Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. ter­ke­belakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Peribahasa

Angkuh terbawa,
     tampan tertinggal.

Bermaksud :

Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definisi dan jenis-jenis sampah dan apakah definisi sisa pepejal.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sampah ialah benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll.) manakala sisa pepejal ialah apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll) yang berbentuk pejal, tidak berubah-ubah, benda padat. Sila rujuk syarikat yang berkaitan untuk mengetahui jenis-jenis sampah, cth. syarikat pelupusan sampah.Makna22.09.2007
" Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" ayat tersebut mengalami proses pengguguran jenis apa

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa26.05.2011
Saya merujuk penggunaan perkataan dalam 'RUKUN NEGARA' PELITA BAHASA Mei 2011 m.s.54 (dan dalam keluaran bulan-bulan terdahulu) 1. bolehkah perkataan 'di kalangan' telah diubah menjadi 'dalam kalangan' (dot pertama) 2. 'di mana' (dot kedua) masih dikekalkan? 3. 'bersama' (dot ketiga) kenapa tidak 'bersama-sama' 4. perkataan 'bersama' - tertinggal dalam RUKUN NEGARA tulisan jawi (DOT 3)Untuk makluman saudara, ketiga-tiga perkataan/frasa tersebut disalin dan dikekalkan ejaannya seperti teks asal Perisytiharan Rukun Negara. Walau bagaimanapun tidak semua perkataan/frasa tersebut betul dari aspek tatabahasa. Frasa 'dalam kalangan' adalah lebih penggunaannya daripada 'di kalangan' kerana kata di digunakan di hadapan kata nama yang merujuk tempat dan masa, sedangkan kalangan bermaksud lingkungan atau golongan (tiada kaitan dengan tempat atau masa). Frasa 'di mana' tidak digunakan dalam ayat penyata, sebaliknya digunakan dalam ayat tanya yang merujuk tempat. Perkataan 'bersama' sama maknanya dengan 'bersama-sama'. Terima kasih atas makluman tuan dalam soalan ke-4 dan hal ini akan saya kemukakan kepada pihak yang berkenaan. Tatabahasa16.05.2011
Ayat " Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" Ayat tersebut mengalami proses pengguguran FN sbg subjek atau FN yang berfungsi sebagai inti dalam FN.ApakahTQVM

Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 

Tatabahasa29.05.2011
Assalammualaikum. Saya berasa senang hati kerana adanya laman ini untuk kemudahan pelajar mahupun penuntut institusi. Lebih - lebih lagi pada saya, seorang calon PMR. Tujuan saya menulis surat ini kerana ingin bertanyakan soalan mengenai penggunaan ayat. Soalan adalah seperti: a. Mengapa DI KALANGAN ditukar menjadi DALAM KALANGAN? b. Mengapa JUSTERU ITU ditukar menjadi JUSTERU? Walauapa - apapun, terdapat banyak ayat yang ditukar. Walaupun guru sudah menjelaskan dan menerangkan, pasti masih ada yang tertinggal dan pelajar mungkin ketinggalan dalam penggunaan ayat. Mengapa Kementerian Pelajaran tidak membuat sebuah buku yang membolehkan pelajar membuat rujukan terkini. Semoga dengan terjawabnya soalan ini, Kementerian Pelajaran dapat menitikberatkan pelajaran para pelajar. Sekian, terima kasih.

Saudara Haziq,

Kata sendi 'di' digunakan pada frasa ynag menunjukkan tempat. Perkataan 'kalangan' merujuk lingkungan bukan tempat.  Oleh yang demikian, frasa 'dalam kalangan' lebih tepat digunakan. Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah pedoman atau tatabahasanya yang akan dijadikan pegangan bagi memastikan bahawa sistem bahasa kita kukuh dan sempurna. Oleh itu perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa adalah untuk tujuan pemantapan dan penyempurnaan sistem bahasa kita.

Bagi perkataan 'justeru' pula, tidak berlaku perubahan dari segi penggunaan 'justeru itu' kepada 'justeru' kerana sememangnya selama ini perkataan ini digunakan. Hanya terdapat sesetengah masyarakat pengguna bahasa yang keliru dan  menyalahgunakan frasa 'justeru itu' bagi maksud 'justeru'.     

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi di bawah Kementerian Pelajaran telah pun menerbitkan beberapa buku rujukan bahasa antaranya  buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Tatabahasa15.03.2010
Salam sejahtera. Mohon pihak tuan beri penjelasan tentang perbezaan penggunaan perkataan "waktu" dan "masa". Terima kasih. -Rahayu-Merujuk Kamus Dewan,1. masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; 2. waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal;Lain-lain01.09.2010

Kembali ke atas