| Kamus ekabahasa yang paling tua?Secara keseluruhan edisi terkini memuatkan ________jumlah kata baharu yg berupa kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk? KamusDewan mutakhir memuatkan ______kata baharu?Ensiklopedia tertua berasal dari mana?Penyusu kamus ekabahasa yang pertama ialah_________.Apakah maksud menterjemah?Perkataan Serban berasal dari _______. | Kamus ekabahasa tertua ialah Kitab pengetahuan Bahasa : iaitu Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau-Lingga. Dikarang di Riau pada tahun 1858 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad. Entri baru dalam Kamus Dewan Edisi Keempat berjumlah 5843 meliputi kata umum, istilah umum, kata serapan Arab, dan kata slanga. Sejumlah 375 kata diberi peluasan makna. Kata serban berasal dari Parsi (sumber : Prof Adelaar (Bausani) dan Kamus Wilkinson) | Lain-lain | 06.02.2008 |
| Nama saya Husni saya inginkan mensoal Apakah makna sulung terimakasih. | Sulung bermaksud yang terdahulu atau tertua sekali. | Makna | 28.10.2015 |
| salam. Saya ingin bertanya, adakah peribahasa , 'tiang kampung' sesuai digunakan untuk menunjukkan sseorang yang berumur panjang.. terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, "tiang kampung" bermaksud orang yang tertua dalam kampung. Untuk makluman, tidak terdapat maksud "seseorang yang berumur panjang" dalam pangkalan data kami. | Makna | 24.01.2013 |
| apa perbezaan bahasa Sanskrit dan bahasa melayu | Bahasa Sanskrit ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu yang tergolong dalam cabang Nusantara daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa. | Lain-lain | 24.08.2023 |
| 1. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BAHASA BERIRAMA (salah satu puisi tradisional kita). 2. Bagaimanakah puisi tradisional ini didendangkan? 3. Semasa BAHASA BERIRAMA didendangkan apakah alat muzik yang sesuai digunakan? 4. Sertakan bersama contoh BAHASA BERIRAMA sekiranya ada? maz's Terima kasih | 1. Bahasa beirama ialah sejenis puisi lisan Melayu yang tertua. Bahasa berirama ini biasanya digunakan dalam cerita-cerita rakyat seperti cerita lipur lara atau cerita-cerita Kaba di Minangkabau. Bahasa berirama mengandung irama teratur dan kuat. dalam ungkapan ini irama sangat dipentingkan, diciptakan melalui susunan baris yang pendek. Lukisannya dulang-ulang dengan berbagai-bagai perumpamaan yang mengandung pengertian yang sama. 2. Sila dapatkan CD Roslan Madun, iaitu salah seorang aktivis dan penyanyi lagu rakyat. 3. Lazimnya alat muzik yang asas digunakan ialah gendang. 4. Sila rujuk buku Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman. | Lain-lain | 08.05.2008 |
| Apa beza bahasa kuno dengan bahasa sanskrit? | Bahasa kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan pada zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dan sebagainya. Bahasa Sanskrit pula ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi. | Lain-lain | 24.08.2023 |
| Saya sedang membina salasilah 'Family Tree' keluarga besar saya. Saya mendapati pangkat-pangkat yang diberikan kepada ahli-ahli keluarga seperti paklong, pakngah, paklang dsb dalam sesuatu keluarga besar tu tidak standard...justeru, sila beritahu pangkat-pangkat yang betul dalam sebuah keluarga besar contohnya punyai 18 orang (ini satu kenyataan dlm keluraga besar saya)! | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Lain-lain | 29.09.2010 |
| saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Istilah | 28.06.2009 |