Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tetap;

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia tetap tidak mahu berdamai. Apakah fungsi kata bagi perkataan “tetap” di atas?Fungsi perkataan "tetap" dalam ayat tersebut ialah kata tugas yang mendukung makna penegas.Tatabahasa31.07.2020
Yang mana betul; "walaupun tidak sehat, dia tetap datang" atau "walaupun tidak sehat, tetapi dia tetap datang"Ayat yang pertama "walaupun tidak sehat, dia tetap datang" lebih gramatis.Tatabahasa08.06.2011
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Saya tetap tekal pada pendirian saya. (b) Saya tetap tekal dengan pendirian saya.Ayat yang tepat dan gramatis:

Saya tetap tekal dengan pendirian saya
Tatabahasa06.11.2015
Mana satu yang tepat: Jawatan yang ditawarkan adalah jawatan tetap atau Jawatan yang ditawarkan ialah jawatan tetap. Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah : Jawatan yang ditawarkan ialah jawatan tetap.Tatabahasa03.09.2010
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TKi. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. 
ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan.  
iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu.
Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut.
Tatabahasa05.11.2014
Kekeliruan rakyat tetap timbul mengenai istilah bahasa Melayu dan bahasa Malaysia. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi yang mendukung sebagai bahasa Kebangsaan. Persoalannya mengapa istilah bahasa Malaysia digunakan dalam konteks ini.Bukankah bahasa Malaysia itu mencakupi bahasa Melayu,bahasa Mandarin,bahasa Kantonis,bahasa Tamil. bahasa Iban,bahasa Kadazan dan lain-lain? Mengapa DBP tidak bertegas dalam soal ini?Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Istilah06.09.2009
Biarpun terdapat perbezaan pendapat di antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. atau Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Perkataan di antara atau antara betul? Mengapakah perkataan tersebut tidak sesuai?Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Frasa sendi di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Contoh; Tambak Johor terletak di antara Johor dengan Singapura.Tatabahasa26.03.2011
SILA BAGI TERJEMAHAN 'ALAMAT TETAP' DAN 'ALAMAT KORESPONDEN' YANG ADA DI DALAM KAMUS DEWAN BAHASA

alamat tetap - permanent address/fixed address

alamat koresponden - correspondence address

Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk correspondence address ialah alamat surat-menyurat bukan alamat koresponden.

Istilah31.01.2011
1. Manakah yg betul? i. Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. 2. Apakah maksud 'telejariah' ? Terima Kasih.

 1. Kedua-duanya betul.

2. "Telejariah" merupakan istilah khusus yang digunakan oleh mana-mana institusi kewangan Islam untuk menawarkan khidmat beramal jariah melalui telefon.

Lain-lain20.08.2009
Tuan, untuk perkataan kepadanya dan terhadapnya ada perbezaan maksudkah? contoh: (1) Azeera tetap rasa simpati kepadanya. (2) Azeera tetap rasa simpati terhadapnya.Kedua-dua ayat itu betul, kata sendi nama kepada diikuti dengan sasaran (nya) dan terhadap juga bermaksud berkenaan dan kepada.Tatabahasa18.05.2012
12345678910...

Kembali ke atas