Saya sedang membina Modul Pengurusan Kemarahan Remaja menggunakan Art Therapy. Boleh ke frasa Art Therapy tu saya terjemahkan kepada Terapi Seni? Saya telah merujuk kepada beberapa pakar Art Therapy tetapi mereka tidak izinkan kerana menurut mereka Terapi Seni tidak menggambar art therapy. Apakah pandangan tuan/puan? | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Art Therapy" dalam pangkalan data kami. Sekiranya "Terapi Seni" tidak sesuai, sila berikan konsep atau maksud "Art Therapy" supaya kami boleh cadangkan padanan bahasa Melayu yang lain. | Istilah | 10.10.2014 |
KKM ada Perkhidmatan 'Occupational Therapy'. Kalau diterjemah, mana satu yang betul Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Carakerja) atau Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)? | Menurut data kami, dalam bidang perubatan, istilah untuk Occupational Therapy ialah Terapi Cara Kerja. Oleh itu, terjemahan yang sesuai ialah Perkhidmatan Terapi Cara Kerja. | Istilah | 06.03.2017 |
Terdapat tuntutan dari ahli-ahli untuk mencari istilah yang sebenar untuk Occupational Therapy. Buat masa kini Jawatan: Jurupulih Carakerja, Diploma/IJazah Jurupulih Carakerja, Kolej/fakulti Jurupulih Carakerja Adakah istilah yang digunakan ini bertepatan? Sekiranya ditukar kpd Terapi Carakerja bagaimana istilah ini boleh diguna untuk Kolej pengajian, Diploma/ijazah, dan nama jawatan. Bolehkah kami retain perkataan Occupational Therapy(Okupational Terapi??seperti Fisioterapi) dengan tidak dialih bahasa dalam semua keadaan diatas. Sekian terima kasih saya amat menghargai nasihat tuan | Istilah bahasa Inggeris yang betul ialah "occupational therapist" dan padanannya ialah jurupulih pekerjaan. | Istilah | 26.11.2009 |
Salam. Terima kasih di atas maklum bals yang diberikan terhadap penterjemahan occupational therapy kepada terapi cara kerja. Soalan berikutnya, Bolehkah setiap perkataan 'occupation' yang bersesuaian diterjemahkan kepada 'cara kerja'? kerana terjemahan sedia ada bagi occupation ialah "pekerjaan, pendudukan" Maksud 'Occupation' menurut Oxford: [countable] the way in which you spend your time, especially when you are not working Example: Her main occupation seems to be shopping. (https://www.oxfordlearnersdictionaries.com/definition/american_english/occupation) Maksud 'Occupation' menurut Merriam-Webster: Definition of occupation 1a: an activity in which one engages Example: Pursuing pleasure has been his major occupation. (https://www.merriam-webster.com/dictionary/occupation) Oleh itu, bolehkah ia diterjemah kepada 'cara kerja'? Contoh: 'occupation is activities that people do in everyday life' kepada 'cara kerja ialah aktiviti-aktiviti yang manusia lakukan sehari-hari' | Istilah cara kerja lebih banyak digunakan dalam bidang tertentu seperti perubatan. Dalam konteks umum kata pekerjaan lebih banyak digunakan. Berdasarkan kedua-dua contoh yang diberikan, terjemahan pekerjaan lebih sesuai digunakan dalam konteks yang berikut. | Istilah | 02.09.2020 |
Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN PENTERJEMAHAN PERKATAAN BAHARU ‘CARAKERJA’ DARIPADA PERKATAAN INGGERIS ‘OCCUPATION’ Saya, Muhammad Hibatullah Romli merupakan Exco Penyelidikan bagi Persatuan Terapi Carakerja Malaysia. Istilah ‘terapi carakerja’ adalah daripada istilah asal Bahasa Inggeris iaitu ‘occupational therapy’. Walaubagaimanapun, tidak terdapat terjemahan rasmi bagi perkataan ‘occupation’ kepada ‘carakerja’. Dilampirkan ialah dokumen salinan lembut dalam format pdf yang merupakan alasan-alasan untuk menyokong permohonan ini. | Dalam bidang perubatan, occupational therapy diterjemahkan kepada terapi cara kerja dan occupational health diterjemahkan kepada kesihatan cara kerja, rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=cara+kerja&d=28648&#LIHATSINI dan klik domain Istilah Bahasa Melayu. Cara kerja dieja dengan dua perkataan sama seperti cara tindakan, iaitu terjemahan mode of action. Berdasarkan rujukan kami di Internet penggunaan "cara kerja" telah banyak digunakan dan kadangkala bersilih ganti dengan perkataan "carakerja". Oleh itu, kami mencadangkan ejaan "terapi cara kerja" digunakan kerana ejaan ini yang diperakukan dalam bidang perubatan. Untuk makluman tuan juga, Khidmat Nasihat Bahasa ialah medium pertanyaan bahasa yang membantu pengguna menyelesaikan permasalahan bahasa dengan merujuk sumber yang sedia ada. Kami mengalu-alukan cadangan dan pandangan daripada masyarakat tentang hal kebahasaan dan secara tidak langsung ia mengayakan korpus bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan kepada istilah atau cadangan perkataan baharu hendaklah dikemukakan kepada pihak yang berwenang melalui Ketua Pengarah kami. | Tatabahasa | 25.08.2020 |
Assalamualaikum wbt dan selamat petang Tuan, Saya merupakan pelajar PhD di USM. Saya ingin bertanya tentang istilah brief (Contoh: Solution Focused Brief Therapy). Apakah istilah brief yang sesuai dalam bahasa Melayu atau perlu kekalkan perkataan brief tersebut? (Terapi Brief Fokus Penyelesaian. Sekian, terima kasih atas budi baik, | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud brief ialah "memberikan taklimat, ringkasan, arahan atau singkat". Terjemahan yang sesuai bagi ayat yang diberikan ialah "Terapi Ringkas Penyelesaian Masalah". | Makna | 06.01.2022 |
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan pihak tuan bagi beberapa istilah / perkataan terapi bermain berikut : 1) plush doll play 2) magic wand play 3) bop bag play 4) puppet play 5) play therapy rituals 6) desensitization play 7) feeling faces 8) suitcase playroom Terima kasih atas bantuan pihak tuan. Saya amat menghargainya. | Salam Sejahtera. Menurut data kami, belum ada istilah untuk perkataan tersebut. Namun begitu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut: 1) Plush doll play – mainan patung plush 2) Magic wand play – mainan tongkat sakti 3) Bog bag play – mainan beg bop 4) Puppet play – mainan boneka 5) Ritual therapy play – mainan terapi ritual 6) Desensitization play – mainan penyahpekaan 7) Feeling faces – wajah beremosi 8) Suitcase playroom – mainan bilik dalam beg pakaian Sekian. Terima kasih. | Istilah | 27.09.2017 |
Assalamualaikum. 1. Apakah istilah/terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk "selective estrogen receptor degrader (SERD)", iaitu sejenis ubat dalam rawatan kanser? 2. Bila diterjemahkan istilah seperti "The study is looking specifically at HER2-negative breast cancers.", adakah perkataan HER2-negative diterjemahkan kepada HER2 negatif, atau negatif HER2? 3. Yang manakah terjemahan yang lebih sesuai untuk "targeted therapy": "terapi tersasar" atau "terapi sasaran"? Contoh ayat: "Palbociclib is a targeted therapy that can help stop cancer cells growing" 4. Adakah "kanser payudara tahap teruk" terjemahan yang tepat untuk "advanced breast cancer", yang biasanya merujuk kepada kanser tahap IV? 5. Apakah terjemahan yang tepat untuk "luteinizing hormone-releasing hormone (LHRH) agonist". (Rujukan: Luteinizing hormone-releasing hormone (LHRH) agonists generated in the hypothalamus bind to receptors on the anterior pituitary and stimulate the release of both luteinizing hormone (LH) and follicle-stimulating hormone (FSH)) Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | Kami mencadangkan padanan istilah seperti yang berikut: 1. Selective estrogen receptor degrader - Pendegradasi penerima estrogen terpilih 2. HER2-negative - HER2-negatif 3. Targeted therapy - Terapi terpilih atau Terapi sasaran (kedua-dua istilah boleh digunakan) 4. Luteinizing hormone-releasing hormone agonist - Agonis hormon peluteinan-hormon pelepas Kesemua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
| Istilah | 13.04.2021 |
Saya ingin menyemak dengan pihak DBP sama ada istilah ssndtray dalam bahasa Inggeris boleh ditukar ke dulang pasir dalam bahasa Melayu? Saya sedang menjalankan kajian di peringkat doktor falsafah. tahuk kajian saya ialah terapi sandtray dalam kaunseling untuk kanak-kanak ibu bapa bercerai. Terima Kasih. | Kami mencadangkan penggunaan istilah terapi dulang pasir sebagai padanan bahasa Melayu bagi sand tray therapy. Mengikut rujukan kami, kaedah terapi menggunakan elemen pasir di dalam dulang ini digunakan khusus bagi murid-murid berkeperluan khas atau kanak-kanak untuk menilai aspek perkembangan diri mereka, iaitu dari segi fizikal, mental, emosi, dan sosial. | Istilah | 04.04.2020 |