Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.te.kan] | ترتکن

Definisi : ditekan, tertindas, tertindih: petani-petani yg sentiasa ~, dicukai berlebih­an dan ini telah menimbulkan pemberonta­kan ber­senjata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.te.kan] | ترتکن

Definisi : 1 dlm keadaan ditekan; tertindih. 2 ki tertindas; teraniaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekan
Kata Terbitan : bertekan, menekan, menekankan, tertekan, tertekan-tekan, tekanan, penekanan, penekan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang psikologi di USM. Minta pengesahan sama ada penggunaan istilah RESILIENSI AKADEMIK boleh digunakan untuk menggambarkan DAYA TAHAN pelajar dalam bidang akademik walaupun dalam keadaan yang tertekan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience.Istilah28.10.2013
saya perlukan nasihat dalam menggunakan perumpamaan atau peribahasa bagi artikal penulisan saya. Jika boleh dapat sekiranya di beri dictionary bagi peribahasa dan perumpamaan utk rujukan saya . terima kasihPenggunaan peribahasa dan perumpamaan sebenarnya bergantung pada jenis ayat yang hendak ditulis. Misalnya dalam satu contoh ayat, "kehidupan dua beradik itu begitu tertekan setelah kematian ibu bapa mereka, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga". Beginilah contoh penggunaan peribahasa dalam tulisan. banyak lagi contoh-contoh yang dapat dihasilkan dengan penggunaan peribahasa dan perumpamaan ini. Mengenai kamus peribahasa atau perumpamaan, memang terdapat banyak di pasaran sekarang.Terima kasih.Lain-lain11.10.2006

Kembali ke atas