Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata thanks to


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
What is the BM translation for 'non woven material'? Thanks.Padanan untuk 'non woven material' ialah kain tanpa tenun.Istilah12.03.2014
Apakah ayat bahasa Melayu yang sesuai utk menterjemah "noted with thanks"?

Cadangan terjemahan yang bersesuaian ialah “Maklum dan terima kasih”.

Lain-lain04.01.2024
Hi, do you provide certificate translation service? (Malay to English) Thanks!Kursus Penterjemahan pada semua peringkat tidak ditawarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain20.03.2014
penterjemahan. please assist to translate the birth certificate to english version. thanksUntuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan14.10.2024
Hi, i tak faham kenapa permohonan saya tidah lulus. kindly advise. thanks No permohonan : 93877/2022 Nota : Sila gunakan nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan SSM (NJOTA SOLUTION. Jika telah berdaftar di MyIPO, catat no TM pada Maklumat tentang Iklan pada menu untuk makluman.Untuk makluman tuan, hanya nama permis yang telah didaftarkan dengan SSM atau MyIPO sahaja dibenarkan (NJOTA SOLUTION) sebagai nama premis.  Jika tuan ingin menggunakan nama yang lain, sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan  baik dan betul. Sekiranya mahu dikekalkan nama yang sedia ada, sila daftarkan dahulu "COFFEE HOUSE" dengan MyIPO dan maklumkan nombor surat/sijil  tersebut dalam sistem permohonan untuk makluman pegawai penyemak.  Harap maklum. Lain-lain23.09.2022
which term is officially use currently "Bahasa Malaysia" or "Bahasa Melayu" Thanks

Cik Puan Nurharjanah, 

Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia boleh digunakan di samping istilah bahasa Melayu.
Istilah28.05.2009
apakah kebaikan untuk menperlajari bahasa malaysia?can u send to my email..thanks so much...Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mahir dalam bahasa tersebut supaya dapat berkomunikasi sesama kita dalam bahasa tersebut dengan baik dan ini dapat menonjolkan imej negara kita melalui satu bahasa rasmi. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan perpaduan antara kaum dapat menjadi lebih erat. kita seharusnya berbangga kerana dapat menguasai bahasa kebangsaan negara kita.Lain-lain31.08.2006
Salam, Saya ingin bertanya apakah kata terjemahan yang paling tepat untuk "coffee sleeve"? ThanksUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "coffee sleeve" dalam pangkalan data istilah DBP. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pelapik luar cawan.Istilah28.12.2016
Slm, Boleh tak puan/tuan check ayat di bawah ini betul ke tak. Thanks. -Burung merak terkenal dengan bulu ekornya yang bermata. -Burung merak akan mengembangkan bulu ekornya untuk menghasilkan bentuk kipas semasa upacara mencari pasangan.Burung merak terkenal dengan bulu ekornya yang bermata. Burung merak akan mengembangkan ekornya untuk menghasilkan bentuk kipas semasa mencari pasangan.Tatabahasa29.08.2016
BM translation for 'Made in USA' - can I put it as 'Buatan USA'? Thanks.
Menurut data kami, terjemahan yang sesuai ialah Buatan AS
Lain-lain18.08.2016
12345

Kembali ke atas