Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata thailand


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah ejaan yang betul?Negara Thai. @ negara Thailand @ Thailand sahaja.CONTOH : Banjaran gunung Negara Thai. @ Banjaran gunung negara Thailand @ Banjaran gunung Thailand? Terima kasihUngkapan yang betul ialah negara Thai dan banjaran gunung negara Thai. Tatabahasa28.10.2011
Apakah perbezaan antara Thailand Selatan dan Selatan Thailand? 2.Pertama kali atau kali pertama. Apakah perbezaannya?1. Frasa yang betul ialah Selatan Thailand.
2. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.
Tatabahasa25.10.2013
Saya Ismail Wa-leng Sedang Belajar di Pusat Bahasa Melayu Dasar,Universiti Pattani Thailand, Ingin Bertanya DBP apakah terdapat buku tentang Sejarah fatani Thailand terimakasihUntuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Sejarah Pattani, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand.Lain-lain05.11.2013
Saya Somsak Senkonam Sedang Belajar di pusat Bahasa Melayu Dasar,Universiti Pattani, Thailand,ingin Bertanya DBP;apakah Buku yang terdapat di DBP yang Berhubungan dengan Wilayah Satun Thailand.Terima Kasih.Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Wilayah Satun, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand.Lain-lain05.11.2013
Saya Mariyam Kahong berasal dari Wilayah Songkhla sedang belajar di Pusat bahasa Melayu dasar, di Univesiti Fathani, Thailand, ingin betanya DBP: Apakah terdapat buku sejarah Wilayah Songkhla Thailand, terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Wilayah Songkhla, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand.Lain-lain05.11.2013
negara Thailand dijangka kurang menerima________para pelancong akibat daripada kejadian ombak tsunami itu. (A kunjungan C lawatan) tuan, jawaban ialah kunjungan. Saya kekeliruan kerana A dan C membawa maksud yang sama. Tuan, apakah jawaban yang lebih tepat. TQMerujuk Kamus Dewan edisi ke-4, lawatan membawa maksud perihal melawat (mengunjungi, menziarahi ), kunjungan manakala  kunjungan membawa maksud hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. oleh yang demikian kedua-dua jawapan boleh digunakan.Tatabahasa22.08.2011
Saya bernama Mareenee Sama-alee pelajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya,apakah buku yang berkaitan dengan sejarah Bangkok Thailand TerimakasihUntuk makluman tuan, tiada data mengenai buku sejarah Bangkok, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web  http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html  untuk buku terbitan UKM. Tatabahasa06.11.2013
saya Nuriyah berasal dari wilayah Krabi, Thailand sedang belajar di Pusat bahasa Melayu basar, Univesiti Fathani, Thailand,ingin betanya DBP:Apakah terdapat buku tentang wilayah Krabi yang diterbirkan oleh DBP.Terima kasih.Untuk makluman tuan, buku yang tuan maksudkan tiada dalam rujukan kami.Lain-lain05.11.2013
Ejaan yang betul - NASI KHAUMOK/NASI KHOMOK/NASI KAUMOK, iaitu makanan popular di selatan Thailand.Nama makanan yang berasal dari Thailand, iaitu nasi kaomok belum terakam dalam kamus. Walau bagaimanapun, dicadangkan ejaan nasi kaomok berdasarkan kaedah pengejaan kata asing yang terserap dalam bahasa Melayu.


Untuk maklumat lanjut, silalah merujuk Tatabahasa Dewan, halaman 324 hingga 336 di bawah tajuk Sistem Ejaan Perkataan Baharu.
Ejaan18.11.2025
Ejaan nama makanan NASI KHOMOK atau NASI KHAUMOK atau NASI KAUMOK dari negara Thailand, yang manakah yang betul dan tepat?Nama makanan yang berasal dari Thailand, iaitu nasi kaomok belum terakam dalam kamus. Walau bagaimanapun, dicadangkan ejaan nasi kaomok berdasarkan kaedah pengejaan kata asing yang terserap dalam bahasa Melayu.


Untuk maklumat lanjut, silalah merujuk Tatabahasa Dewan, halaman 324 hingga 336 di bawah tajuk Sistem Ejaan Perkataan Baharu.
Ejaan09.11.2025
12345678910...

Kembali ke atas