Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
tertangguh
[ter.tang.guh] |
ترتڠݢوه
Definisi :
tertunda, terhalang, terhenti, terlambat;
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
tangguh
Kata Terbitan :
bertangguh
,
menangguhkan
,
mempertangguhkan
,
tertangguh
,
penangguhan
,
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(9)
Kamus Bahasa Inggeris
(1)
Istilah MABBIM
(7)
Istilah Bahasa Melayu
(66)
Kamus Thai Melayu Dewan
(1)
Khidmat Nasihat
(5)
Artikel Akhbar
(4)
Artikel Majalah
(6)
Buku
(3)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang tatabahasa ayat ini dan penggunaan perkataan "sambungan" dan "penyambungan". Contoh ayat: Jika anda mengalami masalah seperti kualiti media rendah atau penghantaran mesej
tertangguh
, ia mungkin masalah berkaitan penyambungan. (Atau sambungan?). Terima kasih
Perkataan yang digunakan dalam ayat tersebut ialah
penyambungan
.
"Jika anda mengalami masalah seperti kualiti media rendah atau penghantaran mesej
tertangguh
, ini mungkin masalah
penyambungan
."
Lain-lain
03.12.2021
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja
tertangguh
. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong.
1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja
tertangguh
.
2) Remaja sekarang sudah bebas.
3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang.
4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang.
5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya.
6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar.
7) Kainnya koyak kerana disambar api.
8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong.
Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa
02.08.2013
Pihak kami telah menghantar permohonan Pengesahan Bahasa dan Penggunaan Ayat kepada pihak tuan pada 13/08/2015. Akan tetapi sehingga kini, masih belum ada maklumbalas lagi. Pihak kami ingin menghantar borang permohonan permit iklan sementara MBPJ. Sekarang sudah
tertangguh
disebabkan pihak tuan masih belum memberi maklumbalas. Harap tuan dapat membantu pihak kami mengenai hal ini. Sekian, terima kasih.
Sila hubungi kami ditalian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan untuk kami memproses permohonan tuan dengan kadar yang segera.
Lain-lain
17.08.2015
Salam, Saya keliru mengenai peribahasa 'melepaskan batuk di tangga'. Apakah justifikasi peribahasa yang membawa maksud 'membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai' ini? Terdapat teori masuk akal yang mengatakan peribahasa tersebut menggunakan perkataan 'batok' dan bukan 'batuk'. Tetapi setelah merujuk DBP, saya dapati peribahasa itu guna perkataan 'batuk'. Bagaimana terbatuk di tangga boleh membawa maksud kerja
tertangguh
? Mohon pencerahan. Terima kasih!
Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Sehingga hari ini, penggunaan perkataan "batuk" masih kekal dan digunakan sebagai panduan dalam buku peribahasa. Wallahualam.
Makna
14.04.2014
Saya perlu mendapatkan terjemahan yang paling tepat dan sesuai untuk perkataan "dormant claim". Ia diperlukan untuk penerbitan ilmiah. Setelah bertanya kepada beberapa orang rakan sekerja, mereka menyatakan "tuntutan terpendam" dan "tuntutan pasif" sebagai tidak sesuai dan kelihatan pelik maksudnya. Mohon bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang paling tepat.
Kami mencadangkan "dormant claim" diterjemahkan sebagai "tuntutan terbiar", "tuntutan tidak aktif", "tuntutan
tertangguh
" atau "tuntutan tersembunyi". Untuk makluman, istilah ini juga boleh diterjemahkan sebagai "tuntutan dorman" kerana terdapat istilah "akaun dorman" (dormant account) dalam Bidang Perbankan. (Rujukan: Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan)
Istilah
10.11.2020
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...