Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.ja]/[ter.u.ja] | تراوجا

Definisi : timbul minat (keinginan dsb) yg kuat terhadap sesuatu, naik semangat, terangsang: “Saya berasa seronok dan ~,” kata seorang pemuda yg menyertai tunjuk perasaan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.ja]/[ter.u.ja] | تراوجا

Definisi : timbul minat, keinginan dsb yg kuat terhadap sesuatu; naik semangat: Sindrom itu menyebabkan kanak-kanak tidak boleh duduk diam dan mudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teruja


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satukah ayat yang betul? 1. Aqilah sangat teruja kerana dia akan menyaksikan sambutan hari kemerdekaan pada minggu hadapan. atau 2. Aqilah sangat teruja kerana dia akan menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan pada minggu hadapan. Soalan: Adakah hari kemerdekaan merupakan kata nama khas atau kata nama am?

Ayat yang betul ialah “Aqilah sangat teruja kerana dia akan menyaksikan sambutan hari kemerdekaan pada minggu hadapan”.  Selanjutnya, hari kemerdekaan ialah kata nama am abstrak yang membawa konsep mujarad atau bukan benda yang nyata.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015),  halaman 85 – 86.

 

Tatabahasa28.05.2024
Apakah maksud yang tepat bagi perkataan: 1. UJANA 2. TERUJA Terima kasih.Ujana bermaksud taman dan teruja bermaksud timbul minat yang kuat terhadap sesuatu.Tatabahasa23.06.2012
Salam, Saya ingin mendapatkan huraian bagi kemusykilan2 di bawah ini: 1) Kalau 'Hooray' diterjemahkan dalam bahasa Melayu menjadi 'Hore', bagaimana pula dengan 'Yay' yang menunjukkan reaksi gembira? 2) Perkataan 'teruja' atau 'ghairah' boleh digunakan untuk menunjukkan perasaan 'excited'. Jikalau ayat Inggeris berbunyi 'I felt so excited', apakah ayat bahasa Melayunya jikalau saya hendak menggunakan perkataan ghairah? Adakah 'Saya berasa ghairah' mencukupi? Pada pendapat saya, perlu diperluaskan ayat tersebut, menjelaskan kenapa ada perasaan sedemikian. Terima kasih kerana menyediakan wadah sebegini. Sekian, terima kasih.1. Perkataan "Yay" tidak terdapat dalam pangkalan data kami kerana perkataan ini merupakan perkataan bahasa Inggeris untuk menggambarkan perasaan gembira. Perkataan ini boleh ditukar kepada "yei" dalam bahasa Melayu dan hanya digunakan dalam bahasa percakapan.
2. Ayat "Saya berasa ghairah" dan "Saya berasa teruja" boleh digunakan. Walau bagaimanapun, pemilihan perkataan yang sesuai, sama ada "ghairah" atau "teruja" bergantung pada konteks penggunaan ayat tersebut.
Ejaan21.08.2013
adakah ayat ini betul. 1.Dia terasa gembira dan teruja. 2.terselit di akar kayu sebatang pokok yang tinggi. 3.wak Kerjo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. 4.Kejanya di laut,dia sangat kuat. 5.walaupun gagah mana ,takdir tidak boleh dielak. 6. Dia akan memberi makan terlebih dahulu pada anaknya sebelum membiar anaknya bersendiri dengan merantainya.Keenam-enam ayat contoh yang diberikan kurang tepat. Sila pastikan penggunaan tanda baca yang betul dan penggunaan tatabahasanya juga betul. Contohnya: dalam ayat contoh pertama, penggunaan kata berasa lebih sesuai berbanding dengan perkataan terasa, manakala dalam ayat contoh kedua penggunaan kata sendinama pada yang betul, bukannya di. Untk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan.Tatabahasa30.04.2012
We’re thrilled to have you on board and can’t wait to get to know you. diterjemahkan kepada: Kami teruja dengan kehadiran tuan dan tidak sabar untuk mengenali tuan Mohon semakanCadangan, kami amat seronok dengan kehadiran tuan dan tidak sabar untuk mengenali tuan.Penyemakan dan penterjemahan17.01.2020
adakah istilah "keterujaan" perlu didahului dengan perkataan "perasaan"?Mengikut buku Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, perkataan ‘keterujaan’ diberikan makna perihal (keadaan, sifat, rasa) teruja. Berdasarkan makna yang diberikan ini, perkataan ‘keterujaan’ telah merangkumi perasaan.   Contoh ayat:  Program yang bermanfaat itu mewujudkan keterujaan dalam  kalangan remaja supaya mereka mahu menyertainya.Tatabahasa18.05.2014
Saya sedang mencari nama yang sesuai untuk penjenamaan semula bilik-bilik khas di sekolah saya. Contohnya untuk perpustakaan, makmal bahasa dan studio seni. saya agak teruja apabila mendengar perkataan gapura. adakah ia sesuai. contoh penggunaannya - gapura ilmu untuk perpustakaann, gapura linguistik untuk makmal bahasa dan gapura artistik untuk studio seni. Adakah ia sesuai? terima kasih.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan gapura sebagai pintu gerbang (istana, kuil, dll); ~ ilmu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian. Berdasarkan takrifan tersebut, istilah gapura tidak sesuai untuk penamaan sebuah bilik.  

Istilah01.04.2010
Assalamualaikum WBT, Bagaimanakah untuk mengeja ungkapan seperti "yeah" yang seerti dengan "yahoo" (dalam bahasa Inggeris) dalam bahasa Melayu? Adakah yei sebagaimana "hey" dalam bahasa Inggeris menjadi hei dalam bahasa Melayu? "Yeah" di sini ialah ungkapan apabila teruja memperoleh sesuatu dan seumpamanya, dan digunakan dalam dialog atau buku kartun kanak-kanak. Sekian, terima kasih.Contoh ungkapan yang dinyatakan ialah kata seruan yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Ungkapan yeah ialah bahasa percakapan bagi perkataan ya, manakala ungkapan lain seperti yahoo dan yei ialah kata seru bagi menggambarkan perasaan gembira. Dalam bahasa Melayu ungkapan bagi menzahirkan perasaan gembira kata seru hore digunakan.Istilah01.06.2012
Assalamualaikum, 1. Saya berminat untuk menyertai sebarang penyuntingan. Di manakah saya boleh menyemak aktiviti bengkel yang diadakan oleh pihak DBP. 2. Saya juga mempunyai beberapa kemusykilan semasa menyunting manuskrip novel. -Selepas dialog yang menggunakan ayat seruan (!) atau ayat tanya (?), huruf pertama pada ayat berikutnya perlu huruf besar atau kecil. Cthnya: "Wah, besarnya kereta abang!" jerit Ali teruja. huruf 'J' untuk perkataan jerit itu perlu ditulis huruf kecil atau besar?Alaikumussalam. Tuan/puan boleh menghubungi Akademi DBP, 0321479223/0321479226 untuk bertanyakan kursus
penyuntingan yang dianjurkan oleh DBP.

Ayat contoh yang diberi adalah betul. Huruf "j" ditulis kecil kerana masih dalam ayat yang sama.
Lain-lain16.12.2014
aya rakayat Malaysia yang kini menetap di luar negara. saya amat prihatin dan berminat terhadap perkembangan bahasa Melayu dan kemajuan tamandun Melayu di Malaysia dan alam Melayu. Saya juga kerap melayari laman sesawang untuk mendapat maklumat yang berkenaan. Baru-baru ini saya tertonton video Youtube ini https://www.youtube.com/watch?v=yjd9MRPHBQY yang mengenai temubual dengan Y. Bhg. Datuk Ketua Pengarah DBP tentang Konvesyen Ketamadunan Dunia 1.0: "Menjejaki Kegemilangan Tamadun Melayu". Saya amat teruja dengan persetujuan dengan cadangan pengacara supaya DBP dijadikan satu platform penerus warisan dengan menyebarkan pembentangan, percambahan dan perkongsian dalam kovensyen tersebut dapat disebarkan kepada semua khalayak. Sayang sekali, video-video/ maklumat-maklumat berkenaan masih tidak disebarkan dalam lama sesawang seperti Youtube atau portal DBP sendiri. Adakah DBP akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat ini?Kami ambil maklum cadangan tuan dan kami kemukakan kepada bahagian yang berwenang untuk penambahbaikan promosi kegiatan kebahasaan di seluruh negara. Syabas atas keprihatinan tuan dalam hal ini.Lain-lain14.02.2017
12

Kembali ke atas