Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berkata (bercakap dll) dgn sebenarnya, tidak berselindung, berterang-terang: kalau engkau tidak mahu mengaku ~, Bey, engkau aku bunuh; berterus terang terus terang, berterang-terang: ia ~ mengatakan bahawa ia bersedia akan menjadi isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak berselindung lagi. berterus terang bercakap atau berkata yg sebenarnya (tidak berselindung). keterusterangan keadaan atau sifat terus terang. keberterusterangan keadaan atau hal berterus terang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,

Puisi
 

Anak raja turun berperang,
     Menemui seekor burung terkikir;
Tuan laksana bulan terang,
     Cahaya terus di dalam air.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seorang mencubit seorang menampar,
     yang menampar jugalah disalahkan.

Bermaksud :

Orang yang cerdik membuat kejahatan di dalam diam, tiada yang tahu; si bodoh melakukan kejahatan di dalam terang, terus disalahkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah pihak tuan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan lokusionari,ilokusionari dan perlokusionari dalam 'lakuan bahasa'.Lokusioner ialah kita menyatakan maksud untuk menyampaikan mesej dengan terus-terang, contohnya; saya katakan "air dalam gelas ini sejuk". Tidak ada maksud lain selain daripada air di dalam gelas ini sejuk. Tetapi kalau ayat "eh... sejuknya air ni", bukannya mengatakan air itu sejuk tetapi menyampaikan pada masa yang sama maksud yang lain kerana kenapa beri air yang sejuk dan sudah tidak air lain lagi? Dengan suhu sejuk diberi pula air yang sejuk. Perlakuan ini disebut ilokusioner. Perlokusioner ialah intension menunjukkan apa yang hendak diperform. Contohnya dalam majlis perasmian, "dengan lafaz bismillah saya dengan sepenuh hati merasmikan menara Dewan Bahasa dan Pustaka ini", bercakap serentak dengan melakukan benda itu. Ini dikenali sebagai perlokusioner. Tatabahasa28.08.2008
Assalamualaikum. Apakah perbezaan antara "sindir" dan "perli"? Boleh tolong berikan contoh perbuatan yang menggambarkan setiap istilah? Terima kasih.Waalaikumussalam.  Sindir dan peril membawa maksud yang sama.  Sila lihat dalam Kamud Dewan Edisi Keempat atau Kamus Pelajar.

Perli :  Ucapan yg dikeluarkan utk mengejek atau utk menyindir; sindiran; ejekan. memerli mengucapkan kata-kata yg menyindir atau yg mengejek: Jangan suka ~ orang.

Perli:  Sindiran perkataan yg di­ucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. menyindir mengatakan sesuatu (utk mengejek atau utk mencela) dgn cara tidak terus terang; menggiat: Ketika bersama-sama di dlm bas, dia selalu ~ saya.
Makna20.03.2014
Salam, Sekiranya satu Sistem ICT dibangunkan bagi sesuatu negeri dan sistem berkenaan kemudiannya dipersetujui untuk digunakan juga di negeri-negeri lain. Manakah yang lebih tepat? i. Implikasi kos bagi pengembangan sistem ke seluruh negara ii. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara DAN i. Sistem berkenaan akan diperkembangkan ke seluruh negara ii. Sistem berkenaan akan diperluaskan penggunaannya ke seluruh negara Terima kasih.i.  Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara.

Untuk makluman puan, implikasi ialah 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu:

Kami memohob penjelasan kiranya sistem yang dibangunkan itu memberi kesan pada kos seperti yang dimaksudkan dalam ayat.


ii. Sistem berkenaan akan diperluas penggunaannya ke seluruh negara.
Tatabahasa04.12.2013

Kembali ke atas