Cerakinkan ayat majmuk kepada dua ayat tunggal: Adik berbaring di sofa lalu tertidur. Jawapan:a) Adik berbaring di sofa. b) Adik tertidur di sofa/ Adik tertidur. (Yang manakah betul) | Dua ayat tunggal daripada ayat majmuk : "Adik berbaring di sofa lalu tertidur" adalah 1. Adik berbaring di sofa. dan 2. Adik tertidur. | | Tatabahasa | 19.03.2017 |
Oleh kerana keletihan,Lambo tertidur di bawah pokok kepayang. | Ayat yang betul ialah, Oleh sebab keletihan, Lambo tertidur di bawah pokok kepayang. Hal ini demikian disebabkan, sebab ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. | Tatabahasa | 26.02.2014 |
Saya ingin mendapatkan penjelasan, makna dan perbezaan perkataan "terlelap" dan "tertidur". Harap dapat bantuan dr pihak tuan/puan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Eddisi Ke-4, terlelap membawa maksud tertidur dan terlena. Maknanya kedua-duanya membawa makna yang sama. | Makna | 19.06.2009 |
kerana keletihan dia tertidur di bawah pohon itu.(adakah terdapat keselahan pada kerana? bolehkah Kerana diletakkan di depan ayat?) | 'kerana' ialah kata hubung pancangan keterangan, dan tidak boleh diletakkan di hadapan ayat. Untuk makluman, kata hubung pancangan keterangan atau kata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya: Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Ayat yang betul ialah: Dia tertidur di bawah pohon itu kerana keletihan. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
Saya ada 2 soalan nak tanya: 1)Adik kecil saya tertidur di dalam buaian. 2)Bolehkah kamu terangkan mengapa kamu asyik bermuram sahaja sejak belakangan ini dan apakah yang dapat saya lakukan untuk membantu kamu? Adakah 2 soalan tersebut salah?Jika salah,tolong beri jawapan yang betul.Terima KASIH. | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 28.01.2012 |
Merujuk kepada dua ayat berikut, yang mana betul ? (1) Lim menjert kerana tergigit kerengga. (2) Cikgu Tan menepuk bahu Bidi yang tertidur di dalam kelas itu. | Ayat yang betul ialah ayat (2) | Lain-lain | 25.07.2014 |
Apakah ada istilah khusus bagi perkataan 'Micro Sleep' dalam Bahasa Melayu? | Maksud bagi Microsleep ialah terlelap sejenak yang bermaksud keadaan seseorang yang tertidur seketika tanpa dapat dikawal. | Makna | 20.07.2020 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan, saya ingin bertanya sekiranya ada tesaurus bagi perkataan SINAH yang membawa maksud keadaan seseorang yang BUKAN TERLELAP ATAU TERTIDUR atau mungkin keadaan HAMPIR TERLELAP. Keadaan ini sering berlaku terutama ketika memandu kenderaan. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Setakat ini tiada tesaurus bagi perkataan 'sinah' dalam kamus atau daftar istilah Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih. | Makna | 20.12.2017 |
Oleh sebab terlalu penat, Amri ___ di dalam bas ketika pulang ke rumahnya. Adakah "terlentur" sesuai digunakan di tempat kosong?? | Sila rujuk Kamus Dewan untuk makna terlentur. Perkataan yang sesuai ialah tertidur. | Makna | 23.07.2013 |