Perisian Bisnes Terunggul | Perniagaan | Lain-lain | 18.06.2008 |
ungkapan " Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional terunggul"..betulkah ungkapan ini atau perkataan "terunggul" perlu dibuang imbuhan "ter" menjadi "unggul" sahaja? | Imbuhan 'ter-' pada ungkapan tersebut bermakna 'yang paling' dan tidak salah jika dikekalkan imbuhan awalan tersebut. | Lain-lain | 13.10.2009 |
maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. | Makna | 02.06.2009 |
Super mum | Ibu terhebat/ibu terunggul | Lain-lain | 14.07.2008 |
mohon bantuan. sijil tak boleh download. No. Pendaftaran : 24287/2016 Pemohon : eggroups Syarikat : Tajuk : EKSPO BAYI EKSKLUSIF YANG TERUNGGUL Tarikh Selesai : 08/06/2016 Status : LULUS No. Kelulusan : DBP/KPB/201606/10656 | Mohon pihak tuan menghubungi Pegawai Teknologi Maklumat kami untuk bantuan tersebut. En. Mohamad Shaufi bin Kambaruddin, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, 03-2147 9389 shaufi@dbp.gov.my | Lain-lain | 13.06.2016 |
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. Thank you To be the leading Holiday Inn in Asia Pacific that Guests Love and Employees Adore Untuk menjadi Holiday Inn yang terunggul di Asia Pacific dimana pelanggan mencintai dan pekerja memujai | Cadangan terjemahan ialah 'Untuk menjadi Holiday Inn yang unggul di Asia Pasifik yang dicintai dan dikagumi oleh pelanggan dan pekerja. | Makna | 02.05.2008 |
Merujuk Kamus, Hit adalah disukai ramai. Manakah yang betul: "Anugerah Pencapaian Hit Tertinggi" atau "Anugerah Pencapaian Hits Terkini" (ada "s"). Mohon penjelasan segera. Terima kasih. Hanisah | Puan Hanisah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, Jika puan merujuk kamus, ada huruf bp yang digunakan, ini bermaksud perkataan tersebut ialah bahasa percakapan, jadi dalam urusan rasmi kita tidak boleh menggunakan perkataan tersebut. Cadangan kami puan boleh tukarkan perkataan tersebut kepada lagu popular sekiranya ia melibatkan lagu atau terunggul. Jadi puan boleh gunakan Anugerah Pencapaian popular atau pencapaian terunggul. Tetapi sekiranya puan masih mahu menggunakan perkataan Hit ia mestilah ditambah huruf s dan perkataan tersebut hendaklah diicondongkankan.Terima kasih. | Istilah | 10.06.2009 |
Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk 'flagship store' yang sering digunakan pada pelancaran butik, kedai dan kediaman baharu? Saya memerlukan maksud selain kapal laksamana | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "flagship store" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan rujukan dalam internet, "flagship" bermaksud The best or most important thing owned or produced by a particular organization. Berdasarkan maksud tersebut, istilah "flagship'' boleh diterjemahkan kepada terbaik, teristimewa, terunggul atau utama. | Istilah | 21.08.2013 |
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul. | Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |