APAKAH MAKNA PENGURUSAN MASA DALAM HIDUP?? | Maksud pengurusan masa dalam hidup ialah bagaimana seseorang itu menguruskan dan memanfaatkan masa secara berkesan, teratur dan terurus dalam melakukan aktiviti harian. Untuk penjelasan lanjut, saudara digalakkan mencari artikel yang berkaitan di mana-mana perpustakaan/pusat sumber atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu tugasan saudara. | Lain-lain | 02.03.2010 |
mohon penjelasan penggunaan kata KEMAS yang betul. 1. Soraya memegang tangan adiknya dengan KEMAS semasa mereka hendak melintas jalan. 2. Encik Omar menyemak hasil laporan itu dengan KEMAS sebelum menghantarnya kepada Tan Sri Hashim. | Perkataan "kemas" adalah bersinonim atau seerti dengan "rapi, terurus, teratur, tersusun, dll.". Perkataan "kemas " juga bersinonim dengan "kuat, teguh, erat, kukuh,bersih, segar, selesai, dll." | Tatabahasa | 19.05.2015 |