apakah maksud "tiada lagi kidung mu" | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna kidung ialah sj nyanyian, syair yg dinyanyikan, kekawin; ~ gereja lagu yg dinyanyikan oleh orang Kristian dlm gereja; tukang ~ penyanyi kidung; | Makna | 15.09.2009 |
Rahmat RamliView Profile 3:13PM Rahmat Ramli Rahmat apakah sudah tiada lagi biasiswa sarjana tun syed nasir?.. | Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224. | Lain-lain | 01.06.2016 |
apakah kata dasar bagi perkataan murid | Murid ialah kata dasar, tiada lagi kata dasar lain. Bentuk jamaknya murid-murid. | Lain-lain | 10.07.2003 |
Bolehkah saya mendapatkan takwim aktiviti DBP cawangan sabah?. Saya salah seorang ahli DBP caw Beaufort. Kenapa tiada lagi aktiviti seperti tahun-tahun sebelumnya. Seperti pertandingan membaca sajak dsb?. | Saudari boleh menghubungi DBP Cawangan Sabah melalui telefon, 088-439260/439314/439315 untuk tujuan tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 27.01.2009 |
Salam, saya ingin bertanya sekiranya pihak DBP ada rancangan untuk mencetak naskah kamus bahasa arab-melayu keluaran DBP lagi? Sudah tiada lagi dalam pasaran. Terima kasih. | Perancangan menerbitkan beberapa judul dibuat mengikut keutamaan dan seperti yang kita sedia maklum keperluan yang paling mendesak ialah buku teks dan rujukan pelajar sekolah rendah/menengah dan institut pengajian tinggi. Penerbitan beberapa buah kamus termasuklah Kamus Arab - Melayu akan menyusul selepas itu. | Lain-lain | 19.09.2013 |
Boleh saya tahu maksud 'Live Chat' yang diguna pakai ketika bertanya soalan di website dalam bahasa Malaysia? Terima kasih. | Salam sejahtera, Setakat ini tiada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Live Chat". Tetapi, kami mencadangkan padanan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah Sembang Langsung. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.12.2018 |
Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih. | Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga. | Tatabahasa | 15.05.2013 |
Selamat Pagi. Soalan saya, sedikit masa lalu kita diperkenalkan dengan penggunaan bahasa baku. pada hari ini saya dapati tiada lagi penggunaan bahasa baku. Namun penggunaan bahasa baku masih diamalkan di Singapura. Apa status bahasa baku di Malaysia. Masihkah lagi diamalkan? Jika tidak, mengapa? Mohon penjelasan pihak tuan. | Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku termasuklah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Walau bagaimanapun sebutan baku dihentikan pada tahun 2000 (bermula pada 1998) tanpa ada alasan yang kukuh. Proses pengukuhan sedang diusahakan dan DBP tetap berpegang pada sebutan baku kerana salah satu fungsi DBP ialah membakukan sebutan, ejaan dan istilah. Jika semua bahasa ada sebutan baku, maka bahasa Melayu juga harus ada sebutan baku. | Lain-lain | 03.10.2012 |
apakah maksud "gala" | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Gala membawa maksud : i) sejenis damar; gala-gala, gegala pakal yangg dibuat drpd damar dll; ~ lembut minyak tar; bergala direkat dgn gala; tiada ~ lagi a) bercerai-cerai (tulang dll), tidak terikat erat; b) Sastera lama sangat berlebih-lebihan. ii) ; segala-gala seluruhnya, semuanya. | Makna | 11.02.2014 |
Apa khabar, Adakah pihak DBP pernah menerbitkan daftar istilah warna Inggeris - Melayu? Jika ya, adakah buku itu masih boleh didapatkan? | Buku Senarai Istilah Warna pernah diterbitkan oleh DBP pada tahun 1981. Buku ini tiada lagi di pasaran. | Lain-lain | 12.01.2018 |