Assalamualaikum Tetuan DBP Sukacitalah kiranya saya mengetahui status judul yang disertakan : No Rujukan 452 Tahun Terima 2015 Tarikh Daftar 03/07/2015 Judul KLIK E-DAGANG UNTUK SEMUA Status PRACETAK Tarikh Status Terkini 21/12/2018 Penulis NUR ALIYAH BINTI AZIZI /Azizi Ahmad Maklumat Editor NOOR ZULAIKHA BINTI ALAN ZAMIRZA zulaikha@dbp.gov.my 03-21479448 Adakah ianya masih distatuskan sebagai 'pra-cetak' ? Harap maklum, wasalam. | Salam saudara budiman, Berhubung soalan saudara, Editor Bahagian Buku Umum, Puan Zulaikha binti Alan Zamirza, telah menjawab e-mel tersebut kepada pihak tuan. sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Zulikha selanjutnya. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.
| Lain-lain | 16.02.2020 |
Assalamualaikum Tetuan Saya telah cub mencari perkataan 'gaslighting' dalam bahasa Melayu tetapi dimaklumkan bahawa 'Tesaurus: Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaslighting'. Gaslighting adalah proses psikologi yang bermaksud 'memanupulasi'. Pohon jasa baik dan kepakaran pihak Dewan Bahasa Pustaka untuk membantu memberi 'pengistilahan' yang dimaksudkan. Harap maklum, terima kasih. Wasalam. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk gaslighting ialah pemukauan. | Istilah | 20.06.2019 |
Assalamualaikum Tetuan, Pohon perhatian dan tindakan untuk membantu saya menyemak deraf manuskrip di laman http://aapw05.dbp.gov.my/login_penulis.asp dan/atau http://aapw05.dbp.gov.my/login_penulis.htm . Harap maklum. Terima kasih. Wasalam. | Waalaikumussalam. Laman yang tuan berikan itu tidak boleh kami buka. Mohon hubungi pegawai kanan Bahagian Penerbitan Buku Umum untuk mendapatkan bantuan: Puan Norazian Ahmad (03 21479428). Terima kasih. | Lain-lain | 05.12.2014 |
Mohd Farid May 28th, 9:57am As salam. Saya menerima honorarium dari pihak tetuan dewan bahasa 0008972/15 BAY... Mohd Farid May 28th, 9:57am Saya inginkan kepastian untuk apakah bayaran tersebut? Mohd Farid May 28th, 12:37pm Onorium penyumbang tetuan dewan bahasa 0008972/15 BAY Mohd Farid May 28th, 12:37pm Apakah maksudnya? | Sila hubungi Bahagian Kewangan dan Bekalan DBP melalui talian 03-21479071. | Lain-lain | 28.05.2015 |
M PENYUMBANG MAJALAH TETUAN DEWAN BAHASA 0018534/16 HON boleh saya tahu tentang maklumat honorarium tersebut | Tuan boleh menghubungi Bahagian Majalah DBP melalui talian 03-2147 9279. Terima kasih. | Lain-lain | 01.12.2016 |
Kamarul Azmi Oct 8th, 2:20am selamat sejahtera, tujuan saya menulis kepada pihak tuan kerana sebuah papan iklan di lebuhraya kuala lumpur - seremban (berhampiran susur ke kelab lumba kuda selangor; sebelum stesyen minyak shell arah selatan). papan iklan agensi UPD oleh tetuan GT Radial berkaitan produk tayar itu ditulis didalam bahasa inggeris 'Experience the Performances'. ia diterjemah ke bahasa melayu sebagai 'Alami Performanya'. saya berpendapat terdapat kesalahan bahasa melayu yang sangat serius pada ayat tersebut kerana Performances tidak diterjemah kepada Performa didalam bahasa melayu. saya fikir, adalah perlu ia diperbetulkan kerana ia adalah laluan utama dan memberi gambaran yang kurang manis mengenai penguatkuasaan penggunaan bahasa. sekian, terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Berdasarkan semakan kami, permohonan GT Radial yang telah diluluskan pada 23 Julai 2012 ialah "Alamilah Prestasinya". Perkara ini perlu kami rujuk kepada pihak lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. | Lain-lain | 08.10.2015 |
SOALAN PERTAMA Kamarul Azmi Oct 8th, 2:20am selamat sejahtera, tujuan saya menulis kepada pihak tuan kerana sebuah papan iklan di lebuhraya kuala lumpur - seremban (berhampiran susur ke kelab lumba kuda selangor; sebelum stesyen minyak shell arah selatan). papan iklan agensi UPD oleh tetuan GT Radial berkaitan produk tayar itu ditulis didalam bahasa inggeris 'Experience the Performances'. ia diterjemah ke bahasa melayu sebagai 'Alami Performanya'. saya berpendapat terdapat kesalahan bahasa melayu yang sangat serius pada ayat tersebut kerana Performances tidak diterjemah kepada Performa didalam bahasa melayu. saya fikir, adalah perlu ia diperbetulkan kerana ia adalah laluan utama dan memberi gambaran yang kurang manis mengenai penguatkuasaan penggunaan bahasa. sekian, terima kasih. JAWAPAN DBP Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Berdasarkan semakan kami, permohonan GT Radial yang telah diluluskan pada 23 Julai 2012 ialah "Alamilah Prestasinya". Perkara ini perlu kami rujuk kepada pihak lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Terima kasih SOALAN BERBANGKIT YANG PERLU DIJAWAB Kamarul Azmi Nov 17th, 10:56pm salam sejahtera, gambar diatas saya ambil pada 16/11/2015. tiada perubahan sejak saya menulis aduan. sekian, terima kasih | Selamat Sejahtera, Tuan, Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan tentang perkara tersebut. Kami akan panjangkan aduan ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan meminta mereka ubah iklan tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.11.2015 |