| ... terutamanya masyarakat orang asli di kawasan pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Adakah pantai barat dan pantai timur kata nama khas dan huruf awal perlu dibesarkan? | Pantai Barat dan Pantai Timur merupakan kata nama khas dan huruf awal perlu menggunakan huruf besar. (Kamus Dewan Perdana, halaman 1612) | Tatabahasa | 18.02.2023 |
| Bilakah masa yang sesuai bagi penggunaan istilah/frasa 1) terutamanya disebabkan oleh 2) disebabkan terutamanya oleh | Tidak ada perbezaan dalam penggunaan kedua-dua frasa tersebut, namun berdasarkan pangkalan data kami penggunaan "disebabkan terutamanya oleh" lebih banyak berbanding frasa "terutamanya disebabkan oleh". | Tatabahasa | 06.09.2012 |
| Adakah perkataan "terutamanya" boleh digunakan pada awal ayat? | Perkataan "terutamanya" boleh berada di awal ayat. Contoh ayat "Terutamanya mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM, semua murid perlu bersedia dari sekarang." | Tatabahasa | 06.12.2019 |
| Slm, Soalan: Kes keracunan makanan terutama/terutamanya di sekolah.... (Penggunaan yang betul adalah terutama atau terutamanya?) | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 28.10.2010 |
| Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat dari/daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat. | Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
| Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan terutamanya? | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2490, perkataan “terutama” merupakan kata adjektif terbitan yang bermaksud paling utama; mula-mula sekali; lebih baik; lebih-lebih lagi. Dalam penulisan, perkataan “terutama” digunakan sebagai penanda wacana, iaitu unsur yang menghubungkan atau mengaitkan pelbagai entiti dalam sesuatu wacana. Perkataan “terutama” atau “terutamanya” digunakan untuk menjelaskan atau menekankan tentang suatu hal atau aspek yang memiliki tingkat penting atau keutamaan yang lebih tinggi daripada yang lain dalam suatu konteks tertentu pada ayat. Oleh yang demikian, perkataan “terutamanya” digunakan pada bahagian tengah ayat dan tidak digunakan pada awal ayat. Contoh ayat: - Coklat merupakan manisan yang disukai ramai terutama kanak-kanak.
- Persembahan tablo biasanya dijadikan selingan terutamanya pada setiap akhir adegan dalam sesebuah drama.
Untuk maklumat lanjut berkenaan contoh penggunaan perkataan “terutama” atau “terutamanya”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP melalui https://prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
| 1) Setiap hari perkataan pinjaman dari pelbagai bahasa (terutamanya B.Inggeris) masuk ke dalam kosa kata B.Melayu melalui media. Adakah DBP mempunyai perancangan untuk mengutip dan merekod perkataan-perkataan tersebut untuk kegunaan ramai contohnya spt Kamus Oxford (http://www.oed.com/news/updates/newwords0806.html) yang mempunyai kemaskini perkataan baru setiap bulan. 2) Sekiranya tiada perancangan spt (1), kenapa dan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh DBP untuk mengadakan laman web perkataan TERKINI dlm B.Melayu seperti yang dilakukan oleh Oxford Dictionary? 3) Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan bergerak dengan sendirinya, terutamanya bidang kosa kata. Apakah polisi DBP berkenaan perkataan2 pinjaman yang baru yang wujud secara spontan terutamanya di media massa? | Kerja-kerja perekodan perkataan sama ada perkataan pinjaman ataupun perkataan bahasa Melayu jati dilaksanakan melalui pengumpulan data melalui data korpus oleh Bahagian Perkamusan. Perkataan-perkataan yang terkumpul dalam data korpus tersebut akan dikaji dan dinilai kesesuaiannya sebelum dirakamkan di dalam kamus. Hal ini sama juga dengan perkataan pinjaman yang baharu yang wujud secara spontan di media massa. Lazimnya perkataan pinjaman yang terdapat padanan kata dalam bahasa Melayu bagi perkataan tersebut dan sudah mantap penggunaannya maka kata dalam bahasa Melayu disyorkan digunakan. | Lain-lain | 14.07.2008 |
| Namun tidak semua merasa gembira dengan pencapaian tersebut terutamanya Zetti, rakan sekelas Sarah yang turut bertanding. 1)Perlukah tanda koma selepas perkataan namun? 2)Betulkah tanda koma selepas perkataan Zetti? | Tanda koma berfungsi sebagai memisahkan bahagian ayat yang bertentangan fakta daripada ayat induk, iaitu sebelum kata hubung dan memisahkan kata nama atau frasa nama daripada frasa penjelasan yang mengikutinya. Ayat yang tepat ialah “Namun, tidak semua berasa gembira dengan pencapaian tersebut terutamanya Zetti, rakan sekelas Sarah yang turut bertanding.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 109-113. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
| 1. Adakah penggunaan frasa berikut betul atau tidak? Jika betul tolong sertakan contoh ayat. 1. Lembaran minda 2. Ufuk pemikiran 2. Yang mana satukah yang betul 'terutama' atau 'terutamanya'. Mohon penjelasan dan contoh ayat. | 1. Penggunaan frasa “lembaran minda” dan “ufuk pemikiran” boleh diguna pakai dalam ayat dan digunakan berdasarkan konteks dan kesesuaian dalam ayat tersebut. Contoh ayat ialah “Ufuk pemikiran" Pendeta Za'ba tentang bahasa sangat mendalam maknanya. dan Koleksi "lembaran minda" tokoh terkenal itu telah dibukukan. 2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud perkataan “terutama” dan “terutamanya” tidak banyak perbezaannya. Kedua-duanya membawa maksud yang terpenting atau yang mustahak sekali. Fungsi kata "nya" dalam perkataan "terutamanya" bermaksud untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud itu. Contoh ayat, Lapisan sel pipih yang melapisi permukaan dalam pelbagai organ tubuh, “terutamanya” pembuluh darah, pembuluh limfa dan jantung. Ayat kedua, Hamzah menulis karangan-karangannya “terutama” untuk orang yang tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi. | Tatabahasa | 20.08.2022 |
| Pengamal-pengamal media elektronik terutamanya televisyen (paling teruk stesen TV swasta) sekarang semakin berleluasa menggunakan apitan "di... kan" secara salah. Mereka kerap menjarakkan "di" daripada perkataan yang diapit oleh "kan" seperti di jalankan atau di agihkan. Minta DBP pantau dan tegur mereka. | Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, kami sentiasa membuat pemantauan penggunaan bahasa Melayu dalam media, dan DBP dan pihak media sendiri sentiasa berusaha untuk menambah baik mutu penggunaan bahasa. | Lain-lain | 04.08.2014 |