Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya hendak mengetahui definisi muzik melayu.Menurut Kamus Dewan, muzik ialah gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Melayu pula nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia). Justeru, muzik Melayu dikaitkan dengan gubahan bunyi atau bentuk irama indah yang lazimnya dikaitkan dengan kesenian orang Melayu. Bagi membantu, saudara juga boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berkaitan dengan pengertian terperinci muzik Melayu.Lain-lain05.03.2007
Tuan, apakah peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu secara langsung dan tidak langsung dalam dunia pendidikan mutakhir ini terutama di sekolah rendah dan menengah?

Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu telah melaksanakan pelbagai usaha dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam bidang bahasa usaha pemartabatan bahasa Melayu dilaksanakan melalui kegiatan dan program pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai kamus, contohnya kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan kamus dalam bahasa lain diusahakan. jutaan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa di sektor awam dan swasta. kerja-kerja penyelidikan tentang korpus bahasa dan bidang linguistik lain  terus dilaksanakan untuk mencari dan menentukan rumus-rumus bahasa bagi memantapkan lagi pedoman dan hukum tatabahasa yang sedia ada. Dari segi pengembangan pula, pelbagai kegiatan dan program dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa di sektor awam, swasta, pendidikan dan masyarakat umum.  Kegiatan seperti pidato, debat, seminar, kursus bahasa, forum dan pelbagai majlis wacana ilmu dilaksanakan di pelbagai sektor pengguna bahasa. Untuk maklumat lanjut sila rujuk makalah/buku yang berkaitan.

Lain-lain16.07.2010
Assalamualaikum, boleh nyatakan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh DBP dalam memertabatkan bahasa Melayu di Malaysia? dan apakah cabaran yang paling utama sehingga mengkehendaki DBP meneruskan program-program memertabatkan bahasa Melayu terutama sekali di bawah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera? Terima Kasih.Banyak cabaran yang dihadapi oleh DBP khususnya dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. Antara faktor utama ialah isu globalisasi yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai ranah kehidupan. Ditambah pula, dengan kewujudan institusi pendidikan swasta yang seolah-olah meminggirkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikannya. Oleh itu, DBP mengharapkan pihak yang berwewenang perlu memahami dan komited dalam menjayakan dasar bahasa negara. Apatah lagi bahasa Melayu telah disepakati sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Untuk maklumat lanjut, tuan perlu membuat kajian dan pembacaan yang banyak. Soalan yang berbentuk tugasan sebegini tidak dapat diselesaikan dalam ruang yang terhad ini.
Lain-lain17.03.2014
Salam, A. inginkan pengesahan ejaan berikut sama ada ditulis rapat atau jarak. 1.mengemaskini, 2.kemas kini, 3 mengubahsuai. B. Apa beza maksud 'pernyataan' dan 'penyataan'. Bila ia sesuai digunakan (terutama dalam soalan). Cthnya... 'dari pernyataan/penyataan berikut, nyatakan manakah yang benar?'1.mengemaskini = mengemas kini
 2.kemas kini= kemas kini
 3 mengubahsuai= mengubah suai
 

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media.

Penyataan
pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain).
Tatabahasa31.10.2012
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012
Takrifan Kamus Dewan edisi 4 untuk perkataan 'kolaborasi' hanya memberikan satu makna sahaja iaitu: bersubahat dengan musuh. Pemberian satu makna sahaja agak mengelirukan kerana di dalam penerbitan DBP sahaja terdapat penggunaan 'kolaborasi' sebagai 'bekerjasama'. Contohnya: "Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan balasnya pula mengatakan DBP sangat berbangga dengan usaha ini dan berharap agar kolaborasi budaya antara Bangladesh dengan negara ini akan berterusan." (Klik DBP Berita Harian, 23/1/08) Adakah pihak DBP merancang untuk memasukkan takrifan 'bekerjasama' sebagai salah satu definisi dan penggunaan utama perkataan 'collaborate' spt yang dilakukan oleh Kamus Oxford Fajar dan Kamus Longman Dwibahasa? Cadangan saya, Kamus Dewan lebih dapat memperlihatkan ketelitian kerana ia adalah kamus bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama para pelajar B.Melayu. Mungkin DBP dapat usahakan agar setiap entri maksud bagi perkataan (terutama kata pinjam BI) disenaraikan dalam kamus dan bukan satu maksud sahaja. terima kasih.

Saudara Stephen,

Terima kasih kerana memberikan pandangan dan cadangan. Cadangan  dan pandangan seperti ini amat dialu-alukan untuk penambahbaikan penerbitan kamus tersebut. 

Lain-lain02.09.2009
Adakah ejaan sesetengah perkataan bahasa melayu telah di ubah? Cth. . Adab (ejaan lama) - adap (saya perhatikan ramai menggunakan ejaan ini) Jawab kepada jawap jawapan kepada jawaban kawad kepada kawat (pendapat saya, ejaan ini merujuk kepada kawat duri) Mengadap kepada menghadap Dan banyak lagi perkataan yg saya rasakan seperti telah berubah ejaannya. Terutama yang ada huruf b atau p di belakangnya. Mohon bantuan dan penjelasan pihak tuan/puan. Terima kasihUntuk makluman, perkataan bahasa Melayu tidak diubah tetapi bersifat dinamik. Kekeliruan ejaan yang dinyatakan akan lebih jelas sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan atau boleh merujuk di laman sesawang prpm.dbp.gov.my.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam (seperti tembaga dan lain-lain).


Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. 

Adab merupakan ejaan yang tepat mengikut Kamus Dewan dan adap pula sub entri bagi nasi adap. Sila rujuk Kamus Dewan untuk lebih lanjut.
Ejaan06.02.2013
Jubillah Loinsu dari Penampang, sabah. Nak tanya 2 soalan kepada DBP. 1. Adakah DBP menerima karya-karya dalam bahasa lain untuk di terbitkan. Contohnya, karya-karya dalam bahasa kadazandusun. Ini kerana pada masa sekarang, sekolah-sekolah di Sabah khususnya menggunakan bahasa ini sebagai salah satu subjek di sekolah rendah dan sekolah menengah. Tambahan pula, penerbit buku dalam bahasa Kadazandusun ini tidak banyak. Untuk pengetahuan pihak DBP, saya sangat minat menulis terutama sekali dalam bahasa kadazandusun tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan minat saya ini supaya memberikan manafaat kepada masyarakat.Jadi, apakah cadangan pihak DBp terhadap saya? 2. Bolehkah pihak DBP memberi maklumat kepada saya sekiranya ada program yang berkaitan dengan penulisan bahasa-bahasa ibunda terutamanya di negeri Sabah? contohnya, pertandingan menulis cerita rakyat,rencana dan sebagainya. Terima Kasih.

1) Pihak kami hanya menerima karya dalam bahasa melayu, Puan boleh menterjemahkan karya tersebut ke dalam bahasa Melayu

2) Puan boleh menyertai peraduan menulis cerita rakyat anjuran DBP Cawangan Sabah, dan untuk esei budaya, puan boleh menghubungi Editor Majalah Etnik, DBP Cawangan Sabah. 088-439260, Encik Abdul Nassir Mohd Said.

Lain-lain18.03.2009
apakah perbezaan perkataan kedudukan dan cabaran?

Makna kedudukan ialah 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;. Cabaran pula ialah 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna27.06.2010
Saya memang jelas prinsip asas penggunaan kata sendi nama `di’ dan pada serta ‘dari’ dan `daripada’. Bagaimanapun saya ingin kepastian, manakah yang betul bagi ayat-ayat ini. . “Di awal atau pada awal bab buku ini, penulis … “ 2. “Petikan beberapa ayat dari atau daripada al-Quran”. 3. “Maklumat awal dari atau daripada beberapa jabatan kerajaan …” 4. Saya sering menulis beberapa artikel untuk Majalah Dewan Budaya. Bila menulis nama tempat, apakah formula rasmi yang patut saya ikuti. Ini terutama nama-nama lama dalam ejaan lama (asal); apakah perlu dieja dengan ejaan asal atau menggunakan ejaan baharu. Contohnya, Teluk Chempedak, Ayer Hitam, Kuching, Cheras, Kota Bharu, Johor Bahru dll. Bagaimana pula dengan ejaan asal yang terikut-ikut dengan gaya ejaan barat atau Cina seperti Tanjung Bungah, Simpang Ampat dan Simpang Anam di Johor. Mohon tuan berikan penjelasan bagi memudahkan penulisan saya agar tidak melakukan kesilapan bahasa.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.“ Pada bahagian awal bab buku ini, penulis …

2. “Petikan beberapa ayat daripada al-Quran”.

3. “Maklumat awal daripada beberapa jabatan kerajaan …”

4. Nama-nama lama dalam ejaan lama (asal) dikekalkan dengan ejaan asal seperti Teluk Chempedak, Ayer Hitam, Kuching, Cheras, Kota Bharu, Johor Bahru dan lain-lain.  Begitu juga ejaan asal dari barat atau Cina seperti Tanjung Bungah, Simpang Ampat dan Simpang Anam di Johor juga dikekalkan sehingga kini.

Tatabahasa10.12.2018
12

Kembali ke atas