Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.tas] | تتس

Definisi : menetas 1. memotong (membelah dll) supaya terbuka, meretas: ~ jahitan; 2. keluar drpd telur: anak-anak ayam yg baru ~ sudah boleh berjalan; 3. pecah dan terbuka kulitnya (telur yg sudah dieram): dlm tempoh sepuluh hari telur itu pun ~lah; menetaskan 1. mengeramkan (telur) supaya menetas, menjadikan menetas; 2. ki menim­bulkan sesuatu perkara dll, membangkitkan, menelurkan, menimbulkan; penetasan proses menetaskan telur: ~ udang galah; penetas 1. alat yg digunakan utk menetaskan telur: telur burung ini ditetaskan dgn menggunakan alat ~; 2. pihak (orang atau syarikat) yg mengusahakan kerja penetasan: anak ayam itu dibawa dr syarikat ~ di Pekan Nenas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.tas] | تتس

Definisi : ; menetas 1 memotong benang pd jahitan dll supaya terbuka; meretas: ~ jahitan dgn hujung gunting. 2 keluar dr telur (ttg anak ayam dll): Anak ayam yg baru ~ sudah dpt berjalan. 3 pecah dan terbuka kulitnya (bkn telur) sesudah diramkan: Dlm tempoh seminggu, telur ayam itu pun ~lah. menetaskan me­ngerami atau mengeramkan telur supaya menetas. penetasan perbuatan, proses dsb menetas atau menetaskan. penetas alat yg digunakan utk mene­tas atau menetaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetas
Kata Terbitan : menetas, menetaskan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkan perkataan tetas digunakan untuk maksud "memutuskan tali". Jika tidak, apakah cadangan perkataan yang sesuai untuk digunakan?Antara maksud tetas, menetas ialah memotong benang pada jahitan dan lain-lain supaya terbuka dan tali tidaklah digunakan dalam kerja jahit-menjahit atau seumpamanya, oleh itu perkataan tetas tidak sesuai digunakan untuk maksud memutuskan tali. Saya cadangkan saudara menggunakan perkataan yang lebih umum maksudnya seperti potong.Tatabahasa15.12.2009

Kembali ke atas