Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ten.tu] | ترتنتو

Definisi : 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mem­punyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebut­kan namanya (tempatnya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu mem­ecah-belahkan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ten.tu] | ترتنتو

Definisi : 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertentu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tepatkah istilah "Liquidated and Ascertained Damages" diterjemahkan sebagai "Ganti Rugi Jumlah Tertentu" atau "Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan". Jawapan daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Istilah Liquidated and Ascertained Damages masih belum ada dalam rekod kami. Walaubagaimanpun maksud liquidated damage dari bidang Undang-undang, kejuruteraan dan ekonomi ialah ganti rugi jumlah tertentu manakala ascertained bermaksud telah dipastikan atau kenyataan yang telah dipastikanMakna17.03.2018
Salam sejahtera, Saya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1) Pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Saya harap pihak khidmat nasihat dapat menyediakan penerangan sekali dan penggunaan ayat yang betul. Terima kasih.1) Pendedahan terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
2) Ujian pendedahan terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk.
Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda.
Tatabahasa30.05.2016
Perkataan tertentu seperti "kleptocracy" tiada dalam carian kamus. mohon dikemaskiniMaklum.  Terima kasih.Makna30.07.2017
Dalam majlis tertentu, ada banyak ketua jabatan dan ketua unit hadir. Jadi, adakah kita menyebut ' ketua-ketua jabatan dan unit' ATAU ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit'? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah ketua-ketua jabatan dan unit.Lain-lain21.04.2010
maksud lain bagi stesyen,zon.bagi mengambarkan satu kawasan lingkungan.lebih kemelayuan.macam nama stesyen tv.Maksud stesen ialah tempat, iaitu tempat yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu. Manakala zon bermaksud kawasan yang mempunyai sifat tertentu untuk tujuan tertentu. Ungkapan yang lazim ialah stesen televisyen.Makna02.11.2009
adakah kaedah tertentu untuk memastikan satu-satu istilah tertentu itu ditulis satu perkataan atau dua perkataan? contoh, "rumah tangga" ditulis dua perkataan yang berasingan manakala "sukarela" ditulis satu perkataan.kata majmuk yang mengandungi kata dasarnya dua perkataan, dan telah dianggap mantap dan utuh dieja dengan satu perkataan iaitu berlakunya pengecualian, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan, hlm 132. Begitu juga dalam kes yang saudara nyatakan, sukarela adalah perkataan yang telah mantap dan utuh dan wajib dieja satu perkataan.Makna30.11.2007
Maksud bilangan tertentuMaksud bilangan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah jumlah (banyak) barang dll. Tertentu pula ialah sudah ditentukan.Makna02.12.2009
Adakah ayat dibawah betul... ....bergantung pada pihak-pihak tertentu... atau ....bergantung kepada pihak-pihak tertentu...Frasa 'bergantung pada' merupakan frasa yang betul. Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa07.09.2011
apa maksud BILANGAN TERTENTUMaksud bilangan merujuk Kamus Dewan ialah jumlah (banyak) barang dan lain-lain. Tertentu pula ialah sudah ditentukan, dengan kata lain ialah jumlah yang telah ditentukan.Makna05.12.2009
Assalamualaikum / Salam Sejahtera. Saya ingin menyemak penggunaan ayat berikut: "Pengaruh Ibnu Rushd Terhadap Gerakan Intelektual Eropah Dalam Era Renaisans" Adakah penggunaan perkataan "dalam" adalah tepat? Terima kasih.Wa alaikum salam dan salam sejahtera. Penggunaan perkataan 'dalam' tersebut adalah tepat kerana 'dalam' juga boleh merujuk pada waktu tertentu. 'Waktu tertentu' yang dimaksudkan dalam soalan encik ialah Era Renaisans. Penggunaannya adalah tepat. Sekian, terima kasih.Tatabahasa09.12.2017
12345678910...

Kembali ke atas