Assalamualaikum. Apakah terjemahan yang sesuai untuk istilah "Computational Thinking"? Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi Computational Thinking dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat istilah computational linguistics yang diberikan padanan sebagai linguistik pengiraan. Oleh itu, kami mencadangkan Pemikiran Pengiraaan bagi istilah Computational Thinking jika bersesuaian dengan konteks. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |
Mohon berikan terjemahan kepada istilah "Lateral Thinking". | Mengikut data kami, dalam bidang pentadbiran “Lateral Thinking” diberikan padanan “Pemikiran Lateral” yang merujuk pada analisis pemikiran untuk memperluas imaginasi dan mengalakkan ekspolitasi ingin tahu dengan mengenal pasti masalah baharu serta membentuk satu penyelesaian baharu. | Istilah | 22.08.2017 |
Maaf, saya ingin bertanya. Apakah perkataan "critical thinking" jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? Adakah pemikiran kritikal atau pemikiran komputasional? Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi "critical thinking" ialah pemikiran kritis | Makna | 15.10.2020 |
Mohon terjemahkan Literacy Thinking dalam bahasa melayu kerana terdapat perbezaan pendapat di sini sama ada Pemikiran Literasi atau Literasi Pemikiran. Terima kasih | Kedua-dua terjemahan iaitu Pemikiran Literasi dan Literasi Pemikiran boleh digunakan untuk terjemhan kepada Literacy Thinking mengikut konsep yang hendak disampaikan. Untuk lebih tepat, tuan perlu memberitahu konsep apa yang hendak disampaikan. Terima kasih. | Makna | 24.04.2020 |
Saya ingin penjelasan berkaitan istilah Pemikiran Komputasional yang diterjemah dari Bahasa Inggeris iaitu Computational Thinking berikutan ada pendapat yang menyatakan terjemahan yang sebenarnya adalah Pemberfikiran Komputasi. Terima kasih. | Padanan yang tepat bagi istilah computational thinking ialah "pemikiran komputasional". | Istilah | 23.02.2022 |
Saya ingin ayat di bawah dalam bahasa melayu 1) computational thinking 2) secondary school champion teachers Lecturer saya ingin jawapan bertulis dari DBP sebagai bukti ayat english ini di tukar kepada bahasa Melayu.. | Padanan yang tepat bagi istilah computational thinking ialah "pemikiran komputasional". Kami mencadangkan secondary school champion teachers diterjemahkan sebagai "guru cemerlang sekolah menengah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.04.2022 |
tuan, apakah terjemahan perkataan berikut: 1. verbal bully 2. cyberbullying 3. analytical thinking | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "verbal bullying" dan "cyberbullying" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah buli lisan dan buli siber. Istilah bahasa Melayu untuk "analytical thinking" ialah pemikiran analitis. | Istilah | 01.05.2014 |
Salam sejahtera. Boleh saya dapatkan makna istilah yang sesuai untuk perkataan "thinking aloud" dalam bahasa melayu. untuk makluman, perkataan ini merujuk kepada konteks memaklumkan apa yang difikirkan secara verbal apabila melakukan aktiviti tertentu. sekian terima kasih.Harap mendapat pencerahan. | Untuk makluman puan, perkataan thinking aloud merupakan kata umum dan tidak diberikan padanan khusus dalam bahasa Melayu. Cadangan kami bagi terjemahan perkataan tersebut ialah fikir ujar. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.05.2018 |
Saya ingin bertanya terjemahan yang betul bagi "Thinking and Deliberating in Moral Eduation" apakah betul berfikir dan bermuzakarah dalam pendidikan moral? Saya mempunyai kesukaran untuk mencari perkataan yang tepat untuk "deliberating" dalam bahasa melayu dan ini untuk tajuk dalam tesis saya. I need your help please and thank you. | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai bagi Thinking and Deliberating in Moral Education ialah “Pemikiran dan Pertimbangan dalam Pendidikan Moral”. Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2022 |
Saya ingin mendapatkan kepastian tentang terjemahan beberapa perkataan (BI kepada BM) 1. Curiosity strength = kekuatan perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength = kekuatan pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength= kekuatan kegigihan 4. Zest strength= kekuatan semangat diri 5.Kindness strength= kekuatan baik hati 6. Forgiveness/mercy strength = kekuatan dalam memaafkan dan belas kasihan 7. Humility/ Modesty strength = kekuatan kerendahan/kesederhanaan 8.Prudence strength= kekuatan dalam membuat pertimbangan 9. Spirituality/sense of meaning strength= kekuatan kerohanian dan rasa bermaknaan. Saya sedang menjalankan kajian (character strength)dengan melibatkan perkataan-perkataan tersebut. Walaupun penterjemahan telah dijalankan namun saya ingin mendapatkan ketepatan makna dalam BM. Maka berharap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami: 1. Curiosity strength - tahap perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength - tahap pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength - tahap ketabahan 4. Zest strength - tahap semangat diri 5. Kindness strength - tahap kebaikan 6. Forgiveness/mercy strength - tahap kemaafan dan belas kasihan 7. Humility/Modesty strength - tahap kerendahan hati/kesederhanaan 8. Prudence strength - tahap kebijaksanaan 9. Spirituality/sense of meaning strength - tahap kerohanian dan rasa bermaknaan Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini perlulah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.11.2018 |