Selamat sejahtera. boleh saya tahu maksud bagi perkataan tertier. Sekian terima kasih. | Tertier merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris"tertiary". Dalam bidang Biologi, "tertier" mempunyai beberapa maksud, iaitu 1. Merujuk kepada zaman selepas Mesozoik dan sebelum Kuatener. 2. Jangka masa awal zaman Kaenozoik, Eosen hingga Pliosen epok. 3. Akar yang dihasilkan oleh akar sekundar. 4. Merujuk kepada dinding dalam beberapa serabut kayu. 5. Merujuk kepada bulu, iaitu tertial. 6. Merujuk kepada pengguna, iaitu haiwan karnivor yang makan karnivor yang lain. Dalam bidang perindustrian, "tertiary" merujuk kepada peringkat ketiga dan dalam bidang pendidikan merujuk kepada pendidikan tinggi. | Makna | 10.06.2016 |
salam, saya ingin bertanya berkenaan ejaan "primari" dan " primer", "tertiari" dan "tertier", yang manakah betul? | Ejaan yang betul ialah primer dan tertiar (istilah geologi). Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=primer untuk carian ejaan kata yang betul. | Tatabahasa | 08.01.2015 |
Penggunaan terjemahan yang sesuai untuk i. Second Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan Asap Rokok Basi @ Asap Rokok Sekunder? ii. Third Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan sebagai Asap Rokok Tertier? Adakah betul terjemahan yang saya gunakan? | Berdasarkan penjelasan tuan, cadangan terjemahan kami berdasarkan konsep yang berkaitan adalah seperti yang berikut: 1. "second hand smoke" = Asap Rokok Sekunder 2. "third hand smoke" = Asap Rokok Tertier | Penyemakan dan penterjemahan | 04.12.2015 |
Apakah padanan yang sesuai bagi "tertiary butyl-hydroquinone". | Cadangan yang sesuai ialah "Butil Tertier Hidrokuinon". | Istilah | 17.08.2021 |