek dan predikat? minta penjelasan. ayat: Alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu tersusun kemas. 2) Dalam ayat yang sama, bolehkah ayat songsang dilakukan dengaan pendepanan kata sendi nama? jawapan: Di dalam bengkel itu alat-alat pertukangan tersusun kemas. minta penjelasan daripada pihak tuan. terima kasih. | 1. Subjek - Alat-alat pertukangan di dalam bengkel; dan predikat - tersusun kemas. 2. Ayat songsang ialah pendepanan predikat mendahului subjek. Kata sendi nama dalam ayat tersebut hadir dalam subjek, maka ayat songsang yang betul ialah Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel. | Tatabahasa | 15.10.2014 |
Slama sejahtera. mohon penerangan untuk penggunaan kata sendi bagi ayat di bawah. 1. Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut / pada rak kasut? Terima kasih. | Jawapan yang betul "Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut". | Lain-lain | 01.11.2018 |
APAKAH PERBEZAAN PENGGUNAAN PERKATAAN BERSISTEM DAN BERSISTEMATIK. CONTOH AYAT: Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem dapat kita mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat bersistem ialah ada sistemnya, menurut sistem, sistematik. Sistematik pula ialah berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang ilmu pengetahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai sesuatu sistem. Perkataan bersistem lebih sesuai digunakan berbanding bersistematik. Perkataan bersistematik tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM. Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem, kita dapat mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah? 1) Rusdi mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di kampung yang tersusun itu. 2) Pak Long masih teguh ingatannya walaupun umurnya sudah lanjut.(SESUAIKAH PERKATAAN TEGUH DIGUNAKAN DALAM AYAT INI?) Mohon penjelasan daripada pihak tuan sekiranya ada kesalahan dari segi frasa atau penggunaan perkataan | 1) Rusdi mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di kampung yang tersusun itu. Kesalahan banyak rakan-rakan - frasa ini telah lewah. rakan-rakan telah menunjukkan banyak. Tidak perlu banyak rakan-rakan. Memadai rakan-rakan. 2) Pak Long masih teguh ingatannya walaupun umurnya sudah lanjut. teguh- kurang sesuai dalam konteks ayat di atas. Perkataan yang paling tepat ialah kuat.
| Tatabahasa | 17.08.2012 |
Mengapakah bahagian 'kamus sains' prpm begitu aneh dan tidak tersusun? | Sila gunakan kamus bahasa Melayu bagi mencari huraian sesuatu istilah. Kamus Sains masih lagi tidak boleh digunakan kerana sistem tidak dapat mencari istilah yang dicari. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. | Lain-lain | 15.03.2019 |
selonggok pinggan atau setimbun pinggan ( beberapa keping pinggan yang tersusun) | Longgok bermaksud himpunan atau timbunan. Oleh itu, selonggok pinggan sama maksudnya dengan setimbun pinggan. | Tatabahasa | 01.02.2012 |
Tuan, sila berikan jawapan untuk soalan 1 dan 2 di bawah, yang manakah ayat menggunakan perkataan yang diberikan dengan betul. Pilih perkataan kemas yang digunakan yang betul. 1. a)Barangan piuter tersusun kemas di sudut itu. b)Ali membungkus hadiah itu dengan kemas. c)Kakak sedang kemas dapur ketika saya pulang tadi.. d)Semua hasil kerja tangannya kemas dan cantik. 2. Pilih perkataan serong yang digunakan dengan betul. a)Tulisannya serong sedikit. b)Kuih itu saya potong serong. c)Pokok itu serong sedikit ke sebelah kanan. d)Janganlah cepat memandang serong terhadap orang lain. sekian terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. (a)Barangan piuter tersusun kemas di sudut itu. (b)Ali membungkus hadiah itu dengan kemas. (d)Semua hasil kerja tangannya kemas dan cantik. 2. (b)Kuih itu saya potong serong. (d)Janganlah cepat memandang serong terhadap orang lain. | Tatabahasa | 20.02.2015 |
Ayat manakah yang betul? (1) Tiara menegur sapa dengan jiran baharunya (2) Baju-baju di dalam almari Bella tersusun dengan rapi | Ayat yang betul ialah ayat no. 2. | Lain-lain | 17.08.2014 |