adakah perkataan terlentang wujud? atau hanya telentang dan tertelentang? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah telentang. Kamus Dewan mentakrifkan telentang sebagai terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telentang: Dia ~ badannya di lantai. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
Salam tuan di talian, Apakah perkataan terlentang dalam ayat contoh di bawah betul penggunaannya. 1. Pak Pandir jatuh terlentang kerana terpijak kulit pisang. 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, 3. Pak Pandir jatuh tertelentang kerana terpijak kulit pisang. Semoga mendapat jawapan yang segera daripada tuan. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, telentang bermaksud terbaring dengan bahagian depan atau bahagian cekung ke atas. | Tatabahasa | 15.09.2011 |