Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik. Ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan menutup pintu secara automatik". Penggunaan perkataan "mematikan" tidak sesuai digunakan kerana bermaksud membunuh atau menjadikan mati. Maka perkataan "menutup" lebih sesuai digunakan untuk pintu. Anda tidak memberikan penjelasan sebabnya. Fokus pada adverba bukan kata kerja sebab soalan saya ialah tentang peletakan adverba bukan kesesuaian kata kerja yang digunakan sebab itu hanya contoh untuk peletakan adverba. Malah konteks mematikan sudah banyak digunakan dalam teknologi, IT mengapa tiba-tiba dikatakan tidak sesuai pula? | Mohon jelaskan konsep bagi ayat "mematikan pintu" pada ayat yang diberikan agar pihak kami dapat memberikan penjelasan berdasarkan konsep yang diberikan. | Tatabahasa | 26.08.2022 |
Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik. | Ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan menutup pintu secara automatik". Penggunaan perkataan "mematikan" tidak sesuai digunakan kerana bermaksud membunuh atau menjadikan mati. Maka perkataan "menutup" lebih sesuai digunakan untuk pintu.
| Tatabahasa | 26.08.2022 |
Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik. Mohon jelaskan konsep bagi ayat "mematikan pintu" pada ayat yang diberikan agar pihak kami dapat memberikan penjelasan berdasarkan konsep yang diberikan. Ayat di atas hanya CONTOH. Tak perlu tahu konteks kerana hanya CONTOH. Soalan saya tentang ADVERBA. MENGAPA ADVERBA HADIR SELEPAS KATA NAMA dan BUKANNYA KATA KERJA? BUKANKAH ADVERVA ITU MENERANGKAN KATA KERJA? Saya tanya tentang ADVERBA, bukan kata kerja, kenapa asyik nak menjawab tentang kata kerja? Tak kisahlah kata kerja itu adalah mematikan, menutup, menjerit, menyiram dll., saya hanya gunakan itu untuk mengetahui lebih lanjut tentang ADVERVA and PELETAKANNYA. Adverba - secara automatik - MENGAPA KEDUDUKANYA ADALAH mematikan secara automatik dan bukannya mematikan secara automatik pintu Soalan yang mudah tapi saya tanya lain, anda jawab lain. Mohon pegawai yang lebih berpengalaman menjawab soalan. | Bentuk ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik." Rumus yang digunakan dalam ayat ini ialah kata kerja transitif (KKT). Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek, iaitu kata "pintu" sebagai kata nama. Klausa "secara automatik" pula merupakan keterangan cara dalam ayat. | Tatabahasa | 01.09.2022 |
Selamat sejahtera, Bolehkah "Save over" diterjemahkan kepada "Simpan ganti"? "Save over" bermaksud menyimpan nilai tetapan yang baru dan menggantikan tnilai tetapan yang lama pada aplikasi/perisian (topik: teknologi maklumat) . Sekiranya tidak sesuai, sila berikan pendapat anda. Terima kasih DBP. | Salam sejahtera. Perkataan "save over" tiada dalam data kami. Cadangan tuan untuk menterjemahkan perkataan ini sebagai "simpan ganti" boleh diterima. | Istilah | 22.05.2015 |
Salam sejahtera, Adakah 'Pre Setting' sesuai diterjemahkan kepada 'Pra-tetapan'? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | "Pre setting" boleh diterjemahkan kepada Pratetapan. Ejaan yang tepat ialah Pratetapan bukan Pra-tetapan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2018 |
AsSalam. Saya ingin bertanya jika ayat berikut adalah betul atau tidak: "Anda telah mengubah tetapan grup ini untuk membenarkan pentadbir sahaja untuk menghantar mesej ke grup ini" Perlukah ada perkataan "untuk" sebelum menghantar mesej? Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan. i. Anda telah mengubah tetapan grup ini untuk membenarkan pentadbir sahaja untuk menghantar mesej ke grup ini. ii. Anda telah mengubah tetapan grup ini untuk membenarkan pentadbir sahaja menghantar mesej ke grup ini. | Makna | 09.01.2019 |
Salam. Bolehkah istilah "Look & feel settings" (konteks IT) diterjemahkan sebagai "Pengesetan rupa & nuansa" atau "Tetapan rupa & nuansa". Adakah terdapat istilah lain yang boleh digunakan untuk istilah bahasa Inggeris tersebut? | Cadangan lain ialah "Tetapan Rupa dan Rasa". | Penyemakan dan penterjemahan | 18.05.2014 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. Istilah "default setting" merujuk kepada kawalan perkakasan atau perisian komputer (atau peranti, kelengkapan atau mesin) seperti yang dipraset oleh pengilangnya. Apakah terjemahan "default setting" yang paling sesuai - "seting lalai", "pengesetan lalai", "tetapan lalai" atau apa-apa terjemahan lain? | Cadangan kami ialah Tetapan Lalai. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2019 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "setting" / "settings"? Adakah "tetapan" atau "penetapan" yang lebih sesuai digunakan? Contoh ayat: Profile Settings Mohon jawapan dari pihak DBP. Terima kasih. | Salam, untuk makluman tuan padanan istilah bahasa Melayu untuk setting dalam bidang teknologi maklumat ialah pengesetan. | Istilah | 20.08.2014 |
Apakah padanan Melayu untuk 'prong-setting' (sejenis reka bentuk untuk cincin)? Adakah 'tetapan serampang' sesuai? Terima kasih. | Kami mencadangkan "prong-setting" diterjemahkan sebagai "ikat serampang". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |