Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tum.pah] | ترتومڤه

Definisi : 1. telah ditumpahkan atau tumpah: air di dlm gelas itu berkocak, malah ada yg ~ ke bawah; 2. ki telah diberikan kpd, tercurahkan: dia masuk bilangan anak-anak yg pandai, sehingga kasih sayang gurunya ~ kepadanya; 3. ki tertumpu: dia memandang ke arah daun tingkap yg ke-gelapan, tempat ~nya bayangan api pelita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tum.pah] | ترتومڤه

Definisi : 1 sudah tumpah atau ditumpahkan. 2 telah diberikan kpd; tercurah: Kasihnya ~ kpd anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpah
Kata Terbitan : menumpahkan, tertumpah, tumpahan, penumpahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Sisa makanan yang tertumpah itu itu.................meja makan. a.mengotori b.mengotorkan mana satu jawapan yang betul? dan apakah alasannya?Mengotori bermaksud menjadi kotor pada dan mengotorkan bermaksud menyebabkan menjadi kotor. Berdasar makna yang tersebut mengotori dan mengotorkan boleh digunakan dalam konteks ayat yang tersebut.Tatabahasa20.06.2013
apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan serdak dgn serbukBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, serdak ialah  debu halus (yg melekat pd barang-barang di rumah dll), habuk, manakala serbuk ialah  benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyalakan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg digunakan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk;.Istilah09.06.2009

Kembali ke atas