Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.té/] | تيتيق

Definisi : (téték) buah dada, susu; menetek menghisap tetek, menyusu; meneteki memberi minum air susu kpd, menyusui; menetekkan membiarkan menyusu pd, menyusukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.té/] | تيتيق

Definisi : (téték) II; ~-bengek segala perkara yg kurang penting atau tidak berguna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.té/] | تيتيق

Definisi : /téték/ 1 buah dada; susu. 2 kelenjar susu haiwan (spt lembu, kambing) yg menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. menetek menghisap air susu dr tetek; menyusu: Bayi itu menangis kerana hendak ~. meneteki memberikan tetek supaya dihisap; menyusui: Ibu itu sedang ~ bayinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetek (kata nama)
Bersinonim dengan payu dara, buah dada, buah susu, susu;,
Kata Terbitan : menetek, meneteki,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu tentang penggunaan istilah/pemilihan kata yang tepat untuk merujuk sumber susu haiwan. Jika merujuk manusia, kita lazimnya menggunakan istilah payudara atau buah dada. Namun, bagaimana pula dengan haiwan? Maniskah jika disebut tetek haiwan? Agak kurang sopan saya rasakan biarpun merujuk haiwan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih.Kata "tetek" didefinisikan sebagai buah dada; kelenjar susu haiwan (seperti lembu, kambing) yang menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. Berdasarkan keterangan tersebut kata "tetek" lebih sesuai untuk haiwan. Makna04.10.2021
Anas Hashim Feb 22nd, 12:52pm Menara Gading = Universiti atau Tetek Perempuan?. Jadi mana satuvyabg betul?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Lain-lain22.02.2015
adakah simpulan bahasa ' Menara Gading' masih digunakan utk merujuk universiti? atau tdk boleh digunaksn slps disamaettikan dgn maksud 'tetek perempuan'?Polemik dalam media tentang makna "menara gading" sebenarnya hanyalah merujuk istilah Melayu lama yang digunakan dalam penceritaan pada zaman Hikayat Hang Tuah. Walau bagaimanapun, kini istilah itu tidak sesuai digunakan kerana menara gading sinonim dengan universiti.Tatabahasa24.04.2015
Tuan/Puan, Umumnya, ramai yang tahu Menara Gading bermaksud universiti. Tetapi saya terjumpa satu lagi istilah yang merujuk kepada tetek perempuan, seperti yang tertera di dalam file di bawah, keluaran Al Hidayah Publishers. Boleh tuan/puan jelaskan adakah ia istilah yang boleh dipakai guna? Sekian, terima kasih. Yang benar Azahari Ishak
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "menara gading" bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dan sebagainya); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.
Makna13.10.2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum ini heboh di media sosial berkenaan maksud MENARA GADING, yang antara lain membawa maksud tetek perempuan (maaf jikalau bahasa kurang sopan, tapi ini yang tertulis di dalam kamus tersebut) dan makna tersebut terdapat di dalam kamus cetakan Utusan dan Al-Hidayah. Soalan saya, benarkah penggunaan istilah ini? Saya berpendapat perkataan ini digunakan pada Bahasa Melayu terdahulu, tapi nasihat/rujukan tuan/puan lebih saya dahulukan. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Tatabahasa14.03.2015
Irwan A. Rahman Feb 17th, 8:45pm Assalammualaikum. Sahabat. Saya Irwan Ketua Kemunikasi TV AlHijrah. Mohon pencerahan -> Menara Gading = Tetek PerempuanDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa, menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Makna17.02.2015

Kembali ke atas