Salam sejahtera tuan. 1. Puan Rosmah yakin benar bahawa anaknya tidak bersalah. Adakah ayat ini betul? 2 a) Perjalanan bas ke Kuala Lumpur sudah ( ditunda / tertunda) selama sejam kerana terdapat masalah teknikal. 2 b) Perlawanan hoki itu (tertunda / ditunda ) lagi akibat hujan lebat. 3. Yang berikut ialah senarai nama murid atau Berikut ialah senarai nama murid betul? 4. Setelah tiga jam, barulah dia menyedari bahawa begnya hilang di stesen bas. Adakah ayat ini betul? Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul: 1. Puan Rosmah yakin bahawa anaknya tidak bersalah – perkataan yakin sudah membawa maksud betul-betul percaya. 2. Dalam ayat nombor 2 (a) dan 2 (b), kedua-dua perkataan betul. 3. Yang berikut ialah senarai nama murid. 4. Ayat nombor 4, betul. | Tatabahasa | 05.09.2021 |
berapa lama masa pihak dewan bahasa hendak buat pengesahan online.. | Kami berusaha menyegerakan setiap permohonan pengesahan iklan yang dikemukakan secara dalam talian, namun adakalanya berlaku gangguan teknikal dan pemprosesan ini tertunda sedikit daripada biasa. Untuk pemprosesan segera, hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan. | Lain-lain | 04.11.2015 |
apakah definisi wawancara,wawancara berita dan wawancara rencana?apakah format wawancara berita dan wawancara rencana? apakah perbezaan di antara wawancara berita dan wawancara rencana? | Wawancara ialah temu bual antara wartawan dengan orang yang terkenal berkenaan sesuatu perkara. Wawancara berita atau rencana bermaksud baha yang disiarkan adalan dalam bentuk temu bual antara wartawan dengan seseorang tokoh. Beza antara wawancara berita dengan wawancara rencana ialah dalam berita disiarkan secara langsung atau tertunda melalui media elektronik, manakala dalam wawancara rencana disiarkan dalam media cetak. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku-buk bidang kewartawanan. | Makna | 25.02.2007 |