Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tum.pu] | ترتومڤو

Definisi : 1. telah ditumpukan (ditolakkan), telah tidak diterima (permohonan dll); 2. telah ditumpukan (dipusatkan, dikerahkan) pd: pandangannya ~ penuh pd daun pintu rumah yg masih tertutup rapat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tum.pu] | ترتومڤو

Definisi : telah ditumpukan atau dipusatkan (bkn minat, pandangan dll) pd sesuatu: Perhatiannya ~ pd pemuda yg sedang bermain biola. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertumpu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, frasa "tertumpu kepada pelajaran" atau "tertumpu pada pelajaran" patutlah betul? Saya berpandangan bahawa "tertumpu pada pelajaran" adalah betul kerana kata sendi nama "pada" digunakan untuk unsur abstrak. Apakah pendapat DBP?Tertumpu pada pelajaran.Tatabahasa24.05.2014
Matanya tertumpu pada/ kepada pokok di tepi jalan itu.Matanya tertumpu pada pokok di tepi jalan itu.Tokoh31.10.2011
Walaupun bentuk seperti "bergantung pada pertolongan ibu" dan "tertumpu pada pelajaran" nampaknya betul, tetapi maksud yang disampaikan oleh kata sendi nama "pada" ialah kata nama abstrak"pertolongan ibu" ialah tempat untuk perbuatan kata kerja "bergantung" dan kata nama mujarad "pelajaran" ialah tempat bagi perbuatan kata kerja "tertumpu". Adakah kata nama yang bersifat mujarad atau abstrak boleh dijadikan tempat untuk melakukan sesuatu kata kerja? Tentulah tidak. Dengan hal demikian, kata sendi nama "kepada" lebih sesuai kerana boleh terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan sasaran kepada perbuatan kata kerja itu. Di dalam Tatabahasa Dewan disenaraikan tiga jenis sasaran, iaitu manusia, haiwan dan unsur mujarad. Jadi boleh dikatakan bahawa frasa "bergantung kepada pertolongan ibu" juga tepat kerana kata nama "pertolongan ibu" bersifat abstrak dan menjadi sasaran kepada perbuatan dalam kata kerja "bergantung". Kata kerja "bergantung" itu dilakukan terhadap sasaran yang bersifat mujarad, iaitu "pertolongan ibu". Demikian halnya dengan "tertumpu kepada pelajaran". Kata kerja "tertumpu" dilakukan terhadap sasaran yang bersifat mujarad, iaitu "pelajaran". Perhatikan bahawa di dalam Tatabahasa Dewan ada perkataan "unsur mujarad" dalam maksud pertama kata sendi nama "kepada", dan unsur mujarad ini boleh dijadikan sebagai sasaran kepada perbuatan dalam kata kerja.Kami maklum akan hal yang berkenaan. Ada pendapat yang menerima kedua-dua frasa "bergantung pada" serta "bergantung kepada" dan kami menerima sebarang perubahan dalam rumus bahasa yang disahkan oleh pihak yang berwenang.Tatabahasa21.07.2014
Apakah yang dimaksudkan dengan "Pengurusan Mikro"?Tidak ada maklumat tentang dfinisi pengurusan mikro dalam pangkalan data kami. Melalui carian di Internet, pengajaran mikro dikaitkan dengan konsep pengajaran yang tertumpu kepada sesuatu skop kemahiran. Maka begitulah juga dengan konsep pengurusan mikro yang tertumpu kepada satu aspek pengurusan sahaja. Walau bagaimanpun untuk maklumat yang persis, sila rujuk buku pengurusan yang banyak di pasaran.Makna26.08.2013
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 1b) Cuba anda kenal pastikan aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2a) Berat seluruh objek tertumpu di pusat graviti objek itu. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3a) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong pada luar pusat graviti. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul adalah seperti yang berikut:

12) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita.

2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu.

3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti.

Tatabahasa08.12.2011
Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan,kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta India Tuan,saya nak tanya perkataan kata sendi nama ‘kepada’adalah salah digunakan di sini ya.Jika adalah salah setakat perlu tukar kepada apa kata sendi nama?Kepada ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut:

1. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia.
2. Menyatakan pecahan.
3. Menyatakan perubahan keadaan.

Cadangan jawapan yang diberikan salah. Jawapan yang betul ialah pada.
Tatabahasa06.01.2021
Cikgu Dewan, Tatabahasa Dewan mengatakan bahawa kata sendi nama "kepada" boleh digunakan untuk makna menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Perhatikan bahawa unsur mujarad tidak dikecualikan untuk menjadi sasaran kepada sesuatu kata kerja. Jadi, mengapakah bentuk frasa "tertumpu pada pelajaran" betul, sedangkan kata sendi nama "kepada" digunakan untuk menyatakan sasaran unsur mujarad? Saya rasa bentuk frasa yang betul patutlah "tertumpu kepada pelajaran". Dalam frasa ini, kata nama "pelajaran" ialah unsur mujarad yang menjadi sasaran kepada perbuatan kata kerja "tertumpu". Apakah pendapat DBP tentang soal bahasa ini? Contoh yang lain: 1. bergantung pada/kepada semangat ketabahan 2. memberikan penegasan pada/kepada bahagian itu dalam predikat 3. menumpukan perhatian pada/kepada bidang sintaksis 4. memberikan pengkhususan pada/kepada bidang morfologi Tolong tentukan penggunaan kata sendi nama yang tepat dalam keempat-empat ayat yang saya berikan. Saya memerlukan satu penjelasan tentang isu kata sendi nama ini. Terima kasih DBP!Merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 275, kata sendi nama "pada" antaranya berfungsi sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Maka, kata sendi nama yang sesuai dengan konteks ayat yang tersebut ialah: 
1. bergantung pada semangat ketabahan
2. memberikan penegasan pada bahagian itu dalam predikat
3. menumpukan perhatian pada bidang sintaksis
4. memberikan pengkhususan pada bidang morfologi 
Tatabahasa20.07.2014
Salam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'pada' dan 'kepada' dalam ayat: Cahaya matahari di hemisfera selatan lebih panas kerana cahaya mataharinya tertumpu 'pada/kepada' kawasan yang lebih kecil. Manakah penggunaan yang betul? Sekian.Penggunaan yang tepat ialah pada.Tatabahasa26.11.2015
Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda.Makna01.12.2021
Apakah tugas kerja pembinaan sastera?

 

Assalamualaikum,

saudara,

Bidang tugas pembinaan sastera dalam konteks peranan Dewan Bahasa dan Pustaka secara umumnya tertumpu kepada usaha- usaha pembinaan korpus sastera, pembinaan bakat dan kepakaran, pengiktirafan  serta pemasyarakatan sastera untuk memastikan sastera kebangsaan dihayati, dinikmati dan dimanfaatkan di peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa.

Pembinaan korpus sastera  melalui penerbitan karya sastera kreatif dan bukan kreatif,  karya asli, terjemahan karya tempatan ke dalam bhasa Inggeris /adaptasi, yang bersifat umum, ilmiah dan rujukan bacaan tambahan untuk semua peringkat khalayak pembaca yang bermutu memenuhi cita rasa khalayak pelbagai kaum/ etnik (prasekolah, kanak-kanak, remaja dan dewasa) seperti cerpen, novel, puisi, drama, dan kosa kata kesusasteraan Melayu moden dan tradisional dan glosari istilah sastera.

Pembinaan bakat dan kepakaran bahkan pengiktirafan termasuklah melalui pelbagai aktiviti seperti  meningkatkan keterampilan  penulis melalui usaha penataran dan pembinaan penulis di peringkat kebangsaan, memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran kepada individu atau kumpulan untuk menghasilkan kegiatan sastera atau projrk penulisan yang bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan.   bahkan DBP juga merupakan badan induk yang memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah yang sesuai kepada sasterawan atau penulis yang  telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan Malaysia, seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bahkan menjadi sekreteriat bagi  peniktirafan dari luar negara. .

Usaha-usaha yang dilaksanakan ini dilipatgandakan lagi dengan usaha menmasyarakatkan sastera supaya sampai kepada khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk memasyarakatkan sastera secara menyeluruh, termasuklah aktiviti-aktiviti ceramah sastera, seminar, kelab sastera, pementasan teater bagi  menghidupkan  suasana seni sastera dan seni budaya yang dinamik yang dapat mendorong penciptaan karya dan penghayatan seni  dalam kalangan penulis  dan masyarakat seluruhnya melalui wahana sastera.

sekian,

terima kasih.

Sastera16.03.2011
12

Kembali ke atas