Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ta.mu] | تتامو

Definisi : orang yg diundang (dijemput) utk menghadiri jamuan dll, orang jemputan, jamu, tamu: dia sibuk melayan ~; ~ kehormat orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ta.mu] | تتامو

Definisi : orang yg diundang utk meng­hadiri majlis jamuan dll; orang undangan; tamu. ~ kehormat orang yg diundang khas, biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar, utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetamu (kata nama)
Bersinonim dengan tamu, jemputan, undangan, pelawat, pengunjung, penziarah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan 'tetamu' merupakan kata ganda bagi 'tamu'? jika benar, adakah frasa 'semua tetamu', 'para tetamu' dan 'tetamu-tetamu' salah dari segi tatabahasa? harap berikan penjelasan. terima kasih.Tetamu ialah orang yang diundang menghadiri sesuatu majlis/jamuan,dan dipanggil juga orang jemputan atau tamu. Tamu pula bermakna orang yang mengunjungi orang lain, datang membeli -belah atau tokoh seperti karyawan. Dari segi penggunaannya, boleh digunakan para tetamu.Makna23.11.2007
Ayat di bawah adalah menggunakan title case. huruf selepas' -' , iaitu Tetatmu-tetamu , adakah benar atau salah. atau Tetamu-Tetamu. Soalan 2, Kata-kata aluan/ atau kata alu-aluanYang betul ialah Tetamu-tetamu (jika dijadikan tajuk) dan Kata Alu-aluanTatabahasa15.11.2007
Salam, saya ingin bertanyakan asal perkataan 'tetamu'. Adakah 'tamu-tamu' atau tetamu itu sendiri merupakan 1 perkataan? Jika bergitu, adakah salah jika saya gunakan 'tetamu-tetamu' dan 'para tetamu'? Sekian, terima kasih.Tetamu ialah orang yang diundang menghadiri sesuatu majlis/jamuan,dan dipanggil juga orang jemputan atau tamu. Tamu pula bermakna orang yang mengunjungi orang lain, datang membeli -belah atau tokoh seperti karyawan. Dari segi penggunaannya, boleh digunakan para tetamu.Tatabahasa02.07.2013
Bagaimana kita hendak mengenal pasti panggilan hormat untuk tetamu-tetamu jemputan seperti yang berbahagia, yang berusaha, yang dihormati..dan sebagainya.Yang Berhormat ialah rujukan hormat untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) yang kebiasaannya memang ada gelaran , Yang Berbahagia untuk jemputan yang ada gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan Wakil rakyat, sementara Yang Berusaha ialah rujukan kehormat untuk pengerusi majlis atau penganjur majlis. Harap maklum.Istilah22.08.2006
Tuan, Sepanjang pengetahuan kita 'tetamu' berasal daripada perkataan 'tamu', lelaki pula 'laki'. Soalannya, para tamu atau para tetamu yang betul dari segi tatabahasa? Begitu juga dengan 'tiga orang lelaki' atau 'tiga orang laki'? Soalnya, tetamu / lelaki itu jamak atau bermaksud satu? Terima aksih.Dalam kamus Dewan lelaki sama maksud dengan laki-laki, dan diberi tafsiran sebagai jenis manusia yang menjadi pasangan kepada perempuan (tidak dinyatakan satu atau jamak). Begitu juga dengan perkataan tetamu sama makna dengan tamu yang diberi maksud orang yang diundang untuk menghadiri majlis jamuan (tidak dinyatakan satu atau jamak tetapi lazimnya tetamu sudah menunjukkan ramai undangan). Oleh itu, seorang lelaki atau dua orang lelaki boleh digunakan.Tatabahasa28.05.2010
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing".
2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis.
3. Bergai-bagai buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam.
Tatabahasa07.10.2012
Saya ingin bertanya ayat mana yang paling sesuai digunakan 1. Tetamu Malaya Yang Terbilang atau 2. Tetamu Malaya TerbilangFrasa yang gramatis ialah Tetamu Malaya yang Terbilang.Tatabahasa11.07.2013
Taraf hidup/taraf kehidupan penduduk luar bandar telah meningkat. yang mana satu tepat? taraf hidup atau taraf kehidupan? tetamu sama tak dnegan tamu atau tamu-tamu? yang mana satu jamak? tetamu jamak ke?taraf hidup dan taraf kehidupan, kedua-duanya boleh digunakan. Manakala perkataan tetamu sama makna dengan tamu, dan sekiranya penggunaan jamak untuk tetamu kita boleh menambahkan para, semua dll. Perkataan tamu-tamu bukanlah jamak kepada tetamu.Tatabahasa22.10.2007
1. Ibu menghidangi kuih-muih kepada tetamu. 2. Ibu menghidangkan kuih-muih kepada tetamu. Adakah ayat-ayat di atas betul?

Saudara Choi,

Ayat yang betul  ialah Ibu menghidangkan kuih-muih kepada tetamu. Untuk memastikan penggunaan tatabahasa yang betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

Tatabahasa12.06.2009
Contoh ayat: a) Ali menyembelih seekor ayam untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumahnya. b) Ali menyembelih.....untuk dihidangkan bagi tetamu.... c) Ali.....untuk dihidangkan untuk tetamu.... Soalan: Penggunaan kata depan mana satukah yang betul?Yang lebih tepat ialah ayat (a). Kata sendi nama kepada digunakan untuk menyatakan sasaran.  Tatabahasa19.03.2008
12345678

Kembali ke atas