Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.sis] | تيسيس

Definisi : (tésis) 1. pendapat (kesimpulan) yg dikemukakan utk dibahaskan; 2. disertasi atau kajian ilmiah yg dikemukakan oleh seseorang calon utk melayakkannya memperoleh ijazah atau diploma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.sis] | تيسيس

Definisi : /tésis/ kajian ilmiah bagi men­dapatkan ijazah; rencana ilmiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tesis
Rujuk :disertasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TAJUK TESIS SAYA "KEBERKESANAN PROGRAM USAHAWANAN MUDA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI TERENGGANU" . Tolong berikan penjelasan yang kukuh kenapa saya perlu menggunakan perkataan "DALAM KALANGAN PELAJAR" bukannya "DI KALANGAN PELAJAR". Terima kasih

"di kalangan" dan "dalam kalangan", kedua-dua frasa itu adalah betul, yang tidak boleh digunakan ialah di dalam kalangan. Oleh itu ayat "KEBERKESANAN PROGRAM USAHAWANAN MUDA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI TERENGGANU", betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa11.07.2008
Saya sedang menyiapkan tesis Master di UPM. Masalah saya ialah mengenai tajuk tesis yang dicadangkan oleh penal pemeriksa. Tajuk yang dicadangkan ialah : "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, PERSEKITARAN SEKOLAH DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH" tajuk saya ialah "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DAN PERSEKITARAN SEKOLAH DENGAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH". Oleh itu saya minta jasa tuan bagi menentukan tajuk yang manakah lebih tepat.Kedua-dua tajuk tersebut boleh digunakan bergantung pada kajian yang dijalankan.Tatabahasa20.08.2013
Saya membaca penulisan para pelajar yang gemar megggunakan di dalam buku ini, di dalam tesis ini, di dalam bab ini akan dibincangkan. Saya berpendapat dalam buku ini sudah mencukupi dan tidak perlu lagi ditambah dengan di dalam buku ini. Akan digunakan untuk sesuatu yang akan dilakukan sedangkan tesis telah ditulis dan diserahkan untuk pemeriksaan oleh pemerikasa dalam dan luar. Adakah tesis ini akan memnicangkan betul dalam menggunakan perkataan akan?Kami bersetuju dengan pendapat Dr. frasa "dalam bab ini" dan "dalam tesis ini" adalah yang gramatis. Frasa "di dalam" membawa pengertian lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak yang boleh dilihat secara fizikal, manakala frasa "dalam" membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Begitu juga dengan penggunaan kata akan yang lazimnya digunakan bagi perkara yang belum berlaku atau perkara yang dijangkakan.Tatabahasa07.11.2012
Saya bercadang utk menyambung pelajaran di peringkat phd. Tesis yg menjadi pilihan adalah "pantang larang masyarakat melayu; sejauh mana kebenarannya". Ada ke tidak artikel2 yang berkaitan @ tesis yg telah dilakukan sebelum ini.

1.   Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian atas hasrat sdr untuk menyambung pelajaran di peringkat phd. Berkaitan dengan pertanyaan sdr sejauh manakah kebenaran isu berkaitan tajuk yang dicadangkan, sebenarnya itulah perkara penting yang perlu sdr kaji semasa menjalankan proses kajian tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti daripada literatur yang telah diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan, juga daripada hasil soal selidik yang dilakukan sepanjang pengajian. Tentu banyak nanti isu-isu yang penting timbul daripada kajian tersebut. Pada masa itu baru sdr boleh putuskan sama ada benar atau tidak.

Phd mendidik kita berfikiran kritis, tidak menerima sesuatu bulat-bulat . Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut (seperti buruk dan baik).

2. Artikel yang berkaitan - di peringkat phd pelajar seharusnya boleh bekerja sendiri, memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga mengatur kerja-kerja sendiri dengan tersusun oleh itu saya cadangkan sdr mendapatkan rujukan sendiri yang sesuai dengan tujuan kajian yang hendak dilakukan. Seterusnya nanti daripada rujukan yang berkaitan sdr dapat tentukan sama ada kajian tersebut telah dilakukan atau belum jika belum tiada masalah dan jika telah ada kajian mungkin sdr kaji pula daripada sudut lain.

Yang penting kajian tersebut mestilah asli, menyumbang kepada pengetahuan yang baru.

sekian

 

Lain-lain24.05.2010
Untuk pengetahuan, saya akan menulis tesis sarjana berkaitan bidang sains dan kejuruteraan didalam bahasa melayu. Maka, saya ingin menghasilkan karya yang menggunakan istilah yang tepat dan struktur yang lebih sempurna agar tesis ini dapat mencerminkan keindahan bahasa melayu dalam penulisan akademik. Bagaimana pihak DBP dapat membantu saya? Mungkin ada buku atau dokumen yang boleh dijadikan rujukan. Harap dapat membantu.Dalam penggunaan kata dan ejaan yang betul kami cadangkan saudara gunakan Kamus Dewan. Untuk mengenal pasti penggunaan istilah yang tepat kami cadangkan saudara gunakan daftar istilah dan glosari yang berkaitan seperti Istilah Kejuruteraan, DBP, 1970; Istilah Kejuruteraan Pengajian Tinggi: Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia, DBP, 1987; Istilah kejuruteraan : bahasa Inggeris - bahasa Malaysia, DBP, 2008; dan Kamus kejuruteraan awam, DBP, 2006. Data daripada kamus, daftar istilah dan glosari ini boleh diperoleh melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan kata/istilah yang diperlukan dalam ruangan carian spesifik dan saudara akan dapat melihat data daripada pelbagai sumber. Untuk memastikan ayat yang digunakan adalah betul rujuk buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain17.07.2011
Saya ingin menerbitkan hasil penulisan thesis yang mana bahan tersebut belum pernah diterbitkan, namun saya tidak tahu bagaimana caranya.Bahan tesis yang hendak diterbitkan perlu diolah semula sebelum boleh diterbitkan. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan Garis Panduan Daripada Tesis Kepada Buku. Sila dapatkan garis panduan ini untuk membantu puan mengolah semula bahan tesis, sebelum dikemukakan kepada Jabatan Penerbitan, DBP.Lain-lain06.01.2010
bagaimana hendak menyemak struktur bahasa yang betul dalam tesisSaudara boleh layari laman web kami www.dbp.gov.my untuk menyemak ejaan dan penggunaan frasa/ungkapan yang betul, dan rujuk buku Tatabahasa Dewan bagi memastikan ayat digunakan dalam tesis berkenaan adalah betul.Lain-lain13.04.2011
Saya ingin menggunakan perkataan ini "reinvensi Tradisi" dalam tajuk tesis saya. Perkataan ini saya alihbahasa dari perkataan bahasa Inggeris iaitu "tradition reinvention". Diharapkan pihak tuan dapat mengesahkan jika saya boleh mengunakan perkataan tersebut.Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan kata invention ialah ciptaan atau berkaitan dengan penciptaan. Oleh sebab sdr tidak memberikan  jenis bidang pembelajaran (judul tesis) sdr,  rangkai kata "tradition reinvention" dapat dipadankan secara umum ialah "Tradisi Penciptaan Semula".Istilah23.06.2009
Salam sejahtera, Saya ingin mendapat perkhidmatan menyemak bahasa untuk penulisan bab-2 dalam tesis saya. Adakah DBP menawarkan perkhidmatan ini ? Sekiranya ada sila maklumkan pegawai yang harus dihubungi .Terima kasihKhidmat Nasihat Bahasa  hanya menawarkan khidmat menyemak penggunaan bahasa misalnya dalam penulisan iklan, dokumen rasmi seperti surat, memo dan minit mesyuarat. Khidmat menyemak bahasa dalam tesis tidak termasuk dalam perkhidmatan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain10.03.2010
Saya sedang menulis tesis PHD di dalam Bahasa Malaysia dan memerlukan bantuan pihak DBP untuk mendapatkan terjemahan Bahasa Inggeris kepada istilah Bahasa Malaysia yang saya tidak temui di dalam kamus. Istilah tersebut ialah "Perceived Learning". Di harap pihak DBP dapat membantu.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perceived learning. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk perceived, iaitu amatan, diamati, anggapan dan tanggapan. Istilah bahasa Melayu untuk learning ialah pembelajaran. Dalam bidang Pendidikan, terdapat istilah perceive yang padanan bahasa Melayunya ialah mengamati. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk perceived learning ialah pembelajaran amatan.Istilah22.10.2012
123456

Kembali ke atas