Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ta.ri/] | ترتاريق

Definisi : 1. sudah ditarik (dihela, diseret, di-heret); 2. ki berasa suka (ingin dll) kpd, terhibur oleh, terpikat (hatinya) oleh: memang banyak orang yg ~ oleh suara yg lemah lembut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.ri/] | ترتاريق

Definisi : 1 sudah atau dpt ditarik. 2 berasa suka akan sesuatu; terpikat atau tertawan oleh: Sejak kecil lagi, dia sudah ~ kpd ilmu sains. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,

Peribahasa

Mabuk di enggang lalu.

Bermaksud :

Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah yang betul? (a) tertarik dengan kecantikan (b) tertarik oleh kecantikanTertarik oleh kecantikan.Tatabahasa28.07.2010
Cikgu mengapakah "tertarik akan pemandangan" adalah betul manakala "tertarik kepada pemandangan" dan "tertarik oleh pemandangan" adalah salah?Ketiga-tiga kata sendi nama tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat yang tersebut, namun frasa yang banyak digunakan ialah "tertarik akan pemandangan". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272, 282 dan 283.Tatabahasa11.05.2014
Cikgu, 1. Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur. 2. Saya tertarik kepada pemandangan malam di Kuala Lumpur. 3. Saya tertarik pemandangan malam di Kuala Lumpur. 4. Saya tertarik oleh pemandangan malam di Kuala Lumpur. Ayat yang manakah barulah betul? Saya fokus akan frasa "tertarik oleh/kepada/akan/tiada kata sendi nama pemandangan malam".Ayat yang betul ialah "Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur."Tatabahasa10.05.2014
saya tertarik dengan keindahan atau tertarik oleh keindahan. saya terbaca dalam satu buku rujukan yang mengatakan bahawa ter.... mesti diikuti dengan "oleh' dan bukan "dengan". 2. antara isu-isu atau antara isu. 3. bolehkah kita memulakan sesuatu ayat dengan perkataan "terdapat"spt Terdapat seramai 10 orang di dalam kelas ini. 4. Terdapat banyak vitamin dalam buah-buahan ini. Banyak terdapat vitamin dalam buah-buahan. adakah kedua-dua ayat ini membawa makna yang sama. 5. tolong terangkan perbezaan makna menjolok mata dan mencolok mata. adakah tsunami perlu tulis dalam huruf besar. terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah saya tertarik dengan keindahan, bukan tertarik oleh seni bina kerana ayat tertarik oleh seni bina membawa maksud seni bina itu yang menarik saya.

2. Yang betul ialah antara isu kerana kata sendi nama "antara" diikuti kata nama am yang tidak perlu diulang.

3. "Terdapat" boleh digunakan pada permulaan ayat dan kebiasaannya digunakan dalam bentuk pasif.

4. Perkataan yang betul ialah mencolok mata bukan menjolok mata.

5. Perkataan "tsunami" tidak perlu ditulis dengan huruf besar kerana tsunami bukan nama khas. 

Tatabahasa08.10.2009
Yang mana satukah yang betul, ...tertarik oleh keindahan... atau tertarik dengan keindahan... Tolong jelaskan dengan terperinci. Terima kasih atas kerjasama.Merujuk buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "oleh" membawa maksud yang menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab seperti dalam ayat "tertarik oleh keindahan" sebenarnya membawa maksud "tertarikh oleh (sebab) keindahan. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah ... tertarik oleh keindahan ..., manakala kata sendi nama "dengan" tidak membawa maksud yang sesuai dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa18.06.2013
Selamat pagi . Diharapkan tuan dapat menjawab soalan saya. 1. Apakah perbezaan antara tertarik oleh dan tertarik dengan ? 2. Pelancong asing itu tertarik oleh keindahan alam semula jadi Malaysia. Adakah ayat ini betul ?

Kedua-kedua kata tersebut adalah kata sendi nama. Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 'oleh' menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa penggunaan kata sendi nama oleh di sini sebenarnya berpunca daripada oleh sebab, yang kemudiannya berlaku pengguguran sebab secara pilihan. Dalam konteks ini, tertarik oleh lebih sesuai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 283.

Tatabahasa05.09.2008
1.tertarik dengan keindahan atau tertarik oleh keindahan? 2.menaikkan takhta atau menaiki takhta? 3.Saya ingin memohon 100 kesalahan tatabahasa,ejaan dan imbuhan 4.apakah maksud pembaji,saya tidak dapat mencari maksud perkataan ini di carian kata dbp.Untuk soalan 1.:
Kedua-duanya boleh digunakan

Untuk soalan 2.:
Yang betul ialah menaiki tahta

Untuk soalan 3.:
Pihak kami tidak memberikan perkhidmatan sebegini

Untuk soalan 4.:
Pembaji  -->  baji

baji pasak yg runcing hujungnya dan digunakan utk merenggangkan atau utk membelah sesuatu: Kapak ialah contoh ~ yg tepat sekali.
Tatabahasa06.10.2014
Bolehkah tuan terangkan penggunaan dan alasannya: 1a. dijatuhi 1b. dijatuhkan 2a. menjatuhi 2b. menjatuhkan 3a. tertarik oleh 3b. tertarik dengan 4a. membeli 4b. membelikan 5a. atau 5b. ataupun 6a. menghindari 6b. menghindarkan1. Perkataan "menjatuhi" diikuti objek bernyawa seperti Hakim menjatuhi pesalah hukuman gantung sampai mati, perkataan menjatuhkan diikuti objek tidak bernyawa seperti Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah. Perkataan dijatuhi dan dijatuhkan ialah bentuk pasif perkataan menjatuhi dan menjatuhkan. Lihat contoh ayat pesalah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan hukuman gantung sampai mati dijatuhkan kepada pesalah.
2. Frasa "tertarik oleh" dan "tertarik dengan", kedua-duanya sama maksud dan fungsinya.
3. Membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar, seperti "membeli kereta"; manakala membelikan bermaksud membeli untuk, seperti membelikan isterinya sebuah kereta.
4. Menghindari bermaksud menjauhkan diri daripada seperti ayat saya berusaha menghindarinya: dan menghindarkan bermaksud mengelakkan daripada seperti ayat Undang-undang telah digubal utk menghindarkan perbuatan rasuah.
Makna29.09.2014
Selamat pagi . Diharapkan tuan dapat menjawab soalan saya. (a) Mereka tertarik oleh kecantikan aku. (b) Mereka tertarik dengan kecantikan aku. Sila jelaskan. Terima kasih.Selamat pagi. Menurut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "oleh" membawa maksud yang menunjukkan hubungan yang membawa maksud "sebab" seperti dalam ayat "tertarik oleh kecantikan aku" sebenarnya membawa maksud "tertarik oleh (sebab) kecantikan. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tertarik oleh kecantikan aku" , manakala kata sendi nama "dengan " tidak membawa maksud yang sesuai dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa06.10.2014
salam. pertanyaan saya yg lepas telah dijawab. terima kasih daun keladi. soalan : kata sendi : A. 1. ...menulis di atas kertas ..... 2. ....menulis pada kertas... B 1. tertarik oleh.... 2. ...tertarik dengan..... terima kasih.Jawapan yang betul ialah 1. menulis pada kertas. 2. tertarik denganTatabahasa10.02.2010
123456

Kembali ke atas