| Tuan, untuk perkataan kepadanya dan terhadapnya ada perbezaan maksudkah? contoh: (1) Azeera tetap rasa simpati kepadanya. (2) Azeera tetap rasa simpati terhadapnya. | Kedua-dua ayat itu betul, kata sendi nama kepada diikuti dengan sasaran (nya) dan terhadap juga bermaksud berkenaan dan kepada. | Tatabahasa | 18.05.2012 |
| Salam sejahtera. Adakah penerangan di bawah betul? 1. Saya(subjek) tetap bermain(frasa kata kerja) dengan seronoknya(keterangan cara) ATAU Saya(subjek) tetap bermain dengan seronoknya(frasa kata kerja). 2. Kami(subjek) bermandi-manda frasa kata kerja) di laut(keterangan tempat) ATAU Kami(subjek) bermandi-manda di laut(frasa kata kerja). | Penerangan yang berikut merupakan penambahbaikan terhadap penerangan yang diberikan: i. Saya (subjek) tetap bermain (frasa kata kerja) dengan seronoknya (frasa keterangan cara). ii. Kami (subjek) bermandi-manda (kata kerja) di laut (frasa keterangan tempat). Untuk mendapatkan penerangan dengan lengkap dan jelas berhubung dengan aspek tatabahasa yang berkaitan dengan soalan berkenaan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 57 – 575.
| Tatabahasa | 14.05.2024 |
| maksud merewang | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merewang bermaksud 1. tidak tetap atau selalu berubah-ubah (tempat, fikiran, dll) 2. oleng (perahu dll) | Makna | 03.07.2011 |
| 1. Manakah yg betul? i. Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. 2. Apakah maksud 'telejariah' ? Terima Kasih. | 1. Kedua-duanya betul. 2. "Telejariah" merupakan istilah khusus yang digunakan oleh mana-mana institusi kewangan Islam untuk menawarkan khidmat beramal jariah melalui telefon.
| Lain-lain | 20.08.2009 |
| Perkataan seperti Yang Tetap Hidup, Yang Kekal, Yang tidak mengantuk dalam ayat di bawah perlu ditulis dengan huruf besar atau kecil? Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. | Dari aspek penulisan bahasa Melayu, terdapat beberapa garis panduan yang lebih terperinci mengenai penggunaan huruf besar, terutamanya apabila merujuk sifat-sifat Tuhan atau Allah. Yang berikut merupakan penjelasan lanjut berdasarkan ayat yang diberikan: 1. Yang Tetap Hidup dan Yang Kekal Kedua-dua istilah ini merujuk sifat-sifat Allah yang mulia. Mengikut kaedah penulisan rasmi, apabila menyebut sifat-sifat Allah, kita menulisnya dengan huruf besar untuk menunjukkan penghormatan kepada-Nya. Contoh: Yang Tetap Hidup, Yang Kekal (huruf pertama bagi setiap kata besar kerana frasa khusus yang merujuk sifat Allah). 2. Yang tidak mengantuk Sifat Allah yang tidak pernah mengantuk ini juga merujuk kebesaran-Nya. Oleh sebab itu, turut ditulis dengan huruf besar pada perkataan “Yang” dan “tidak mengantuk” sebagai satu ungkapan khas yang merujuk sifat Allah. Contoh: Yang tidak mengantuk. | Ejaan | 19.11.2025 |
| Mohon jelaskan secara terperinci perkataan Kerja. Adakah maksud di bawah boleh diguna pakai? KERJA bermaksud melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan seperti 1 jam, 2 jam, 4 jam, 8 jam atau 12 jam. Kerja mengikut istilah umum bermakna membuat atau melakukan sesuatu bagi mendapatkan hasil, upah, ganjaran, berpendapatan tetap. | Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui secara terperinci maksud perjataan 'kerja'. Huraiannya terlalu panjang untuk dijawab di sini. | Makna | 22.02.2019 |
| 1. Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap berasa "berwas-was" untuk membuka pintu pada waktu larut malam. Bolehkah saya menggunakan "berwas-was" dalam ayat ini ? Adakah perkataan ini betul ? 2. Apakah maksud " berpancing" ? Boleh berikan ayat contoh. Terima kasih. | 1. Waswas bermaksud (perasaan) sangsi, (perasaan) curiga, dan khuatir; oleh itu, ayat yang betul ialah "Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap was-was untuk membuka pintu pada waktu larut malam." 2. Tidak ada kata terbitan berpancing, yang ada memancing, pemancing, terpancing dan sebagainya. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna setiap perkataan tersebut dan contoh penggunaannya. | Tatabahasa | 01.04.2010 |
| 1. Saya ingin mohon khidmat nasihat berkaitan istilah-istilah SOP yang sedang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar istilah yang digunakan adalah selaras di peringkat jabatan. Contoh penggunaan istilah yang merujuk kepada SOP adalah seperti berikut: i) Prosedur Tetap Operasi Pengurusan Kes Keganasan Rumah Tangga ii) Prosedur Operasi Standard Perintah Khidmat Masyarakat iii) Peraturan Tetap Operasi Penguatkuasaan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Pusat Jagaan 2. Sehubungan itu, perkara ini dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan pandangan dan penyeragaman penggunaan istilah tersebut. Sekian, terima kasih | Padanan standard operating procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah "tatacara pengendalian piawai", "tatacara pengendalian standard", "prosedur pengendalian standard" dan "prosedur operasi standard". Walau bagaimanapun, istilah "prosedur operasi standard" paling banyak digunakan khususnya dalam dokumen rasmi kerajaan. | Istilah | 22.02.2022 |
| Salam dan terima kasih kerana membantu. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? "Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah adalah penting, terutamanya pada mulanya. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat. Semakin ringkas struktur kempen anda, semakin efisien dan berkesan struktur itu akan menjadi." | Ayat yang betul: 1. Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah merupakan perkara penting, terutamanya pada peringkat permulaan. 2. Semakin ringkas kempen, semakin efisien dan berkesan. 3. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat - Ayat ini tidak dapat difahami, sila berikan padanan jika diterjemahkan daripada bahasa Inggeris untuk kami lihat kesesuaian konsepnya sebelum memberikan jawapan yang tepat. | Lain-lain | 04.09.2019 |
| 1. kendatipun dia tidak sihat, namun dia tetap menguatkan semangat justeru menghadiri upacara pengebumian sahabat karibnya itu. (munsyi, adakah justeru sesuai digunakan dalam ayat ini? ) terima kasih | Justeru bermaksud kebetulan atau malahan dan tidak tepat digunakan dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=justeru. | Tatabahasa | 18.06.2013 |