Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rum.bang.am.bing]/[ter.um.bang.am.bing] | تراومبڠ-امبيڠ

Definisi : 1. bergerak-gerak turun naik (terenjut-enjut), timbul atau hanyut ter-apung-apung turun naik di permukaan air (bkn perahu dll yg dibuai ombak): perahu yg di-usung ribut ke tengah samudera ~ menunggu kapal besar datang menolong; 2. ki dlm keadaan yg berkecamuk (tidak tentu tujuan), gelisah atau bergelora, berkacau-bilau (fikiran dll): Dahlan sendiri sedang ~ dlm kebim-bangan; di sana hatinya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rum.bang.am.bing]/[ter.um.bang.am.bing] | تراومبڠ-امبيڠ

Definisi : 1 bergerak turun naik atau timbul tenggelam di dlm air: Perahu itu ~ dipukul ombak. 2 ki dlm keadaan tidak tetap (bkn fikiran, perasaan, kehidupan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umbang
Kata Terbitan : mengumbang, mengumbang-ambingkan, terumbang-ambing,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Abang memeluk adik semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. A. erat-erat C. rapat-rapat B. ketat-ketat D. dekat-dekat Munsyi, erat-erat atau rapat-rapat sesuai digunakan?Abang memeluk adik erat-erat semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak.Tatabahasa16.07.2012
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TKJawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.)Tatabahasa05.04.2012

Kembali ke atas